• Home
  • Umum
  • Hiburan
  • Ekonomi
  • Jawatan Kosong
  • Info
  • Petua
  • Dunia
  • InfoSihat
  • santai
  • About Me
Anda Disini : Home »


Tanpa tersengaja, seorang penduduk telah terambil gambar seekor gajah
yang tersangkut diatas pokok.
Kejadian itu berlaku di Sri Lanka ketika banjir melanda.
Bolehkah gajah panjat pokok??? Benar benar mengejutkan.
Sebuah pokok setinggi 18 kaki di tepi sungai Galoya,
kelihatan seekor gajah di puncak pokok tersebut..
Entah bagaimana gajah itu memanjatnya.
ANEH Tapi NYATA!!
Tengok Video nie pulak:


Apakah petua untuk menidurkan si kecil dan mengelakkannya daripada kerap terjaga atau mendapat mimpi ngeri? {mosimage}KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk,seperti gambar ini...heheee..


Petua Tidurkan Si Kecil


Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.

* Pastikan anak memperoleh tidur yang mencukupi
Berdasarkan Yayasan Tidur Kebangsaan Kanada, setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.

* Tidurkan waktu dia mengantuk
Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.

* Cahaya mentari sebagai loceng
Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda semulajadi bahawa hari sudah siang.

* Persekitaran tidur selesa
Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.

* Persekitaran yang selamat
Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.

* Ajar anak cara tidurkan dirinya
Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.

* Tetapkan rutin tidur
Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.

* Jangan abaikan tidur petang
Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.

* Makanan yang betul
Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan 'kuasa' berpanjangan. Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.

* Aktiviti fizikal penggalak tidur
Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.

* Gangguan teknologi
Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet. ||Sumber: ratuhati.com
Telur Dalam Telur

Menemui dua kuning telur ketika bersarapan biasa bagi kita. Namun seorang warga tua di England,Pesara peladang John Fellow, 68 tahun, sangat terkejut ketika memecahkan telur,yang lebih besar berbanding ukuran telur ayam biasa apabila di dalamnya muncul sebiji lagi telur yang lebih kecil.


Fellow mengakui ini adalah pertama kali dia menemui telur di dalam telur, sehingga ia menjaganya untuk ditunjukkan kepada cucunya.

“Ini sangat menakjubkan. Saya sedang memasak telur untuk sarapan dan menggunakan telur biasa yang saya beli di kedai berdekatan. Ukuran telur ini cukup besar, satu setengah lebih besar dari ukuran normal. Apa yang saya fikirkan ia berkemungkinan ada dua kuning telur. Rupa-rupanya ada telur kecil di dalamnya,” kata Fellows, datuk yang mempunyai empat orang cucu yang tinggal di Weymouth, Dorset, England.

Ketua Penasihat National Farmers Union England, Robert Newbery berkata kewujudan telur berganda itu adalah ‘keunikan alam’ dan selamat untuk dimakan. “Saya pernah mendengarnya sebelum ini tetapi kali ini ia luar biasa.

Kemungkinan besar, induk ayam memiliki gangguan ketika memproduksi telur sehingga, jika mereka merasa ketakutan yang kuat, ini mempengaruhi keadaan telur, kata Newbery lagi. “Ini adalah khusus dari Alam Semulajadi.”

Douglas Russel dari Natural History Museum mengatakan, "Telur di dalam telur telah menarik perhatian ilmiah selama ratusan tahun. Banyak teori yang berusaha untuk menjelaskannya.”

Informasi yang sering muncul perihal telur di dalam telur adalah kemungkinan disebabkan normal rhythmic muscular atau peristaltik yang menggerakkan proses perkembangan telur kerana saluran telur mengalami kerosakan

Tengok poster filem Hikayat Merong Mahawangsa kat atas tue pun dah buat hati ini makin teruja nak menonton filem ini.Selama ini mana ada pernah orang berani nak buat filem epik sebegini. Selama ini kita cuma ada filem cinta, seram dan komedi je. KRU yang pertama kali rasanya buat filem macam ini.

Lagi gambar sekitar penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa




Sila tengok trailer di bawah untuk menambah keterujaan anda


Xpuas lagi Klik Disini,byk lagi gambar-gambar yang hebat




DI zaman batu manusia kuat, tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak.

SEMASA berkunjung ke China dan Vietnam hati terdetik melihat rakyat di situ yang rata-rata mempunyai berat badan ideal. Mereka tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.

Apabila berjumpa dengan beberapa doktor di kedua-dua negara, mereka mengesahkan kadar obesiti di sana sangat rendah.

Saya terpanggil untuk meneliti dengan lebih terperinci corak pemakanan yang diamalkan sehingga membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali.

Saya dan Dr. Muzvin yang mengendalikan klinik Isahak di kompleks PKNS Shah Alam terpanggil ke Vietnam sekali lagi dua minggu lalu. Kami membuat suatu eksperimen dengan mengambil makanan Vietnam selama beberapa hari. Kami ingin merasai sendiri budaya makan di sana agar dapat mengubah corak pemakanan ke arah yang lebih baik serta menghebahkan kepada keluarga dan para pembaca yang saya sayangi.

Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.

Selain sup, popia berintikan sayur-sayuran turut dihidangkan semasa sarapan. Sayur-sayuran itu dimakan mentah. Hidangan tengah hari juga merupakan sesuatu yang unik bagi kami. Menu di semua restorannya menawarkan sayur-sayuran jauh lebih banyak berbanding ikan, ayam dan daging. Kami menjeling beberapa wanita Vietnam yang sedang menikmati makanan tengah hari. Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam.

Di Vietnam kami tidak berjumpa keropok atau makanan segera yang berperisa. Di mana-mana rakyat mereka mengunyah buah-buahan segar atau jeruk buah-buahan. Mereka turut memakan umbut dan kacang namun kami tidak berjumpa kentang dan juga ubi keledek.

Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak. Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan.
Di dalam diet kita sehari harian, karbohidrat merupakan komponen terbesar. Di sebelah pagi kita dihidangkan dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang dan pelbagai jenis nasi, mi serta roti. Makanan berasaskan gandum mengandungi karbohidrat hampir seratus peratus.

Karbohidrat merupakan salah satu gizi makanan yang mustahak untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh kita. Dalam kesihatan moden, karbohidrat boleh dikategorikan sebagai karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik.

Secara asasnya, semua karbohidrat merupakan bahan berstruktur gula. Jenis karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan gula di dalamnya iaitu:


  • Monosakarida: 1 unit gula seperti glukosa dan fruktosa




  • Dissakarida: 2 unit gula seperti sukrosa dan laktosa




  • Oligosakarida dan polisakarida: Banyak unit gula seperti glikogen, kanji dan sellulosa



  • Secara umumnya, jenis jenis makanan yang mengandungi karbohidrat sihat adalah buah-buahan, kekacang, sayur sayuran.

    Buah-buahan
    Walaupun buah-buahan merupakan sumber karbohidrat yang sihat, namun begitu tidak semua buah-buahan adalah sama. Buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang rendah seperti nangka atau lemon adalah lebih baik berbanding buah yang mengandungi gula yang tinggi seperti mangga dan pisang.

    Buah buahan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat di dalam darah apabila dimakan. Keadaan ini akan merencat penghasilan hormon yang perlu untuk anti-penuaan dan kesihatan seperti kortisol , growth hormone, testosterone, estradiol, DHEA dan androstenedione.
    Peningkatan gula yang tinggi akan merangsang penghasilan hormon insulin di mana insulin akan menukar gula kepada lemak di dalam badan.

    Lemak yang dikandung badan akan digunakan semula sebagai tenaga. Proses penukaran lemak kepada tenaga berlaku di mitokondria iaitu kilang tenaga dalam badan. Bagi membolehkan proses ini berlaku, kita memerlukan sistem hormon yang baik. Hormon metabolik perlu berinteraksi dengan enzim bagi membolehkan protein menjana tenaga daripada lemak.

    Hormon adalah molekul aktif terbina daripada protein yang dikeluarkan oleh kilang-kilang hormon di seluruh tubuh kita. Otak kita mengeluarkan banyak jenis hormon yang mengawal metabolisme, pembesaran, daya ingatan dan jantung. Malah tidur juga dipengaruhi oleh hormon. Ini bermakna gejala insomnia juga disebabkan hormon yang tidak cukup.

    Masalah hormon tidak cukup menjadi persoalan yang amat menarik. Besar kemungkinan faktor makanan kita yang sering ditambah agen pengawet menyebabkan kerosakan pada sistem hormon kita.

    Kadar peningkatan gejala diabetes dan jantung membuktikan kepada kita bahawa kerosakan hormon merupakan fenomena moden yang perlu ditangani segera. Begitu juga peningkatan kadar obesiti yang merupakan masalah seluruh dunia. Mereka yang obes bukanlah seratus peratus disebabkan makan banyak. Masalah ini berpunca daripada kerosakan hormon dan menjadi kitaran obesiti yang menakutkan. Kita harus mengkaji amalan pemakanan di negara yang belum tercemar dengan budaya pemakanan dari barat. Kita harus mencontohi cara pemakanan yang sebegitu.

    Toksin di dalam karbohidrat merosakkan kesihatan kita sekali gus menjadikan kita lemah, lesu, cepat tua dan diserang pelbagai penyakit.

    Makanan yang terbaik adalah makanan yang tidak perlu dimasak lama. Tiada toksin di dalamnya yang perlu dibuang melalui pemanasan. Seandainya makanan itu perlu dimasak lama sebelum boleh dimakan itu bermakna makanan tersebut mempunyai toksin yang banyak. Kalau dimakan mentah akan memudarat dan mendatangkan penyakit.

    Saya memberi contoh kentang, nasi dan ubi yang tidak boleh dimakan mentah. Ikan dan daging lebih cepat masak berbanding nasi. Cuba anda fikirkan yang manakah yang lebih selamat dimakan. Di zaman batu (paleolithic) manusia sangat kuat tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak. Diet paleolithic menjadi satu isu yang menarik untuk dikaji.  | utusan M
    TAJUK GAMBAR ANDA


    Watak Justin Bieber di dalam "CSI" telah dimatikan apa bila Justin telah di tembak mati pada episod terbaru.

