Kereta Perisai AV 8 GANTI CONDOR DAN SIBMAS

 Ruang angkut kenderaan perisai GPV, luaran dan kokpit GPV buatan AS di mana PARS dibangunkan.Bandingkan dengan PARS 8X8 (gambar bercat camo) buatan FNSS dan lihat persamaannya


BANDINGKAN DENGAN PARS DARI TURKEY DI BAWAH INI













AV 8 GANTI CONDOR DAN SIBMAS

    1. Akhirnya kita semua iaitu rakyat Malaysia berpuashati selepas kerajaan mengumumkan kereta perisai buatan Turkey dari syarikat FNSS, model 8X8 AV-8 akan menggantikan kereta perisai lama milik tentera darat iaitu Condor dan Sibmas.

    2. Ini merupakan kali kedua, Malaysia menggunakan produk dari FNSS di mana sebelum ini, kereta kebal Adnan sebenarnya merupakan model keluaran syarikat itu, ACV-300.

    3. Kilang Deftech dekat Pekan, Pahang itu sudah pasti sibuk kembali, rezeki melimpah ruah dan pekerja boleh dapat bonus banyak-banyak kerana selepas memasang Adnan, Deftech dapat projek buat PT-91 Pendekar dan tidak lama lagi, AV-8.

    4. AV-8 atau PARS (makna PARS ini adalah Anatolian Leopard-sejenis harimau bintang yang semakin pupus di Asia Tengah) telah diuji oleh tentera Malaysia sejak 2006 dengan beberapa jenis kereta perisai seperti Piranha IIIC buat Switzerland dan Patria AMV dari Finland.

    5. Yang nyata ia lebih berkemampuan dari perisai yang dipakai oleh Condor kerana AV8 ini mempunyai ketebalan perisai sehingga ke tahap 4, ini bermakna ia mampu menangkis tembakan dari peluru perobek armor (AP Rounds) 7.62mm dan 14.5mm.

    6. Kemampuannya untuk menahan robekan peluru 14.5 mm membuktikan kenderaan ini adalah lebih baik dari kereta perisai MOWAG Piraanha, ini juga bermakna PARS ini mempunyai kemampuan setanding dengan kereta perisai Stryker buatan Amerika Syarikat yang kini digunakan secara aktif di Iraq.

    7. Penggunaan System Integrator dari Thales akan membolehkan PARS milik tentera darat berkongsi maklumat dengan pasukan kereta kebal PT-91 yang dilengkapi dengan sistem elektronik dan perkongsian pintarnya sendiri.

    8.Yang penting, PARS ini bersifat modular (sama konsep macam kapal Meko 100 yang digunakan tentera laut) di mana ia boleh dibangun dan dikembangkan lagi kemampuannya mengikut perubahan teknologi.

    9. Ia tidak dilengkapi dengan sebarang kipas atau propeller untuk menyeberangi sungai, PARS masih boleh berenang dengan perlahan menggunakan kelapan-lapan tayarnya, ia masih boleh dipasang dengan propulsi jet untuk penyeberangan air dengan lebih cekap tetapi ia bergantung kepada kehendak pelanggan kerana alat ini sangat mahal.

    10. Bagaimanapun, setakat ini hanyalah Letter of Intent (LOI) atau surat hasrat sahaja yang sudah ditandatangani di antara FNSS, Denel dan Deftech semasa pameran Defence Servise Asia 2010 baru-baru ini, belum ada satu keputusan konkrit kerana keputusan ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja.

    11. Ia cuma perjanjian yang menunjukkan minat Malaysia yang sangat mendalam terhadap kenderaan perisai keluaran FNSS ini, bukan kontrak pembelian, bagi saya ia lebih kepada taktik perniagaan oleh Deftech untuk membekalkan kereta perisai baru kepada pihak tentera.

    12.Kumpulan Naza juga bersaing dan masih melobi untuk membekalkan kereta perisai dari jenis Rosomak kepada tentera.

    13.Untuk membolehkan perjanjian LOI ini ditukar menjadi Letter of Award (LOA) entah bilalah pula, ia boleh memakan masa bertahun-tahun dan silap-silap terbatal jika keadaan tidak mengizinkan.

    14.Menurut laporan rasmi dari DSA 2010, kemenangan FNSS dalam membekalkan kereta perisai AV8 ke Malaysia adalah disebabkan kesanggupan syarikat itu untuk memberi pertukaran teknologi kepada anak tempatan.

    15.Deftech akan memperoleh kebenaran untuk mengkaji seluruh aspek teknikal bagi kereta perisai ini dengan tujuan untuk memasang dan mengedarkannya bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk mengeksport kenderaan itu ke luar negara dalam rantau Asean.

