Sebagai pengasas Facebook, anda sepatutnya tahu bagaimana untuk mengemas kini status hubungan anda.
Namun selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan dengan Priscilla Chan, Mark Zuckerberg akhirnya mengumumkan status perhubungan mereka.
Jejaka berusia 26 tahun telah mengemas kini statusnya kepada 'in relationship' untuk mengumukann dirinya sudah berpunya.
'LIKE': Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan pertama kali bertemu di Harvard, pada tahun 2003 dan mula menjalinkan hubungan beberapa hari selepas ia hampir dibuang daripada universiti kerana gurauan Facemash miliknya.
Ramai pemerhati mula perasan perubahan tersebut setelah 'lama tertunda' tetapi tidak menjelaskan mengapa dia menunggu begitu lama.
Namun juga pemerhati telah perasan pasangan itu menukar status mereka daripada 'in relationship' kepada status 'engaged'.
Zuckerberg dan Chan mula mengenali antara satu sama lain ketika mereka berdua belajar di Universiti Harvard.
Berikutan update terbaru itu, laman facebook Chan mendedahkan bahawa hubungan mereka bermula pada tarikh 7 November 2003, hanya beberapa hari selepas peristiwa Facemash yang terkenal oleh Zuckerberg di Harvard.
Dia hampir dibuang daripada universiti selepas menceroboh laman web beberapa kolej pengajian tinggi dan mengambil gambar semua pelajar perempuanmereka, meletakkan gambar mereka bersebelahan antara satu sama lain lain dan meminta pelajar lain 'menilai' daya tarikan mereka.
Kejayaan laman web itu selama beberapa hari di internet adalah inspirasi awalnya untuk membina Facebook.
Kini rasmi: Pengasas Facebook ini mengesahkan statusnya di halaman Facebook-nya sendiri apa yang semua orang sudah tahu. Beliau berkata status update ini sudah 'lama tertangguh'.
Pricilla Chan dengan bangga memaparkan bahawa dia 'in relationship' dengan Mark Zuckerberg di halaman Facebook-nya.
Ada sedikit maklumat telah muncul berkaitan kehidupan peribadi pasangan ini yang tinggal bersama-sama di rumah mereka di Palo Alto, California.
Adakah Zuckerberg akan melamar Chan, seorang wanita kelahiran Cina-Amerika yang berasal dari pinggir bandar Boston, salah satu isu yang terus menjadi persoalan peminat mereka.
Kekayaan Zuckerberg yang bernilai $ 13.5billion, menjadikannnya 52 orang terkaya di dunia, menurut majalah Forbes - dia adalah jutawan termuda kedua di dunia, di belakang rakan-pengasas dan jutawan Dustin Moskovitz.
Seniman M.Nasir dikurniakan gelaran Dato' oleh Istana Pahang hari ini. Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang.
Penyanyi, pelakon dan pencipta lagu terkemuka itu merupakan individu yang layak untuk menerima gelaran tersebut menilai pencapaian yang telah diterimanya sepanjang bergelar anak seni.
Antara anugerah yang diterima termasuk di pelbagai anugerah di Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Festival Filem Malaysia.
Nasir merupakan pencipta ratusan lagu antaranya Mentera Semerah Padi, Fantasia Bulan Madu, Ghazal Untuk Rabiah, Nurnilam Sari dan banyak lagi. Turut terpilih sebagai Ketua Juri di Anugerah Juara Lagu 25 yang berlangsung awal tahun ini.
Nasir dianugerahkan Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada tahun 1996.
Bintang legenda Hollywood, Elizabeth Taylor yang dianggap aktres paling memikat dalam abad ke-20, meninggal dunia hari ini dalam usia 79 tahun.
Beliau meninggal dunia di Cedars-Sinai Hospital di Los Angeles di samping empat anaknya selepas dimasukkan ke hospital enam minggu lalu disebabkan masalah jantung, kata pegawai publisitinya, Sally Morrison dalam satu kenyataan.Liz Taylor lahir pada 27 February 1932.
Mendiang, yang dicalonkan lima kali dan memenangi dua kali anugerah Oscar dimasukkan ke hospital enam minggu lalu ekoran masalah jantung yang telah lama dihadapinya, kata jurucakap publisiti Sally Morrison.
“Ibu saya seorang wanita luar biasa. Meskipun kehilangan beliau sesuatu yang menyedihkan mereka yang dekat dengan beliau, kami selalu diinpirasikan menerusi sumbangan ternilai beliau kepada dunia kita,” kata anaknya Michael Wilding dalam satu kenyataan yang dipetik Reuters.