    Penyanyi lagu "Baby" ni telah memegang watak seorang budak yang bermasalah. Dalam wataknya sebagai Jason McCann dia kembali selepas adegan pengeboman satu majlis pengebumian. Tapi akhirnya dia ter'kantoi' dengan polis Las Vegas.

    Dalam sebuah adegan grafik, ketika Bieber cuba menarik keluar pistol, akhirnya dia ditembak beberapa kali oleh polis. Adegan tembakan di buat dengan slow motion dan Bieber mati dalam gerak perlahan.

    Walaupun nie adalah penampilan terakhirnya Bieber dalam "CSI", tapi Bieber pasti akan mendapat tawaran watak yang lain pada masa akan datang.
    Seks hebat selepas usia 50?

    TIDAK ramai yang mahu memperkatakan tentang seks selepas menopaus (bagi wanita) dan lelaki yang mencecah usia 50 tahun. Kalangan masyarakat timur yang terikat dengan budaya dan agama, seks bukan topik yang boleh dibual bicara secara bebas. Apatah lagi seks pada usia emas.

    Tentu ada segan dan silu mahu bercakap tentang isu itu lantaran pada usia emas, ramai yang percaya seks bukan sesuatu yang penting. Malah, ada wanita yang terus meminggirkan seks biar pun hakikatnya ruang dan waktu untuk bersama pasangan amat terbuka luas selain tidak lagi ‘diganggu’ anak-anak yang telah dewasa. Lain pula ceritanya bagi lelaki. Usia bukan faktor, walaupun ada istilah andropaus untuk merujuk kepada ‘kebolehan’ mereka tetapi lelaki selalu mendakwa ‘boleh’ tidak kira berapa usia.

    Hakikatnya seks pada usia emas tidak hanya terbatas di ranjang. Kemesraan, belaian, jalan berpimpin tangan serta saling mencurahkan perasaan mesti terus dipupuk. Tanggapan bahawa seks dan usia emas tidak lagi berjalan seiring menjadi salah satu punca kadar perceraian di kalangan warga emas semakin meningkat.

    Lantaran kekosongan waktu tidak diisi, kesunyian tidak dirawat menjadikan usia emas ‘titik’ pemula kepada pasangan suami isteri memulakan hidup baru dengan memilih untuk bersendirian atau mencari ‘teman’ baru.

    Seperti mana kita sering melihat pasangan warga emas dari Eropah terutamanya menghabiskan usia tua melancong sambil mengembalikan kehangatan ‘bercinta’, itulah sebenarnya salah satu cara untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal ke akhir hayat.

    Kajian Pengarah San Diego Sexual Medicine Alvarado Hospital, Irwin Goldstein mendapati seks yang paling hebat di muka bumi ini adalah selepas usia 50 tahun.

    Tentu timbul persoalan benarkah begitu dan mengapa?

    “Anda tidak perlu risau didatangi haid, anak-anak di dalam rumah dan boleh mengadakan hubungan seks di mana-mana bilik yang anda suka,’’ katanya.

    Menurut seorang lagi penyelidik, seks semasa usia 40-an bukannya tidak hebat, tetapi wanita masih terikat dengan jadual menyediakan makan tengah hari, ‘berperang’ dengan karier dan paling penting mengelak daripada hamil.

    “Usia 40 ke 50 ada titik kebimbangan bagi kebanyakan wanita kerana mereka masih boleh hamil.

    ‘‘Apabila menopaus kebimbangan itu lenyap,’’ kata profesor perubatan, fisiologi dan biofizik University of Colorado Health Science Center, Denver.

    Fikirkan, tanpa tampon, pelapik seluar dalam, pil, diafgram, IUD atau kondom, apa lagi yang lebih teruja selain menikmati seks tanpa ada rasa kecamuk di dalam fikiran.

    Selepas berusia 50 tahun, kemungkinan anak-anak mengganggu mana-mana sesi ‘bilik tidur’ atau mengejutkan anda di tengah malam amat jarang berlaku. Semestinya keadaan itu merupakan peluang yang ditunggu-tunggu kebanyakan pasangan suami isteri dalam proses mendapatkan kepuasan daripada hubungan seks yang mereka jalin.

    Tiada gangguan, jawapannya seks berlangsung secara ‘aman’, tidak juga perlu melakukannya dalam keadaan terburu-buru atau berhati-hati.

    Faktor itu dilihat oleh Profesor Madya Amanda Richards yang juga pakar perbidanan di University of Miami Miller School of Medicine sebagai amat penting.

    ‘‘Anak-anak semakin berdikari dan pasangan suami isteri mempunyai lebih masa untuk diri dan hubungan mereka sendiri,’’ katanya.

    Ingat watak Mrs. Robinson dalam siri The Graduate pada tahun 1960-an? Warga emas tahu apa yang mereka mahukan semasa di kamar tidur dan tidak segan silu untuk berterus terang mengenainya.

    “Menopaus adalah masa yang amat penting bagi kebanyakan wanita. Ramai yang sedar mereka telah mengetepikan kepentingan seksualiti sejak sekian lama, dan jika kesempatan yang ada tidak digunakan sepenuhnya, tidak akan ada peluang lagi untuk mereka.

    “Terdapat data menunjukkan wanita semakin relak dan selesa dengan pasangan masing-masing apabila meningkat usia. Keadaan itu boleh menambah baik prestasi seksual mereka,’’ kata Dr. Richard dalam satu jurnal kesihatan.

    Jika nafsu seks merupakan satu masalah, pengurusan hormon yang kini banyak ditawarkan di klinik-klinik boleh membantu. Sementara penggunaan terapi penggantian hormon secara tradisional yang mengandungi estrogen dan progestin tidak lagi digalakkan kerana risiko terhadap kesihatan dan jantung, masih ada pilihan lain.

    Terapi hormon yang mementingkan testosterone telah diuji dan dikaji sebagai salah satu cara untuk merangsang nafsu tanpa kesan sampingan.

    Memang benar perubahan hormon semasa pertengahan usia boleh menyebabkan kekeringan vagina.

    Tetapi keadaan itu boleh dijadikan alasan untuk mencuba dan melalui pengalaman baru yang lebih menarik hasil penggunaan cecair pelincir yang direka khas untuk mengatasi masalah tersebut

    “Kekeringan vagina selepas menopaus akan mendorong wanita bereksperimen dengan cecair pelincir yang direka khas untuk membantu merehatkan otot-otot sekeliling bagi menikmati seks selepas menopaus,’’ kata Dr. Richard.

    Selain gangguan anak-anak, nafsu dan hormon, usia 50 tahun adalah masanya untuk menikmati faedah sebenar selepas dibelenggu pelbagai hutang untuk membeli rumah serta kenderaan yang selesa.

    Anda boleh melakukan hubungan seks di mana-mana saja yang anda inginkan di rumah yang bukan lagi milik bank.

    Pada usia tersebut juga kedudukan kewangan pasangan semakin kukuh, oleh itu menikmati makan malam mewah dan romantik pastinya mampu merangsang keinginan untuk hubungan yang lebih intim.

    Pastinya, wanita menopaus tidak lari daripada dilanda stres. Tetapi pada usia tersebut, anda tidak akan berasa tertekan disebabkan oleh kerja seperti mana ketika berusia 20an, 30an dan 40an.

    Wanita menopaus selalunya telah mencapai kemuncak kerjaya, justeru mereka kurang berasa tertekan. Tekanan atau stres mempunyai kesan negatif kepada keinginan seksual.

    ‘‘Salah satu mimpi ngeri banyak wanita menopaus bukannya kebebasan untuk mengadakan hubungan seks di mana sahaja tetapi mempunyai pasangan yang tidak boleh ‘beraksi’ di mana-mana sahaja,’’ kata Dr. Goldstein.

    Apa juga masalah - ejakulasi pra-matang, kegagalan erektil dan hormon yang rendah - sentiasa ada rawatan susulan daripada dunia perubatan moden yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.

    ‘‘Wanita menopaus kebiasaannya mempunyai pasangan yang lebih berusia, di mana, jika mahu dikaitkan dengan soal ‘prestasi, lebih bersifat terbuka dan bersedia menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan pengalaman seksual yang lebih memuaskan,’’ kata Dr. Richard.h |Oleh NORAINI ABD. RAZAK|utusan

    LEBIH INFO PADAT DISINI
    Alasan wanita jika berbohong

    Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

    1. Balas dendam

    Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

    2. Urutan kasih

    Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

    3. Kekerasan

    Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

    4. Hambar

    Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

    Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

    5. Seks

    Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.


    Alasan wanita jika berbohong

    BIASANYA wanita akan mencari jalan penyelesaiannya sendiri apabila berhadapan dengan masalah cinta. - Gambar hiasan

    6. Cadangan

    Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

    Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

    7. Jejaka bermasalah

    Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

    8. Hubungan tiada kesudahan

    Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

    Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

    9. Bosan

    Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

    Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

    10. Hubungan tidak diduga

    Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.
    Derita fitnah facebook
    Facebook merupakan satu laman sosial yg amat popular. Pengguna-pengguna facebook menggunakan laman ini sebagai tempat mencari kenalan lama dan menambah kenalan baru.

    Namun terdapat juga pengguna facebook menggunakan laman ini untuk menegembangkan perniagaan mereka dengan menambah rangkaian perniagaan atau jaringan perniagaan. Dalam kebaikan cara penggunaan laman sosial ini masih terdapat yg menyalahgunakan laman sosial ini dengan melakukan fitnah terhadap individu tertentu.


    Kepada kaum Hawa, berhati-hatilah dengan maklumat peribadi anda. Janganlah mudah memberikannya kepada seseorang. Mungkin maklumat itu akan membawa PADAH kepada anda!! Antaranya ialah:

    BUKIT MERTAJAM: “Saya menerima lebih 20 panggilan setiap hari sejak 2 Februari lalu daripada ramai lelaki yang meminta saya melayani nafsu seks mereka.
    “Walaupun sudah puas saya mengatakan orang dicari itu bukan saya, tetapi saya masih tetap diganggu sehingga hari ini menyebabkan saya serik menjawab panggilan telefon terutama selepas tengah malam,” kata seorang wanita dikenali sebagai Fyza yang mendakwa menjadi mangsa jenayah siber.