    16.Jika satu perjanjian lain yang lebih konkrit dibuat, Deftech terpaksa membuat pelaburan baru sebanyak RM400 juta untuk menaiktaraf kilang pemasangannya di Pekan, membeli peralatan baru dan mengupah lebih dari 200 pekerja baru dan melatih mereka.
   
    17.Banyak bahan-bahan tempatan akan digunakan dalam kereta perisai baru ini dan jangka masa enam tahun selepas perjanjian pertama ditandatangani merupakan satu tempoh yang sangat singkat untuk menghasilkan lebih kurang 200-500 kereta perisai.

    18.Satu laporan dari media barat menyebut, dengan harga lebih kurang RM9.8 juta seunit
(nilai keseluruhan RM8bilion), harga PARS ini sudah tentu sangat mahal tetapi seorang pegawai pertahanan Malaysia menyatakan, harga tersebut memasukkan keseluruhan jumlah total program penggantian kereta perisai ini.

    19.Ini termasuklah, pembangunan rekabentuk, bantuan lojistik dan pelbagai bentuk pelaburan lain termasuklah pembesaran dan pembangunan semula kilang Deftech.

    20.Kira boleh berbanggalah rakyat Malaysia, dalam Asia Tenggara ini, kalau jadilah PARS ini masuk ke dalam inventori ATM, ia mempunyai kemampuan dan kecanggihan yang sama seperti kereta perisai Terrex milik Singapura.

    21.Sebenarnya PARS ini bukanlah rekabentuk tulen yang terhasil dari Researh and Development (R&D) FNSS.

    22.Ia sebenarnya merupakan projek joint venture di antara FNSS dan juga GPV dari Amerika Syarikat.

    23.Samalah seperti kereta perisai Terrex yang sebenarnya dibangunkan sebagai projek usaha sama di antara ST Kinetics dengan Timoney Technology Limited of Ireland.

    24.Terrex dibangunkan oleh Timoney di mana casis serta enjin kenderaan itu dibina di Ireland sebelum dipasang semula oleh ST Kinetics, kenderaan yang serupa juga dipasarkan oleh Turkey tetapi dengan nama lain dan ini bermakna Terrex buknlah kenderaan yang dihasilkan dari bilik R&D Singapura.

    25.Bezanya Singapura ini memang bijak dalam memasarkan produk-produk mereka walaupun produk itu kadang-kadang bukan buatan republik itu sendiri.

    26.Bayangkan rambutan yang ditanam di Johor, dibeli secara pukal oleh tauke Cina Singapura yang kemudiannya membawa rambutan itu ke Hong Kong untuk dipasarkan di sana dengan label "Singapore Products" - Singapore Lychee.

    27.Ini bukan cerita bohong tetapi diberitahu oleh seorang menteri negara kita ketika beliau lepas melawat Hong Kong dan terserempak dengan rambutan itu di sana.

    28.Jadi kepada rakyat Malaysia, janganlah impress sangat dengan negara orang dan merendah-rendahkan kemampuan negara sendiri, kita ini masih bertatih...sampai masa kita berjalan dan kemudian berlari, dunia pertahanan ini semuanya soal bisnes dan duit.

    29.Singapura sanggup membelanjakan wang yang tersangat-sangat besar untuk projek pertahanannya dengan alasan sebagai insuran kepada rakyat Singapura, rakyat terus diam dan mengiyakan apa sahaja yang dibuat oleh pemerintah mereka sedangkan sebenarnya Singapura melabur lebih untuk membuat duit lebih dalam bidang pertahanan.

    30.Malaysia terpaksa melakukan pelaburan ini dengan lebih berhati-hati kerana keadaan politik negara, lagipun pemikiran rakyat negara ini masih belum terbuka dan terlalu cepat menerima khabar angin tanpa ada inisiatif untuk mencari maklumat tepat.

    31.Kadang-kadang wang dibelanja lebih berkali-kali ganda untuk membeli teknologi dan dalam kes ini contoh terdekat adalah projek kapal peronda baru negara atau NGPV apabila negara ini membeli design dan blueprint kapal itu sekali (walaupun ada kegagalan tetapi ia disebabkan oleh sikap individu tertentu yang gagal memegang amanah yang telah diberikan kerajaan kepada mereka)
Tags: , , , ,

About Me

Terima kasih Anda telah membaca tentang Kereta Perisai AV 8 GANTI CONDOR DAN SIBMAS
Rating: 100% based on 99998 ratings. Review by Blogpenyamun
Ditulis Oleh
Semoga informasi Kereta Perisai AV 8 GANTI CONDOR DAN SIBMAS memberikan manfaat bagi Anda. Salam Sukses