10 TIPS UNTUK WANITA DISUKAI LELAKI

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.



* Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,
mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat
lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang
hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak
tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri
masing-masing.

* Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati
tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat
lelaki lebih berghairah.

* Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih
waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki
melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan
kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk
persoalannya.

* Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn
wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus
ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki
berasa bangga.

* Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka
isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

* Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan
sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg
baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg
agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan
wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

* Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di
mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan
cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg
baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah
diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

* Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan
merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.

* Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib
yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar
dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya
yg memancar keluar dgn indah dan mempesona....
Tags: , , ,

About Me

Terima kasih Anda telah membaca tentang 10 TIPS UNTUK WANITA DISUKAI LELAKI
Rating: 100% based on 99998 ratings. Review by Blogpenyamun
Ditulis Oleh
Semoga informasi 10 TIPS UNTUK WANITA DISUKAI LELAKI memberikan manfaat bagi Anda. Salam Sukses