    Fyza, 25, berkata selepas tidak tahan dengan gangguan berkenaan, dia memberanikan diri bertanyakan kepada seorang pemanggil dari mana mereka mendapat nombor telefonnya dan terkejut apabila dimaklumkan ia diperoleh dari laman sosial Facebook menggunakan nama Puteri Farah.

    Katanya, selepas mendapat maklumat berkenaan, dia mengambil inisiatif untuk mencari individu menggunakan nama Puteri Farah terbabit sebelum tergamam apabila melihat paparan nombor telefon serta nama samarannya di laman sosial itu.


    “Ketika membuka laman sosial berkenaan pada 5 Februari lalu, saya mendapati maklumat peribadi dan gambar yang diletakkan bukan diri saya. Saya kecewa dan malu apabila nombor telefon dan nama samaran milik saya......

    Seterusnya disini

    Nota:
    Jadi berhati-hatilah bila meletakkan butir-butir perbadi di mana-mana laman sosial atau memberi maklumat peribadi pada mana mana individu.
    Menurut majalah perniagaan,Malaysian Business.Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, Majalah terbitan 16 Februari itu menambah,jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

    Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

    Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - 5 lebih ramai berbanding tahun lalu.

    Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.



    Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.




    Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri,







    Datuk Mokhzani Mahathir dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

    Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

    Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

    Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.
    TAJUK GAMBAR ANDA


    Comel betul awek ni kan?!! hehheee....kreatif-kreatif....pelik-pelik,aku jumpa kat cni sempoi gak blog dia banyak benda pelik...jom layan ohpelik
    Tamadun manusia tertua ditemui

    Kosmo - LENGGONG – Penemuan tapak sebuah bengkel masyarakat paleolitik tertua di dunia di Bukit Bunuh dekat sini bakal mengubah sejarah awal tamadun manusia sebagaimana tercatat dalam buku-buku sejarah.

    Penemuan beberapa artifak dipercayai berusia 1.83 juta tahun di kawasan seluas empat kilometer persegi itu menunjukkan masyarakat berkenaan tidak mengamalkan kehidupan berpindah-randah sebagaimana difahami selama ini.

    Lebih menakjubkan, penemuan ribuan batu jenis suevite yang berselerakan di kawasan itu menunjukkan kawasan tersebut pernah menerima hentaman tahi bintang jutaan tahun lalu.

    Pengarah Pusat Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mokhtar Saidin berkata, penemuan artifak kapak genggam diperbuat daripada batu yang berusia 1.83 juta tahun merupakan bukti kukuh bahawa manusia zaman tersebut sudah hidup menetap di satu kawasan.
    Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg makan bersila dekat pintu sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

    Zuckerberg yang berusia 26 tahun dan bilionair termuda dunia dengan anggaran kekayaan AS$16 bilion (RM48.81 bilion) memakai baju T, kasut sukan dan seluar jean Levi’s semasa dia makan makanan Mexico yang dibeli dari sebuah gerai di tepi jalan baru-baru ini.

    Seorang pejalan kaki berkata, pengasas Facebook itu tidak dikawal oleh seorang pengawal keselamatan.

    Pengasas Facebook makan bersila
    Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg makan bersila dekat pintu sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.


    “Dia (Zuckerberg) berjalan di gerai itu, menunggu dalam barisan seperti orang lain dan membeli ayam, nasi dan kerepek tortilla dengan harga AS$4 (RM12.20) untuk makan dengan seorang rakan di satu laluan ke sebuah kedai,” katanya.

    Pengasas Facebook itu kelihatan seperti seorang pelajar yang tidak berduit semasa dia berdiri dan makan bersila.

    Zuckerberg menyewa sebuah rumah yang mempunyai tiga buah bilik di sini dekat dengan pejabatnya.

    Dia tinggal bersama kekasihnya, Priscilla Chan, 26, yang merupakan pelajar jurusan perubatan.

    Zuckerberg turut memandu sebuah kereta Honda berusia lima tahun walaupun dia merupakan antara orang yang paling kaya di dunia.

    Dia mencipta Facebook di dalam bilik asramanya di Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 2004.

    Namun, Zuckerberg tidak menamatkan pengajiannya di universiti tersebut dengan alasan untuk menumpukan perhatian ke atas Facebook.

    Pengasas Facebook itu menjadi bilionair termuda semasa dia berumur 23 tahun.



    DALAM soal buah hati, Shaheizy Sam bukan mencari seorang yang benar-benar sempurna cukuplah jika ditemukan dengan wanita yang memiliki sifat-sifat yang menyentuh hatinya.

    TIBA-TIBA sahaja dua nama yang pernah berkasihan dalam filem berjudul Satu Lagi, Shaheizy Sam dan Lisa Surihani saling dikaitkan antara satu sama lain.
    Bukan setakat teman sebumbung yang bernaung di MIG, kemesraan dan keintiman Lisa dan Sam seperti satu petanda awal. Seperti ada debunga cinta yang bertebaran setiap kali mereka disatukan dalam acara hiburan.

    Paling ketara, kemanisan hubungan Sam - Lisa dapat dirasai semua sepanjang sesi jelajah dan promosi Anugerah Bintang Popular yang turut menamakan mereka sebagai antara calon popular.
    Lisa dan Sam sama-sama mengakui, hubungan mereka tidak lebih sebagai kawan, bahkan hubungan itu sudah bermula sejak mereka di bangku sekolah lagi.

    Sedang sibuk dengan penggambaran filem Bini-Biniku Gengster, kata Sam, dia bukan bersama Lisa sahaja bahkan dia turut mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Lisa termasuk arwah bapa Lisa.

    "Lisa juga mengenali keluarga saya. Lisa pernah berlakon dengan ibu dan kakak saya, Zizie Ezzette. Saya pula pernah berlakon dengan Lisa, dan ibunya sering mengikutnya ke lokasi penggambaran. "Secara tidak langsung kami menjadi rapat, tetapi rapat itu tidak lebih daripada seorang teman," kata pelakon terkenal menerusi filem Adnan Sempit itu yang bagai putus idea hendak menjelaskan spekulasi percintaannya.

    Sensasi Bintang: Jika bukan Lisa, jadi siapa sedang istimewa di hati Sam ketika ini? SHAHEIZY SAM: Tidak ada siapa-siapa. Memang saya ada mengenali seseorang tetapi hubungan itu tidak lebih daripada kawan.

    Macam saya berkawan dengan orang lain juga. Dalam hati saya ini ada bermacam perasaan, takut dan belum sepenuh hati. Ada juga rasa ia masih terlalu awal, nantikan lama-lama, takut tak jadi..


    LISA SURIHANI adalah kenalan lama dan hubungan mereka bersambung penuh kemesraan sebagai rakan artis yang sebumbung di MIG.



    Anda sedang popular, segala sisi, karier mahupun soal peribadi tentang anda sedang diperhatikan, termasuk cerita kekasih?

    Shaheizy Sam itu seorang sangat dekat dengan kesempurnaan. Bukan nak kata saya belum jumpa wanita yang tepat, sebab saya sendiri tidak mencari. Saya menunggu! Mungkin wanita itu harus ada kriteria tertentu?
    Dia tidak seharusnya sempurna segenap segi, biarlah sederhana tetapi menyentuh hati saya. Kalau boleh, biarlah wanita itu ada sifat-sifat yang comel dan jangan mendesak. Ramai artis dihambat sensasi kerana kisah peribadi, tapi anda agak sepi dengan cerita sebegitu, adakah Shaheizy Sam itu terlalu perahsia?

    Mungkin sebab saya hidup dalam dunia sendiri. Apa yang orang luar lihat, itu adalah saya ketika bekerja.
    Pendapat tentang percintaan artis dengan artis? Cinta itu perasaan dan perasaan tidak boleh ditepis. Kalaulah hati saya tersentuh oleh artis saya terima, begitu juga kalau dari kalangan wartawan, pun saya terima.

    Bila agaknya misteri hati anda akan terungkai, ada jangkaan tertentu untuk tamatkan zaman bujang?
    Bukan misterilah, saya perahsia sebenarnya tapi itu tak bermakna saya tidak berkongsi cerita dengan orang ramai, boleh. Saya ada masalah. Masalah saya ialah merasakan diri saya seorang yang sangat membosankan!
    Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua-petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi.
    TAJUK GAMBAR ANDA

    Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

    Cara Kedua?

    Sakit gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah. Untuk menghilangkan rasa sakit gigi, cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus.

    Atau ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur. Boleh juga ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.

    Cara Ketiga?

    Terdapat pelbagai sebab yang boleh dikaitkan dengan sakit gigi ni. Salah satu daripadanya sebab gusi tu bengkak.

    Macamner boleh bengkak? Mungkin kerana anda lambat mendapatkan rawatan ketika gigi berlubang ataupun berbau busuk.

    Apabila gusi anda tu bengkak, ia mungkin mengandungi nanah. Kesannya, susahlah anda nak makan nanti. Sebab rasa sakit yang amat dan berdenyut-denyut dibuatnya.

    Salah satu petua mengubati sakit gigi yang disebabkan oleh gusi bengkak adalah menggunakan umbut nanas.

    Macamner caranya tu?

    Mari saya tunjukkan langkah-langkah mengubati gusi bengkak anda tu;

    1. Ambil umbut nanas dan hancurkannya.

    2. Campurkan umbut nanas tadi dengan sedikit garam halus.

    3. Tampalkannya kat pipi anda yang ada kesan bengkak tu.

    4. Biarkannya sampai kering.

    5. Amalkan petua ni sampai bengkak kat gusi anda tu sembuh yer. :)
    TAJUK GAMBAR ANDA

    Nak Lagi Petua?

