DAULAT TUANKU:SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN BAGINDA SERI SULTAN PERAK YANG KE 83


Sebagai anak jati negeri Perak, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Tuanku Sultan Perak yang saya kasihi dan junjung, Selamat Menyambut Hari Keputeraan yang ke 83.

Berikut adalah penerima darjah kebesaran dari Tuanku Sultan Perak:-

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V mendahului senarai 927 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Perak sempena Hari Keputeraan ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, hari ini.

Sultan Muhammad dianugerah Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK) pada majlis penganugerahan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menjadi penerima tunggal Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Mulia (SPSA) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Gabenor Lampung, Drs Sjachroedin ZP S.H dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang turut membawa gelaran Datuk Seri, tiga lagi menerima Darjah Datuk Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri; satu menerima Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk, tiga menerima Darjah Datuk Panglima Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan dan 54 lagi menerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Mendahului senarai penerima darjah SPMP ialah akauntan bertauliah, Datuk Ahmad Johan Raslan; Pengerusi NSTP, Tan Sri Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air-Asia, Datuk Seri Dr Anthony Francis Fernandes.

Penerima darjah (SPTS pula dianugerahkan pula kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Rodzali Daud dan Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Zulkifli Mohd Zin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Zalekha Hassan menerima DPCM.

DPTS pula dianugerahkan kepada Panglima 8 Briged Markas 8, Briged Kem Pengkalan Chepa, Abdul Rahim Abdul Mutalib; MKTD-CSM Markas Tentera Darat Kementerian Pertahanan, Mohd Anuar Rijaldin dan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof.

Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, Sham Mat Sahat mendahului senarai penerima DPMP diikuti Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Ismail Saffian; Pegawai Daerah Manjung, Ahmad Shafiee; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Syed Mokhtar Syed Iddris; Pengarah Jabatan Veterinar negeri, Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam; Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Dr Dolbani Mijan; Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPPk), Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Sumber Manusia), Asri Saad.

Seramai 54 penerima dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak dengan pecahan pegawai negeri (enam); ADUN, (satu), Setiausaha Politik kepada Menteri Besar (satu); pegawai persekutuan negeri Perak (tiga); pegawai persekutuan luar negeri Perak (enam); perbadanan/syarikat negeri (dua) dan badan bukan kerajaan/perseorangan (35).

Selain itu, 14 menerima pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 65 penerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 25 penerima Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 192 penerima Ahli Mahkota Perak (AMP), 274 penerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 280 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 10 menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).
Tags: , ,

About Me

Terima kasih Anda telah membaca tentang DAULAT TUANKU:SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN BAGINDA SERI SULTAN PERAK YANG KE 83
Rating: 100% based on 99998 ratings. Review by Blogpenyamun
Ditulis Oleh
Semoga informasi DAULAT TUANKU:SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN BAGINDA SERI SULTAN PERAK YANG KE 83 memberikan manfaat bagi Anda. Salam Sukses