10 Kelahiran Anak Artis Sepanjang 2011


Menimang cahayamata adalah anugerah terbesar dari yang maha Esa. Nikmat kegembiraan yang diberikan Allah hanya dapat dirasai oleh pasangan tersebut. Jadi, tidak hairanlah selepas pasangan selebriti diijab kabul, peminat pastinya ternanti-nantikan berita gembira pasangan itu bakal dikurniakan anak.

Sepanjang 2011, ramai selebriti tempatan dimurahkan rezeki dengan menerima zuriat. Malah, berita gembira ini lebih menarik perhatian masyarakat untuk mengetahui wajah anak selebriti itu.
Berikut adalah pasangan selebriti yang menerima cahaya mata sepanjang 2011.

1. Nur Nashrullah - Anak Darling Ngasri


Penantian Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri selama dua tahun untuk menimang cahayamata akhirnya terlerai apabila anak sulungnya yang diberi nama Nur Nashrullah selamat dilahirkan pada 21 Mei 2011. Kelahiran anaknya itu dianggap sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan Darling bersama suaminya, Nur Azlin Rahmat yang disambut setiap 31 Mei. Anaknya itu dilahirkan seberat 3.4 kilogram di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.

2. Aida Eirdeena - Anak Aida Gadis Melayu


Penyampai Buletin Utama, Saiful Nizam yang berkahwin bersama juara program Gadis Melayu musim pertama, Aida pada 4 Jun 2010 tersenyum bahagia dengan kelahiran anak sulungnya pada 29 Jun 2011. Pasangan itu telah menamakan anaknya itu Aida Eirdeena. Dalam kegembiraan itu, pasangan berkenaan terpaksa menempuh dugaan apabila Eirdeena disahkan menghidap masalah jantung. Pun begitu, keadaan Eirdeena semakin pulih sebaik saja menjalani pembedahan pada 14 September lalu.

3. Iman danielle Iking Azmi - Anak pengacara, Daphne Iking


Perkahwinan kali kedua Daphne Iking bersama Azmi Abdul Rahman Januari lalu dikurnikan puteri sulung bernama Iman danielle Iking Azmi. Anaknya ini dilahirkan pada Oktober 2011. Difahamkan anak Daphne dengan perkahwinan pertama iaitu Isobel danielle sangat gembira kerana mendapat adik.

4. Ahmad danial - Anak pasangan Along & Zila


Impian pelawak Along Cham bersama isterinya, Zila Seeron untuk menerima cahaya mata tercapai setelah anak sulungnya lahir tepat jam 2.04 petang pada 13 November lalu. Putera sulung pasangan ini diberi nama Ahmad danial. Kelahiran putera sulungnya ini dianggap sebagai rezeki terbesar buat pasangan ini kerana sejak Zila mengandung, Along sering saja dilimpahi rezeki yang melimpah ruah.

5. Sharifah Alya - Anak Ayu OIAM


Sungguhpun anak sulung juara One In A Million, Ayu masih belum diketahui wajahnya, dalam diam-diam penyanyi ini telah selamat melahirkan anak kedua pda 14 Julai 2011. Anak kedua yang diberi nama Sharifah Alya Adriana lahir di Kota Kinabalu, Sabah. Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit dan suaminya, Syed Fauzi Syed Baharudin masih lagi berahsia wajah anak sulungnya Syed Nashrul Haikal yang sudah berusia 2 tahun.

6. Tuah Kalif -Anak penyampai Radio Era, Haniff


Kelengkapan kebahagian perkahwinan penyampai pagi Era, Haniff bersama isterinya termetri apabila anak sulungnya lahir pada 13 November lalu. Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2010 telah menamakan anak mereka Tuah kalif. Anaknya itu selamat dilahirkan dengan berat sebanyak 3.4 kilogram pada jam 7.06 malam.

7. Uwais Alqarni - Anak Shuib & Sarah Raisudin


Kehadiran permata hati pertama pasangan selebriti popular, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin yang telah selamat dilahirkan sekitar jam 10.19 pagi pada 4 Disember lalu nyata merupakah tuah buat pasangan ini. Diberikan nama Uwais Alqarni, Shuibmerasakan kehadiran cahaya mata lelaki itu umpama tuah yang menyinari hidup mereka berdua pada masa kini dan akan datang. Uwais Alqarni telah selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Ampang Puteri.

8. Iman Lilly dan Tiara Rose - anak pelakon Sazzy Falak


Pada 28 April lalu,Pelakon dan pengacara popular, Sazzy Falak, 30, telah selamat melahirkan bayi kembar perempuan dengan cara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court sekitar jam 8 pagi. Pasangan Sazzy dan suami, Nazril telah menamakan dua bayi comel seberat 2 kilogram itu, dengan nama Iman Lilly Nazril dan Tiara Rose Nazril. Pada jam 8.24 pagi, bayi pertamanya telah selamat dilahirkan, diikuti bayi kedua yang menyusuri seminit selepas itu.

9. Alehandra Ahmad - anak penyanyi, Aqasha

Bersyukur dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Alehandra Ahmad, pada 6 September lalu, pelakon dan penyanyi, Aqasha menganggap kehadirannya itu melengkapkan kehidupannya bersama isteri Noor Baizura Mohd Sabri. Nama putera sulungnya itu membawa maksud pejuang yang terpuji. Nama tersebut sememangnya telah lama diminati Aqasha sedari bujang lagi.

10. Leia Rose - anak Marion Caunter


http://1.bp.blogspot.com/-YXaFxuOrr-Q/TvQ1YlSV2yI/AAAAAAAANDg/wTdf0p2lBV0/s640/marion-caunter-sm+nasarudin-crop-horz.jpg
Marion Caunter telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 16 Disember lalu. Marion atau nama Islamnya Marion Rose Caunter Abdullah dan suami, SM Nasarudin telah mengumumkan kelahiran bayi mereka laman di Twitter. Difahamkan, puteri sulung pasangan sensasi ini diberi nama Leia Rose Caunter Nasarudin.

Tags: , , ,

About Me

Terima kasih Anda telah membaca tentang 10 Kelahiran Anak Artis Sepanjang 2011
Rating: 100% based on 99998 ratings. Review by Blogpenyamun
Ditulis Oleh
Semoga informasi 10 Kelahiran Anak Artis Sepanjang 2011 memberikan manfaat bagi Anda. Salam Sukses