    1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

    2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

    3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

    4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

    5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

    6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

    7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.||||54EKFJ68JDJ3
    Hosni Mubarak!!! akhirnya letak jawatan

    Setelah 18 hari rakyat Mesir berhimpun untuk singkirkan Presiden mereka, Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman. Pengumuman Mubarak itu nyata telah menggembirakan seluruh rakyat Mesir dan juga umat islam di serata dunia.Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

    Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

    Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

    Jelas bahawa kuasa rakyat telah membuktikan bahawa kuasa mereka, kuasa keramat. Tanggal 11 Februari 2011, mencatatkan kuasa rakyat mampu menumbangkan sesebuah kerajaan yang diktator. Mungkin kebetulan, tarikh 11 Februari ini turut mencatatkan kejayaan rakyat dalam Revolusi Iran (11 Februari 1979) dan juga pembebasan Nelson Mendela pada 11 Februari 1980 selepas puluhan tahun dipenjara.

    Apapun jelas di sini bahawa kuasa rakyat terserlah dalam Revolusi di Mesir yang sebelum ini dicetuskan di Tunisia. Penyertaan mereka dalam demokrasi tempang di Mesir selama 30 tahun, nyata tidak berhasil. Maka sebablah itu rakyat Mesir bangkit di jalanan dan bertindak melawan diktator itu secra kekerasan sepertimana diperkatakan oleh John F. Kennedy, Presiden US ke 35 bahawa revolusi secara keamanan (pilihanraya) yang mustahil akan membuatkan revolusi secara kekerasan dan ia tak dapat dielakkan.

    Revolusi ini juga dibina di atas ratusan syuhada yang gugur terkorban bagi membebaskan Mesir yang penuh kebobrokan.

    Diharapkan pihak tentera akan mempercepatkan usaha pemulihan demokrasi terutamanya bagi melangsung proses pilihan raya adil dan bebas bagi memilih tampuk kepempimpinan yang baru.

    Semoga segalanya berjalan lancar selepas ini. Biar rakyat mesir menentukan untung nasib dan masa depan mereka sendiri, serta tidak lagi terkongkong di bawah pengaruh Amerika Syarikat dan cengkaman Israel. Mesir yang ditawan Hosni Mubaak dan regim nasionalis-sekularis-zalim selama lebih 60 tahun itu mesti dikembalikan kepada warganya sendiri.
    KUALA LUMPUR - Model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz mengalami detik cemas apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.

    Dalam kejadian pukul 3.23 petang itu, artis berbadan tinggi lampai berusia 40 tahun itu kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia.
    Nasha Aziz Cedera Disamun Dua Lelaki

    Difahamkan, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

    Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun.

    "Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut.

    "Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! semalam. -kosmo
    Paris Hilton peluk agama Islam


    Spekulasi selebriti Paris Hilton memeluk agama Islam tersebar dengan meluas di Singapura, Malaysia dan Indonesia, lapor laman London Muslim di Internet pada Isnin lalu.

    Menurut laman tersebut, khabar angin mengenai Paris itu kemudian tersebar ke Amerika Utara dan Eropah.

    Laman itu turut menyiarkan gambar Paris yang memakai tudung kepala.

    Akhbar-akbar dalam talian di Indonesia turut menyiarkan berita sama ada bintang program realiti The Simple Life itu sudah memeluk agama Islam.

    Sebenarnya, berita mengenai Paris menganut agama Islam itu disiarkan buat kali pertama dalam laman berita Daily Squib di Internet.

    Dalam laman itu, jurucakap Paris, Ian Brinkham menyatakan Paris telah memeluk agama Islam dan akan mendirikan sebuah sekolah agama di tengah Beverly Hills, Amerika Syarikat yang akan dibuka pada Julai depan.

    Namun, sebahagian pengguna Internet terpedaya dengan cerita itu tanpa mengetahui bahawa Daily Squib merupakan laman yang menyiarkan berita palsu dengan tujuan untuk menyindir pelakon, penyanyi dan selebriti.

    Semasa berita mengenai Paris memeluk agama Islam itu tersebar, selebriti tersebut menyatakan perasaan bimbangnya kerana dia akan berumur 30 tahun pada 17 Februari depan.

    "Saya seolah-olah tidak percaya saya akan berumur 30 tahun tetapi sekurang-kurangya saya seperti berusia 20 tahun," katanya kepada majalah hiburan Closer kelmarin.

    Selebriti itu turut merancang akan pergi ke beberapa buah tempat untuk berparti seperti di Los Angeles, New York dan Las Vegas.

    Pada 3 Februari lalu, Paris berada di Frankfurt, Jerman untuk mempromosikan minuman wain dalam tin, prosecco. - Agensi
    CyberSecurity Malaysia, kini telah meminta agar para pengguna laman sosial terkemuka, Facebook hanya menambah rakan-rakan yang mereka kenali sahaja, selain menerima permintaan rakan-rakan yang diketahui mereka sahaja dan bukan sebaliknya, memandangkan pada tahun lepas sahaja, lebih 401 kes yang dikaitkan dengan Facebook telah dilaporkan.

    Hanya Tambah Rakan Yang Anda Kenal Di Facebook

    Daripada 401 kes yang dilaporkan kepada Cyber999 sepanjang tahun lepas itu, lebih 62% adalah berbentuk gangguan, 22% untuk akaun yang diceroboh, selain 5% lagi untuk penipuan identiti. Selain daripada itu, CyberSecurity juga turut meminta agar para pengguna hanya berkongsikan gambar, video dan informasi yang hanya ingin diketahui awam sahaja, memandangkan ianya mungkin tersebar lebih luas tanpa pengetahuan pengguna.

    Pada masa yang sama, ibu bapa juga diminta untuk mengawal dan memerhatikan aktiviti anak-anak mereka, dan ketahui apa yang dikongsikan mereka secara dalam talian. CyberSecurity juga meminta para pengguna yang menghadapi masalah gangguan, penipuan identiti dan seumpamanya, boleh menghubungi Cyber999 melalui emel di cyber999@cybersecurity.my |||||| sumber: amanz
    Leez terbeban dengan watak mencabar


    MEREKA dipertemukan buat kali pertama ketika menjayakan penggambaran telefilem Pontianak Kampung Batu yang turut dibintangi Erra Fazira, Rashidi Ishak dan Didie Alias.

    Meskipun jarang berbual, namun setiap kali memasuki set bagai wujud keserasian yang begitu luar biasa antara Rosliza Rosli (Leez), 24, dan Sharnaaz Ahmad (Sharnaaz), 26.

    Atas dasar dan sebab musabab itu, pengarah, Michael Ang tertarik untuk menggandingkan mereka sekali lagi dalam telefilem arahannya, Ungunya Cinta terbitan syarikatnya, Cube Film Sdn Bhd.

    Bercerita mengenai keserasian dan sejauh mana ia mempengaruhi kehidupan mereka, akui Sharnaaz, dia dapat merasai perasaan cinta terhadap Leez.


    “Tipulah kalau saya kata saya tidak rasa. Setiap kali berdialog perlu pandang ke mata Leez dan dia pula mengungkapkan dialog itu sepenuh hatinya.


    “Tetapi hal itu hanya berlaku dalam set saja ketika babak kami dijayakan. Sedikitpun perasaan itu tidak pernah terbawa-bawa sehingga ke luar kerana kami berdua profesional,” katanya.

    Akui Sharnaaz, hatinya sudah dimiliki seorang yang juga terbabit dalam dunia seni. Gadis itu bernama Ruzana, yang pernah menyertai program realiti, Gangstarz bersama kumpulan Luscious.

    Leez pula mengakui, walaupun baru dua kali bergandingan, ternyata dia selesa berlakon di samping aktor meningkat naik itu yang turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 melalui kategori Artis Baru Lelaki yang menyaksikan saingan seperti Daus, Maulana, Shahir dan Shahz Jaszle.

    “Bukan senang untuk mendapat pasangan yang serasi ketika berlakon. Pun begitu, saya akui Sharnaaz antara pelakon lelaki yang paling mudah untuk saya bekerjasama.

    “Walaupun masih baru, tetapi dia faham tanggungjawabnya terhadap watak diberikan. Dia terbuka dan kami akan berbincang sebelum melangkah ke set dan ini melancarkan tugas kami,” katanya.

    Ungunya Cinta bakal ditayangkan pada 10 Februari 2011 (Khamis), jam 9.00 malam
    di Astro RIA. Kisahnya bermula apabila Ungu terpaksa mengajar Andi (Sharnaaz Ahmad) juga anak kepada Datin Moon (Didie Alias), sahabat kepada ibu Ungu, Rubiah (Sharifah Shahira).

    Andi mempunyai perangai ‘anak orang kaya’ yang panas baran dan perengus. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengajar Andi, Ungu hampir putus asa dengan perangai Andi. Akibatnya dia mula membenci Andi lalu mula mengajar sambil lewa.

    Disebabkan tidak tahan dengan sikap Andi, satu hari Ungu melepaskan segala perasaannya terhadap Andi lalu timbul konflik. Begitupun, sekian lama dia bersama Andi, Ungu mula menyedari bahawa Andi bersikap demikian kerana sering kesunyian dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya.

    Selepas kejadian itu, Ungu mula menyayangi Andi dan Andi juga mula sedar yang dia menyintai Ungu. Namun satu hari, Ungu keliru apabila melihat Andi bersama perempuan lain.

    Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan perempuan itu, Andi mengambil pendirian berdiam diri. Ungu yang merasa terluka, membuat keputusan tidak mahu bertemu Andi lagi.



    Leez berkata, Ungunya Cinta menampilkan jalan cerita ringkas, namun bebanan yang terpaksa dihadapinya mengenai watak Ungu itu sendiri.

    “Ungu gadis remaja yang meminati muzik dan bercita-cita mahu menjadi penyanyi. Pada waktu sama, Ungu juga iaitu pelajar tahun pertama di universiti bekerja sebagai guru tuisyen sewaktu cuti semester bagi mencari wang saku.

    “Jalan ceritanya ringkas, cuma cabaran dalam cerita ini terletak pada karakter Ungu sendiri. Wataknya digambarkan seorang yang lepas cakap, tetapi baik hati. Sebagaimana ibunya yang dilakonkan Sharifah Shahirah, begitulah sikap Ungu sebenarnya.

    “Seseorang yang bercakap lepas selalu dikaitkan sebagai individu yang tidak disukai dan jahat hanya kerana kelantangan mereka walaupun orang seperti ini mereka biasanya jujur dan tidak berpura-pura.

    “Untuk mengimbangi karakter seorang yang bermulut lepas tetapi pada masa sama perlu membuatkan penonton yakin Ungu seorang yang baik, menjadi cabaran utama saya.

    “Jika dibuat secara berlebihan, ia akan mengundang salah faham terhadap karakter itu. Bagaimanapun, saya berasakan sudah memberikan yang terbaik untuk Ungunya Cinta,” katanya.

    Sama seperti Leez, Sharnaaz juga mengalami kebingungan menghayati watak sebagai Andi pada mulanya.

    “Terus terang saya menggemari watak yang membolehkan pelakon meluahkan emosinya. Contohnya, jika sedang marah saya boleh menunjukkan kemarahan itu.

    “Berbeza dengan Andi, wataknya lebih kepada memendam rasa. Suka pada Ungu, tetapi perasaan itu tidak diluahkan. Sayang dan mahukan perhatian kedua-dua orang tuanya, tetapi tidak ditunjukkan. Menghidap barah otak tetapi dia berlagak sebagai seorang yang sihat dan tiada masalah.

    “Segala beban ditanggung sendiri dan hanya mampu diluahkan perasaan itu melalui mata. Inilah yang menjadi cabaran besar bimbang isyarat mata tidak sampai pada penonton,” katanya.


    Ditemui pada majlis makan tengah hari yang diadakan di Alexis, The Garden, Rabu lalu, pengarah merangkap Pengarah Urusan Cube Film Sdn Bhd, Michael Ang turut hadir untuk menceritakan keistimewaan telefilem ini.

    Bicara Michael, sudah menjadi tradisi Cube Film Sdn Bhd dalam mempelbagaikan karya dihasilkan agar dapat memenuhi selera penonton filem dan drama tempatan. Pada pendapatnya, penerbitan drama dan filem tempatan perlu rombakan.

    Dalam merencanakan Ungunya Cinta, Michael mempertaruhkan segala yang terbaik dari sudut teknikal sehinggalah subteks dan pada waktu sama berusaha menjadikan Ungunya Cinta sebagai antara karya cinta terbaik pernah ditonton.

    “Pada saya, kekuatan drama Ungunya Cinta terletak pada skrip yang dihasilkan Amor Rizan. Selalunya kita lihat cerita cinta temanya agak sama.

    “Namun pengisian dalam Ungunya Cinta menjadikan ia satu karya berbeza. Konflik yang ditimbulkan Amor menerusi skrip ditulis pasti menyentuh perasaan penonton.

    “Pengisian dialog yang selamba, namun penuh makna membuatkan mereka yang menyaksikan kelak akan berasa ia dekat dengan mereka. Saya percaya ada beberapa babak ditampilkan dalam drama ini akan mencuit perasaan penonton seolah-olah kenangan manis itu berlaku dalam hidup mereka sendiri,” katanya.

    Karier pengarahan Michael Ang bermula dengan Wasiat Anak Dara, Cinta Lelong dan 30 Hari Mengenali Cinta. Drama itu turut memperoleh rating tertinggi untuk siaran Astro ketika itu. Syarikat itu juga pernah menerbitkan filem Anak.


    PROFIL

    NAMA: Sharnaaz Ahmad
    PANGGILAN: Sharnaaz
    TARIKH LAHIR: 30 Ogos 1985
    UMUR: 26 tahun
    ZODIAK: Virgo
    ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
    HOBI: Main ‘video game’, bermain muzik, mengembara, fotografi dan menaiki motor besar
    KERJAYA: Pelakon
    ANTARA DRAMA: Tari Tirana, Dottie, Kum Kum, Pontianak Kampung Batu dan Ungunya Cinta


    PROFIL

    NAMA: Rosliza Rosli
    PANGGILAN: Leez
    TARIKH LAHIR: 12 November 1987
    UMUR: 24 tahun
    ASAL: Kuala Lumpur
    ZODIAK: Scorpio
    HOBI: Menyanyi, membaca dan bersukan
    KERJAYA: Penyanyi dan pelakon
    ANTARA DRAMA: Astana Idaman, Sembilu Kasih, Pontianak Kg Batu dan Ungunya Cinta. hmetro
    Pemburu giler si tokek

    Tokek atau Pokke. Kalau orang luar kelantan memanggilnya sebagai Tokek dan kalau di kelantan ianya lebih dikenali sebagi Pokke. Gapo hok soho sangat tentang Pokke ni? Bagi mereka yang tidak tahu nilainya mungkin tidak mengambil peduli. Bagi yang tau ramai yang jadi giler dan sanggup menjadi pemburu hutan demi mendapatkan pokke yang tercinta. haha

    Pokke atau tokek seakan-akan sama dengan seekor cicak cuma bezanya adalah dengan bintik-bintik yang berwarna dibadannya. Kenapa ramai yang sanggup menjadi pemburu haram pokke ni? Kerana nilainya hampir mencecah puluhan ribu ringgit mahupun berjuta ringgit mengikut saiz dan jenis.

    Mungkin ada yang tidak percaya dengan nilau tersebut tetapi percayalah itulah kebenarannya. Pokke dikatakan mampu menyembuhkan penyakit berbahaya seperti HIV AIDS. Itulah kot yang menyebabkan harganya mahal dipasaran.


    Pemburu giler si tokek

    Kalau nak kaya dan senang sekelip mata boleh lah lepas ni masuk hutan cari pokke ni deh harganya masyuk. Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang RM20,000 bagi setiap seekor. Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kulit serta pernafasan.

    Jangan plak ada yang tertukar ye dengan cicak biasa. Sebab baru-baru ni rumah Yakboktam kecoh pasal pokke kerana mak yakboktam masuk ketandas dan mendakwa ada terjumpa seekor pokke. Yakboktam pergi tengok dan mendapati itu bukan pokke itu cicak haha.

    Cicak tersebut seakan-akan sama dengan pokke. Serius dengan bintik-bintiknya dan saiz badan yang besar berbanding cicak biasa. Gelak besar yakboktam haha. Kalau betullah pokke tak perlu lagi Yakboktam berblogging sebab dah kaya.He3x

    Yak BokTam
    Kutipan filem Khurafat – Perjanjian Syaitan yang mencecah RM7 juta sehingga Selasa membuatkan pengarah Syamsul Yusof merancang untuk mengarah filem Khurafat 2 pada tahun ini.

    Dengan kejayaan sambutan filem tersebut sejak ditayangkan di pawagam pada 13 Januari lalu, Syamsul sudah dapat menarik nafas lega dan mula lena tidur.

    Kutipan filem tersebut telah melepasi kos produksi sebanyak RM1.7 juta.


    Beliau ketika dihubungi menganggarkan Khurafat mampu mencecah antara RM7.5 juta sehingga RM8 juta apabila tamat tayangannya nanti. Bagaimanapun katanya, angka kutipan Khurafat akan terjejas sempena Tahun Baru Cina berikutan beberapa pawagam sudah pun menyatakan hasrat mereka mengurangkan jumlah tayangan filem itu, bagi memberikan laluan kepada filem baru.
    “Alhamdulillah selepas tiga minggu ditayangkan, Khurafat berjaya memungut sekitar RM7 juta dan kita anggarkan angka itu akan meningkat lebih tinggi lagi. Namun sambutan Tahun Baru Cina akan menjejaskan kutipan filem ini berikutan pempamer mahu mengurangkan jumlah tayangannya untuk memberi laluan kepada filem lain.

    “Contohnya di Ipoh, pempamer terpaksa mengeluarkan filem ini, tetapi mereka berjanji untuk menyelitkan beberapa sesi tayangan jika boleh. Daripada enam tayangan sehari yang mampu mengutip antara RM12,000 hingga RM13,000, mereka mungkin akan berikan dua slot tayangan untuk filem ini. Secara keseluruhannya, kita akan kekurangan separuh daripada kutipan yang mampu dipungut.

    “Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana tidak menyangka Khurafat boleh mencecah kutipan setinggi ini. Malah lebih tinggi daripada sejarah yang pernah dicetuskan Skop Production sejak 16 tahun lalu, menerusi filem Sembilu, yang mencatat RM6.3 juta selama 40 hari ditayangkan,” katanya.

    Sembilu yang dibintangi Erra Fazira, Awie, Ziana Zain dan Mustapha Kamal menemui peminat filem Melayu pada 1995. Filem berkisar percintaan penyanyi rock itu mencatat sejarah apabila menjadi filem pertama di negara ini berjaya mengutip RM6.3 juta, menyebabkan penerbit itu sendiri digelar Six Million Dollar Man.
    Biarpun menyedari filem seram mampu memberi pulangan lumayan, namun Yusof berkata, beliau enggan terburu-buru untuk terus menghasilkan filem bergenre sama bagi meraih keuntungan segera.

    “Syamsul ada menyatakan, dia tidak mahu tergopoh-gopoh menghasilkan filem seram lain. Selepas Khurafat, dia kini sibuk mengarahkan filem Bohsia 2: Jalan Kembali, malah saya sendiri kurang bersetuju apabila industri kita terlalu dilambakkan dengan cerita hantu. Mungkin kita hanya akan terbitkan pada penghujung tahun ini kerana Syamsul mempunyai beberapa filem lain yang perlu diselesaikan.

    “Sebenarnya dia menghasilkan Khurafat atas dasar ingin mencuba. Pada mulanya dia sendiri was-was tetapi tak sangka pula filem ini mendapat sambutan serta komen yang baik daripada peminat dan juga media.

    ”Bagaimanapun dia ada menyatakan kepada saya, jika dia mahu hasilkan filem seram pun, mungkin dia ingin mencuba seram komedi seperti filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Dia terlalu meminati filem itu, lagipun seram komedi lebih mudah dihasilkan berbanding filem seram yang memerlukan banyak kajian dilakukan. Saya tidak kisah filem apa sekalipun yang mahu Syamsul hasilkan, tetapi kalau boleh biarlah mempunyai mesej,” katanya.

    Sebagai bapa, Yusof sentiasa mengingatkan Syamsul supaya tidak mudah meninggi diri atau berasa dirinya hebat dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih. Baginya, kejayaan itu bukan miliknya seorang tetapi ia tidak akan dicapai tanpa kerja berpasukan.


    Tajuk Filem:
    Khurafat
    Pengarah:
    Syamsul Yusof
    Penerbit:
    Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios Sdn Bhd
    Dipawagam:
    13 Januari 2011
    Pelakon Khurafat:
    Syamsul Yusof
    Liyana Jasmay
    Sabrina Ali
    Md Eyzendy
    Fauziah Nawi
    Nur Huda binti Ismail
    Mariani
    Latiff Borgiba

    Sinopsis:

    Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.
    Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.
    Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.

    Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

    PADA Jumaat lalu, satu cahaya misteri (dalam bulatan) turun dari langit ke Kubah Emas, Baitulmuqaddis.



    BAITULMUQADDIS - Satu klip video disiarkan di laman YouTube yang menunjukkan dengan jelas satu cahaya misteri berbentuk seperti telur berada di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di sini, lapor msnbc.com kelmarin.
    Cahaya misteri itu dirakamkan menerusi telefon bimbit oleh beberapa orang yang berada dekat dengan kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa itu pada pukul 1 pagi Jumaat lalu.
    Dalam laman YouTube, terdapat beberapa perbualan orang yang menyatakan perasaan terkejut apabila melihat cahaya misteri tersebut terapung-apung di atas Kubah Emas itu.
    Cahaya misteri itu kemudian bergerak terlalu laju ke atas langit Baitulmuqaddis.
    Sebelum ini, terdapat dua klip video yang menunjukkan cahaya itu turun ke kawasan yang menempatkan Masjid Al-Aqsa dan Kubah Emas.
    Namun, dua klip video itu dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera dari jarak jauh menyebabkan lokasi tepat cahaya tersebut turun dari langit tidak diketahui.
    Klip video ketiga yang kemudian disiarkan di YouTube menunjukkan dengan jelas cahaya misteri itu kerana ia dirakamkan dekat dengan bangunan Kubah Emas.
    Setakat ini, kemunculan cahaya misteri itu masih diperdebatkan di kebanyakan laman web kerana ia didapati bukan piring terbang seperti yang disangka sebelum ini.
    Kubah Emas itu merupakan sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad berdiri ketika peristiwa Israk dan Mikraj. - Agensi
    Tips Ketika kenderaan sudah tenggelam


    Sekiranya kenderaan sedang tenggelam, cuba buka tingkap secepat mungkin. Ketika kenderaan sudah tenggelam, tenaga manusia biasa sukar untuk membukanya sehinggalah tekanan luar dan dalam kenderaan menjadi stabil. Sekiranya tingkap masih belum terbuka, usaha menstabilkan tekanan luar dan dalam menjadi sukar.

    Jangan panik !

    Buka tingkap seboleh mungkin. Gunakan apa kaedah sekalipun. Anda mempunyai kurang dari sesaat untuk berusaha. Sekiranya tingkap kenderaan menggunakan kuasa (Power window), cuba pecahkan gelas tingkap tersebut menggunakan kaki, tangan, siku atau apa sahaja barangan yang keras. Dengan membenarkan air memasuki ke dalam kenderaan, maka tekanan dalam dan luar kenderaan dapat distabilkan dan pintu boleh dibuka.

    Sekiranya anda mempunyai peralatan kecemasan, pastikan ia mudah di capai ketika didalam kecemasan. Jika anda tidak mempunyai peralatan khas, anda boleh menggunakan barangan seperti tukul, pemutar skru atau kunci stereng (Steering wheel locks). Anda juga boleh menggunakan kunci kereta untuk memecahkan cermin.

    Tingkap sisi pintu kenderaan adalah bahagian cermin yang sesuai untuk di pecahkan dan ianya lokasi sesuai untuk selamatkan diri. Cermin hadapan diperbuat dari kaca keselamatan yang mungkin hanya retak bila cuba untuk dipecahkan. Untuk kenderaan yang mahal harganya, pasti kaca hadapan adalah bahagian yang sukar untuk dipecahkan.

    Sekali lagi ... Jangan panik !

    Selepas tingkap berjaya di pecahkan. Tarik nafas sebanyak mungkin dan selepas air memenuhi ruang kenderaan, perlahan loloskan diri untuk keluar kenderaan dan berenang ke permukaan.

    Ingat .. Berbagai kemungkinan berlaku ketika banjir. Cuba jauhi dari lokasi tersebut.

    info...Wartamaya
    Laman Facebook popular yang menentang pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat, kini mengalihkan fokus kempennya kepada membantah cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).

    Laman tersebut dilayari hampir 290,000 orang sejak dilancarkan pada 16 Oktober tahun lalu, selepas kerajaan mengumumkan rancangan untuk membina menara pencakar langit itu di Kuala Lumpur.

    Hari ini, laman tersebut melancarkan protes baru di talian untuk tempoh dua minggu mulai hari.say no to megatower facebook page'Demonstrai Mega Online 11' itu, yang akan berlangsung sehingga 14
    Februari, menghendaki pengguna Facebook menggunakan poster yang direkabentuk oleh pengendali laman tersebut sebagai profil foto mereka.

    Kempen tersebut yang dilancarkan tengahari tadi, telah menerima 325 'suka' dan 70 komen sehingga jam 8 malam ini.

    Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

    Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.




    LAMAN interaktif sosial Twitter kini semakin hangat menjadi pilihan pengguna apabila selain selebriti, para pemimpin dilihat menggunakannya sebagai medan perdebatan pelbagai isu secara langsung dengan rakyat termasuk mengumpul sebanyak mungkin pengikut.
    Mendahului para pemimpin negara Asia, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menjadi peneraju yang kini mengumpul hampir 70,000 pengikut, tidak termasuk pengikut beliau di laman interaktif Facebook.

    Laman #tanyanajib kini begitu meriah apabila dihujani ribuan soalan dan pendapat yang serius dan kelakar daripada pelbagai lapisan masyarakat. Daripada persoalan mengenai isu-isu dunia, negara, pendidikan dan sosial, soalan berunsur peribadi turut diajukan.

    Populariti yang diraih Najib juga dirasai beberapa ahli politik dalam negara yang turut membuka akaun Twitter untuk menyampaikan ideologi mereka antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Khairy Jamaluddin.

    Pensyarah Jabatan Komunikasi dan Media, Kolej Antarabangsa INTI Subang, Mohd. Khairul Irwan Mansor berpendapat, para mahasiswa universiti harus memanfaatkan peluang berinteraksi secara langsung dengan perdana menteri dan pemimpin lain bagi menyampaikan idea dan pandangan mereka.

    RAKYAT Malaysia kini bebas berinteraksi secara langsung dengan pemimpin-pemimpin negara melalui Twitter. - Gambar hiasan



    “Para pelajar dapat menyuarakan pelbagai isu membabitkan remaja dan belia serta membincangkan masalah-masalah dalam pendidikan, sosial dan sebagainya.

    “Tidak semestinya perlu suarakan pandangan mereka berkaitan isu politik, sebaliknya perkara-perkara yang dekat dengan diri mereka,” katanya.

    Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Maizatul Akmal Yahaya pula menggalakkan lebih ramai rakyat melihat perkembangan laman Twitter pemimpin bagi mengetahui perkembangan terkini dalam negara dengan lebih pantas berbanding media tradisional.

    “Saya sering mengikuti perkembangan laman Twitter perdana menteri dan saya lihat beliau sering menghantar maklumat mengenai inisiatif terbaru yang diambil kerajaan termasuk perkembangan aktiviti hariannya.
    “Contohnya, baru-baru ini beliau mengumumkan pelancaran Dana Belia bernilai RM20 juta di laman Twitter beliau,” katanya.

    Tambahnya, kewujudan laman Twitter pemimpin menunjukkan mereka serius dengan komitmen mendekati rakyat secara langsung tanpa pihak ketiga.

    “Perdana Menteri juga menjawab soalan-soalan remeh mengenai kehidupan peribadi beliau sama ada di Twitter, Facebook atau YouTube,” katanya.

    Jurutera Darco Industrial Water Sdn. Bhd., Md. Jazli Md. Johari bagaimanapun meragui kesemua komen-komen, idea dan pandangan pengikut laman Twitter para pemimpin negara sempat dibaca sepenuhnya oleh para pemimpin berkenaan.

    “Saya yakin ribuan pandangan dikemukakan masyarakat setiap hari tetapi tidak semuanya akan mendapat perhatian serius. Bayangkan berapa ribu komen baru yang masuk setiap hari ke dalam laman Twitter berkenaan.

    “Adakah pemimpin mempunyai masa untuk meneliti kesemua pandangan masyarakat yang diajukan,” katanya.

    Sementara itu, di laman Twitter Najib, beliau memberitahu seronok membaca soalan kreatif rakyat dan menyediakan jawapan kepada beberapa soalan menerusi video di laman YouTube.



    Selain media massa, segala aktiviti Najib juga dapat diikuti melalui Twitter.


    Beliau juga berkata akan cuba untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan serta meminta diberikan masa untuk meneliti soalan-soalan tersebut.

    Salah satu soalan yang dijawab di laman YouTube ialah soalan oleh pemilik akaun Twitter, Danial Fahmi mengenai perancangan perkembangan belia di Malaysia bagi membanteras masalah sosial secara berterusan.

    Dalam pada itu, pelajar Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Abdul Amir Abdul Malik, 19, berkata dia pernah menyampaikan ucapan tahniah kepada perdana menteri melalui laman Twitter #tanyanajib kerana menjadikan Twitter sebagai medium untuk mendekati rakyat.
    “Bagi saya ia adalah perkara yang hebat apabila pemimpin negara mempunyai akaun Twitter. Najib ialah perdana menteri pertama di Asia yang mempunyai akaun Twitter.

    “Kini, pelajar juga dapat berhubung dengan pemimpin tanpa melalui prosedur yang ketat,” katanya.

    Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mohamad Izwan Ismail, 24, pula berasa hairan apabila perdana menteri mempunyai masa untuk melayani soalan-soalan di Twitter.

    “Tetapi saya lihat ada banyak perkara yang sebelum ini tidak diketahui masyarakat diperoleh di sini, contohnya aktiviti-aktiviti dan pelan-pelan yang dijalankan perdana menteri.

    “Tetapi saya yakin beliau ada pembantu yang memantau perjalanan laman Twitter itu,” katanya.
    Terdedah serangan penggodam.

    Pakar Teknologi Maklumat, Kavitha Muthy pula berkata, Twitter merupakan trend terkini para ahli politik bagi menyebarkan ideologi mereka tetapi ia adalah kaedah berkesan dan pantas untuk maklumat sampai dengan cepat kepada rakyat.

    “Selain perdana menteri, pemimpin-pemimpin lain dalam negara dilihat mula menggunakan Twitter untuk mendekati masyarakat sejak tahun 2009 lagi.

    PEMIMPIN kini semakin celik teknologi maklumat dalam memastikan aspirasi dan perjuangan mereka turut dapat diserap rakyat terutama golongan muda.



    “Ia adalah perkara baru selepas Facebook. Tetapi masyarakat harus menilai sama ada ia adalah laman sebenar pemimpin berkenaan atau laman palsu kerana ada beberapa akaun Twitter kini menyamar sebagai pemimpin negara termasuk perdana menteri,” katanya.

    Katanya lagi, aspek keselamatan adalah perkara penting yang perlu diambil serius kerana medium Internet terdedah dengan ancaman penggodam yang dapat memanipulasi maklumat yang disampaikan.
    “Di Amerika Syarikat, Barrack Obama juga menggunakan Twitter tetapi laman Twitter beliau juga pernah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

    “Oleh itu, penting bagi memastikan keselamatan akaun Twitter masing-masing lebih-lebih lagi pemimpin yang mempunyai ramai pengikut dan musuh,” katanya.
    Pengiktirafan Khas Kepada Karyawan Penyiaran Terbaik 2010

    Anugerah Seri Angkasa (ASA) merupakan sebuah anugerah berprestij karyawan penyiar tanahair yang diperkenalkan pada tahun 1972, iaitu tiga tahun selepas penggabungan Radio Malaysia dan TV Malaysia kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM).

    Daya tarikan utama penganugerahan ketika era tersebut ialah penerbitan drama dan hiburan dengan memperkenalkan beberapa kategori anugerah termasuk drama terbaik, pelakon drama lelaki dan wanita, penulisan skrip, pengacaraan, juruhebah radio serta penerbitan dokumentari terbaik.

    Kategori lain yang turut diiktiraf adalah bahagian sokongan seperti audio, jurukamera, penyunting visual serta penataan cahaya walaupun ketika era itu penerbitan dibuat dalam hitam putih.

    Penganugerahan ini diteruskan sehingga era TV warna pada tahun 1978 hingga awal tahun 2000 dan hanya dibuka penyertaannya kepada kakitangan dan penerbitan yang disiarkan menerusi RTM sahaja memandangkan anugerah ini dianjurkan atas inisiatif RTM.

    Pada tahun 2004, Anugerah Seri Angkasa buat pertama kalinya membuka penyertaan kepada stesen-stesen swasta dalam usaha mewujudkan persaingan yang lebih sihat di kalangan karyawan industri penyiaran negara.  Usaha ini diteruskan lagi pada penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2006.

    Bagi mengukuhkan lagi hubungan yang akrab serta semangat setiakawan di antara tiga peneraju utama stesen-stesen penyiaran negara masa kini; iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku stesen penyiaraan kerajaan, Media Prima Berhad (stesen penyiaran swasta) dan ASTRO (stesen penyiaran berbayar), maka Anugerah Seri Angkasa 2010 dianjurkan buat pertama kalinya oleh ketiga-tiga peneraju utama ini dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) selaku peneraju induk.

          logo Anugerah ASA tahun ini
    Gabungan Kerajaan Dan Swasta
    Matlamat ASA 2010 ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada industri penyiaran di Malaysia selain menyuntik semangat para karyawan dan penyiar tempatan agar terus berjuang di persada industri penyiaran dan seni tanahair menerusi acara gilang-gemilang lagi berprestij.

    ASA 2010 bakal diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 18 Februari 2011 (rakaman) dan 19 Februari 2011 (siaran langsung)  bermula jam 8:30 malam dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

    Siaran langsung boleh diikuti serentak menerusi TV1 (RTM), TV9 (Media Prima) dan Astro Prima (ASTRO).




    Anugerah Seri Angkasa 2010 melibatkan kerjasama stesen-stesen penyiaran kerajaan dan swasta iaitu RTM, ASTRO, TV3, TV9, ntv7, 8TV, HotFm, Suria FM dan Sinar FM.

    Dalam penganugerahan ini, karyawan dalam industri penyiaran yang diberi pengiktirafan termasuklah pengarah, penulis skrip, pengacara, pelakon, pelawak,  dan ramai lagi. Anugerah ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan penyiar dan karyawan agar dapat menerbit dan menghasilkan rancangan-rancangan TV dan radio yang lebih kreatif, berkesan dan bermutu untuk menarik lebih ramai penonton dan pendengar.

    Membawa tema Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia, ASA 2010  berhasrat untuk mengetengahkan saluran radio dan televisyen sebagai saluran utama dalam menggambarkan perkembangan kemajuan warga Malaysia.

    YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim dan Datuk Johan Jaffar di sidang media ASA 2010
    53 Anugerah

    Sebanyak 53 Anugerah dipertandingkan kali ini iaitu 34 Anugerah TV, 16 Anugerah Radio dan 3 Anugerah Khas merangkumi Anugerah Khas Juri TV, Anugerah Khas Juri Radio dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa. Penerima anugerah bakal membawa pulang trofi dan sijil manakala dua penerima anugerah utama bagi kategori Pengarah Terbaik dan Drama Terbaik akan membawa pulang hadiah istimewa berupa lawatan khas ke Los Angeles.

    Rancangan anugerah yang mengiktiraf pelbagai kategori untuk radio dan TV merupakan anugerah paling berprestij dalam bidang penyiaran. Penyertaan yang telah diterima adalah sejumlah 521 pencalonan, iaitu 198 bagi kategori radio dan 323 pencalonan bagi kategori TV.
    Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2010 terbuka kepada rancangan-rancangan Radio/TV terbitan RTM, terbitan agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, syarikat-syarikat swasta di Malaysia yang telah membekalkan rancangan-rancangan untuk siaran di RTM dan stesen-stesen swasta dalam tempoh 1 Jun 2009 hingga 31 Julai 2010.

    Kategori pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2010 dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Televisyen dan Kategori Radio.

    Trofi berprestij ASA 2010 yang dinanti-nantikan
     Senarai pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2010

    MALAM PERTAMA: 18 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)


    KATEGORI RADIO (18 FEBRUARI 2011)
    1. Pengulas Radio Terbaik
    2. Liputan Berita Radio Terbaik
    3. Buletin Berita Radio Terbaik
    4. Majalah Radio Terbaik
    5. Rancangan Interaktif Radio Terbaik
    6. Drama Radio Terbaik
    7. Hiburan Radio Terbaik
    8. Bicarawara Radio Terbaik
    9. Skrip Drama Radio Terbaik
    10. Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik
    11. Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik
    12. Kapsul Radio Terbaik
    13. Pengimbang Muzik Radio Terbaik

    KATEGORI TV (18 FEBRUARI 2011)
    1. Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik
    2. Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik
    3. Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik
    4. Bicarawara TV Terbaik
    5. Animasi tempatan TV Terbaik
    6. Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik
    7. Liputan Berita TV Terbaik
    8. Laporan Khas Berita TV Terbaik
    9. Wartawan TV Terbaik
    10. Suntingan Rancangan TV Terbaik
    11. Jurukamera TV Terbaik
    12. Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV
    13. Rekaan Set TV Terbaik
    14. Promo/Montaj/Teaser TV Terbaik
    15. Audio Rancangan TV Terbaik
    16. Pengimbangan Muzik TV Terbaik
    17. Penerbitan Kapsul TV Terbaik
    18. Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik

    MALAM KEDUA: 19 FEBRUARI 2011
    KATEGORI RADIO (19 FEBRUARI 2011)
    1. DJ Radio Lelaki Terbaik
    2. DJ Radio  Wanita Terbaik
    3. Penyampai Berita Radio Terbaik

    KATEGORI TV (19 FEBRUARI 2011)
    1. Pengulas TV Terbaik
    2. Pengacara TV Terbaik
    3. Penyampai Berita TV Terbaik
    4. Majalah TV Terbaik
    5. Hiburan TV Muzikal Terbaik
    6. Rancangan Realiti TV Terbaik
    7. Candawara (Game Show) TV Terbaik
    8. Komedi TV Terbaik
    9. Pelakon Komedi TV Terbaik
    10. Skrip Drama TV Terbaik
    11. Pelakon lelaki Drama TV Terbaik
    12. Pelakon Wanita Drama TV Terbaik
    13. Pengarah Drama TV Terbaik
    14. Drama TV Terbaik
    15. Anugerah Tokoh Seri Angkasa
    16. Anugerah Khas Juri Radio
    17. Anugerah Khas Juri Televisyen
    18. Dokumentari TV Terbaik
    19. Buletin TV Terbaik

    Terkini

    Loading...

    Blog List

    • borak kosong
      Inilah Pengakuan Mengejutkan Katy Perry Tentang Payudaranya - Penyanyi seksi Katy Perry membuat pernyataan mengejutkan dan menjadi sorotan media. Katy mencurahkan hatinya soal payudara besarnya yang membuat ia tak ny...
      19 minutes ago
    • Informasi Malaysia Kini
      Luar Biasa! Kupas Kulit Kelapa Hanya Guna Gigi (Foto) - *Luar Biasa! Kupas Kulit Kelapa Hanya Guna Gigi (Foto)* | *Kupas kulit kelapa* pada zaman kini dilihat semakin mudah apabila pelbagai teknologi…mula diperke...
      2 hours ago
    • Aku Stress Giler
      Cool : Pulau Baa Atoll, Lokasi Untuk Anda Lupakan Kerja Sibuk Anda (10 Gambar) - Pulau Baa Atoll, Lokasi Untuk Anda Lupakan Kerja Sibuk Anda. Anda sibuk dan pening dengan kerja anda? Anda ingin rehat dan tak tahu mana nak pergi? The Ba...
      8 hours ago
    • ! TAO TAU AJER
      BIAR BETUL? - Bahasa Arab Merupakan Bahasa Ke-2 Di Australia? - *TAOTAUAJER* - Bahasa melambangkan bangsa.. bagi kita di malaysia bahasa malaysia ,bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti ke...
      9 hours ago
    • KuraKura Dot My
      VIDEO NAJWA LATIF BERLAKON FILEM PENDEK - VIDEO NAJWA LATIF BERLAKON FILEM PENDEK | Jom lihat bagaimana artis yang baru meningkat naik iaitu najwa latif yang berlakon dalam filem pendek ‘I Love u’ ...
      10 hours ago
    • Bila Jejari Menari
      Betulkah Pemandu Wanita Cemerkap Bawa Kereta???? - Korang pernah dengar perkataan *cemerkap*? Cemerkap ialah perkataan dialek Utara bermakna tak berhati-hati, tak cermat, lalai, cuai, tak cekap....pendek k...
      11 hours ago
    • Informasi Dot My
      Pegawai Kanan Tabung Haji Ditangkap Khalwat - GEORGETOWN – Naluri seorang suami terhadap perlakuan sumbang isterinya berjaya dihidu lalu memberi maklumat sehingga berjaya ditangkap ketika bersama ra...
      1 day ago
    • beautifulnara.com/feed/
      Saya Sekarang Dah Ready Nak Bergelar Isteri – Tasha Shilla - Yeah ~~ Berita baik buat Mahali Jasuli terutamanya dan lelaki-lelaki di luar sana yang meminati Tasha Shilla amnya. Si gadis manis ini sudah melafazkan kes...
      1 day ago
    • Blog Bulan Purnama
      [IKTIBAR] Ku Sangka Dia Orang Gila - Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Teren...
      1 day ago
    • BERNAMA
      Am : Nombor Pendaftaran WP Kuala Lumpur Baharu Bermula W1A - Hishammuddin - PUTRAJAYA, 23 Mei (Bernama) - Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baharu iaitu W (nombor 1 s...
      2 days ago
    • ! SUFFER8ZINE TERRITORY !
      Drama Karlos TV3 Episod 1 Hingga Tamat - Drama bersiri Karlos dilakonkan barisan pelakon berbakat seperti Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Namron, Sherlie Merlis, Azhar Sulaiman, Leez Rosli, Elmy...
      3 days ago
    • Segalanya Disini. . .
      Чтобы учить английский - Нужно учить английские фразы. Это аксиома.
      2 months ago
    • Johan Rakyat
      Kegunaan 'Page Break' dalam Microsoft Word 2007 - Biasa kalau korang buat assignment or paperwork, bila jumpa situasi macam gambar kat bawah ni, korang buat apa? Mesti masih ada lagi antara korang yan...
      4 months ago
    • cer citer
      Anne Ngasri Sering Rasa Mual Dan Loya, Harap Sudah Berbadan Dua - Anne Ngasri melalui* mStar Online* hari ini mengakui dia mula merasa mual dan loya sejak kebelakangan ini dan tidak menolak kemungkinan dia sudah berbadan ...
      4 months ago
    • Hot Info Gallery
      Gambar pelakon seks yang paling cantik di dunia - Inilah pelakon seks yang paling cantik di dunia, dikenali sebagai Candace Cage, berumur 22 tahun dan berketinggian 1.63cm. Gadis ini dilahirkan pada 8 Ogos...
      4 months ago
    • ! !!JoSrEvAlUtIoN!! !
      INSPEKTOR LAPAR SEKS DISIASAT KERANA MENCABUL ISTERI ORANG - INSPEKTOR LAPAR SEKS DISIASAT KERANA MENCABUL ISTERI ORANG | SEREMBAN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang...
      5 months ago
    • Up To Mu | Blogger Malaysia | Blog Uptomu
      Konvokesyen Tadika Di Gaza Yang Sangat Brutal - * admin memang harap ini bukan benar tetapi nampaknya agak real pula..hihi* * dengar-dengar semua budak ini dipaksa untuk membuat sedemikian.* * * **...
      10 months ago
    • Klon Buaya
      Kantoi Tidak Pakai Seluar Dalam, Pad Terkeluar Bila Datang Haid - Pad yang dipakai tidak sesuai dengan saiz agaknya dia pakai. Sampai tersembul keluar pad.Kurang pasti lah bagaimana cara pakai pad. Apakah bila pakai pad m...
      10 months ago
    • eh berita
      Pages Hina Agama Islam - Hacker Malaysia Harap Buat Tindakan ! - assalamualaikum ... sasiape yang ade kepandaian hacker tu .. harap hack pages haram jadah ni segera !!!! admin ada printscreen post DEKAT pages tu yang m...
      1 year ago
    • Gerakan Anti Anwar
      Kelab 'TIBAI' mahu lawan Anwar di PRU13 - [image: Sebahagian penyokong wanita kelab Tibai. - Foto Sinar Harian oleh Rosli Talib] [image: Sebahagian penyokong kelab Tibai. - Foto Sinar Harian oleh...
      1 year ago
    • Terjah
      Terjah 10 Fobia Yang Paling Pelik Di Dunia - Definisi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah jenis2 fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyar...
      1 year ago
    • Padang Temusu Online
      Najib harap mansuh SBPA 'gembirakan' semua - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap langkah kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan hari ini, akan ...
      1 year ago
    • Faceberuk
      Ketika berita on air, janganlah duk main-main kat belakang. [beruktube] - *Awkward!* *Hahaha. *
      1 year ago
    • PING BUSUK RSS FEED
      BREAKING NEWS! ANWAR IBRAHIM MESTI PANAS TELINGA BILA TENGOK NI! #FBP13 @PORTALSGB - Fuh! Teruja sungguh! Puluhan ribu belia seluruh pelusuk negara hadir Majlis Perasmian Festival Belia Putrajaya 2013 yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri...
      43 years ago

    Archive

    • ►  2013 (91)
      • ►  May (2)
      • ►  April (12)
      • ►  March (10)
      • ►  February (15)
      • ►  January (52)
    • ►  2012 (442)
      • ►  December (14)
      • ►  November (14)
      • ►  October (13)
      • ►  September (33)
      • ►  August (45)
      • ►  July (30)
      • ►  June (25)
      • ►  May (33)
      • ►  April (12)
      • ►  March (89)
      • ►  February (88)
      • ►  January (46)
    • ▼  2011 (134)
      • ►  December (16)
      • ►  November (1)
      • ►  September (1)
      • ►  June (3)
      • ►  May (8)
      • ►  April (13)
      • ►  March (19)
      • ▼  February (27)
        • Gambar Gajah Panjat Pokok
        • Petua Tidurkan Si Kecil
        • Telur diDalam Telur
        • Filem Hikayat Merong Mahawangsa Bakal Bikin Kecoh ...
        • Diet zaman batu orang Vietnam?
        • Justin Bieber akhirnya mati ditembak polis
        • Seks hebat selepas usia mencecah 50 tahun?
        • Alasan wanita jika berbohong
        • Derita Fitnah dari Facebook
        • Jumlah bilionaire bagi tahun ini meningkat
        • Gambar hot awek-awek sekolah
        • Tamadun manusia tertua ditemui
        • Pengasas Facebook Makan Bersila?
        • Lisa Surihani Gagal Pikat Hati Sam?
        • Cara Mengatasi Sakit Gigi
        • Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan j...
        • Nasha Aziz Cedera Disamun Dua Lelaki
        • Paris Hilton peluk agama Islam??
        • CyberSecurity | Hanya Tambah Rakan Yang Anda Kenal...
        • Leez-Terbeban Dengan Watak Mencabar
        • Pemburu Si Tokek
        • Kutipan Filem Khurafat 7 Juta Sehingga Semalam
        • Video - Rakam Cahaya Misteri di Atas Kubah Emas
        • Tips Ketika kenderaan sudah tenggelam
        • Protes bantah kawalan siber di Facebook
        • Teknologi Eratkan Pemimpin Dengan Rakyat
        • Pengiktirafan Khas Kepada Karyawan Penyiaran Terba...
      • ►  January (46)
    • ►  2010 (77)
      • ►  December (34)
      • ►  November (10)
      • ►  October (8)
      • ►  September (13)
      • ►  August (4)
      • ►  June (3)
      • ►  May (1)
      • ►  April (4)

    Popular

    • Bersetubuh Pelbagai posisi cara Islam
      1- BERSETUBUH DALAM PELBAGAI POSISI Blogpenyamun ,Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, ...
    • Gambar hot lucah Syahrini atas katil kamar
      Blogpenyamun ,Artis hiburan Indonesia, Syahrini telah report polis mengenai foto-foto gambar panas lucah bogelnya di laman web blog. Sejak...
    • Gambar Ceria Sekitar Hari Perkahwinan Anak Rosyam Noor
      Ahli keluarga Rosyam Noor telah pun bertambah dengan kehadiran seorang menantu lelaki. Anak perempuan mereka iaitu Arniesha Azureen telah p...
    • Tips & Petua Melambatkan Pancutan Air Mani
      Tips & Petua Melambatkan Pancutan Air Mani Berikut tip-tips yang boleh diikuti untuk melambatkan pancutan air mani. Hubungan seks ...
    • Teknik Membelai Buah Dada Wanita
      Tetek atau buah dada yang besar sememangnya digemari para lelaki. Pada kebiasaannya wanita-wanita berbuah dada besar dalam saiz 36 dan ke ...
     
    #########

    Daily Referrer

      www.e-referrer.com
    Laman web directory Malaysian Topsites My Zimbio My Ping in TotalPing.com Free Auto Backlink Free Backlink! Ping your blog, website, or RSS feed for Free Blogged.my Blog Directory TopOfBlogs website analysis Backlink checker to blogpenyamun.blogspot.com
    2010 Simplex Enews. All rights reserved.
    Designed by SimplexDesign