Aktres bermata warna ungu ini telah memulakan kerjayanya dalam industri filem ketika berusia 10 tahun dan seringkali digambarkan sebagai wanita paling cantik di dunia skrin.
Antara filem terkenal lakonannya ialah “Butterfield 8” yang dihasilkan pada 1960 dan “Who’s Afraid of Virginia Woolf?”, “Cat on a Hot Tin Roof,” “Suddenly, Last Summer” dan “Raintree County”.
Selain dunia filem, akres ini juga terkenal kerana kehidupan peribadinya.
Taylor telah mendirikan rumah tangga lapan kali termasuk dengan pelakon Richard Burton.
Pada November 2004, mendiang mendedahkan bahawa berhadapan dengan masalah kegagalan jantung berfungsi dengan baik tetapi banyak kali menafikan berada di ambang kematian.
“Oh, adakah saya kelihatan macam hendak mati?” kata Taylor pada Mei 2006 ketika muncul pada program temu bual Larry King Live. — Agensi
Seorang yang menawan dengan lembut bicara tetapi terbias tegas pada sesetengah perkara, wanita yang tidak hanya jelita wajah tetapi juga jelita minda ini selain mempunyai profil besar sebagai pelakon sehingga dinobatkan sebagai Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 yang lalu.
Happy birthday to you ~~
Happy birthday to you ~~
Happy birthday to Lisa Surihani ~~
Happy birthday to you ~~
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dimaintainkan popular tanpa kontroversi.
Selamat hari jadi Lisa.
Nama : Lisa Surihani Mohamad
Nama Manja : Lisa
Tarikh Lahir : 23 Mac 1986
Tahniah dan selamat bertunang kepada Danny X Factor. Tunang Danny namanya Leen. Sama cantik dan sama padan kedua-duanya. Semoga perhubungan mereka akan berkekalan dan cepat-cepatlah ke jinjang pelamin. Kepada peminat Danny, jangan kecewa dan doakanlah kebahagiaan mereka berdua. Tak gitu?
Lagi gambar pertunangan Danny X Factor
Tahniah Danny X-Factor yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Saidatul Fazlin Zakaria, yang bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan Air Asia.
Seorang lelaki dari kampung Punggur, Alor Gajah, Melaka secara tiba-tiba menjadi tumpuan masyarakat setempat ekoran menemui seekor cicak yang kelihatan ganjil dan luar biasa apabila mendapati ekornya bercabang tiga.
Lelaki itu, Gafar Kassim, 53, berkata, pada mulanya dia tertarik melihat warna cicak berkenaan berikutan separuh daripada badannya kelihatan kehitaman manakala separuh lagi berwarna putih.
Menurutnya, dia menyangkakan cicak berkenaan sedang bersalin kulit lalu bertindak memanggil beberapa rakan yang lain.
"Cicak ini asalnya kami tangkap dan menyerahkannya kepada seorang rakan bernama Rahmat untuk dipelihara. Pada awalnya kami tak sedar pun ekor cicak yang ditangkap memiliki ekor bercabang tiga kerana tidak terlalu kelihatan.
NONE"Biarpun saya sudah menyerahkan kepada rakan tetapi setiap hari saya akan datang ke rumahnya untuk melihat perubahan dan perkembangan pada cicak berkenaan," katanya ketika ditemui di rumahnya rakannya itu.
Sementara itu, rakannya Rahmat Sabtu, 41, berkata, dia difahamkan oleh Gafar, cicak berkenaan ditemui ketika sedang mengemas kawasan rumah dan secara kebetulan terpandang reptilia berkenaan di dalam tempat menyimpan padi di rumah neneknya yang terletak bersebelahan.
"Masa tu Gafar sedang mengemas sambil menghisap rokok kemudian dia menyedari terdapat dua ekor cicak berada di tempat menyimpan padi yang sudah lama terbiar di luar rumah nenek lalu terus menghubungi saya untuk memberitahu tentang perkara ganjil yang ditemui itu.
"Rumah kami berdekatan dan saya terus ke sana, apabila sampai pada mulanya saya tidak melihat sebarang perkara pelik pada ekor cicak berkenaan.
"Tetapi setelah diteliti betul-betul saya dapati ekor cicak itu bercabang tiga berbanding seekor lagi yang mempunyai ekor seperti cicak normal lain," katanya.
Rahmat berkata, dia kemudiannya menangkap dua ekor cicak berkenaan dengan menggunakan tangguk dan meletakkannya ke dalam sebuah bekas sebelum menyedari saiz ekor cicak tersebut yang kelihatan besar selain mempunyai struktur kulit yang menggerutu.
"Kebiasaannya cicak lain mudah terputus ekor tetapi cicak yang saya bersama rakan temui ini nampak kebal biarpun sudah berapa kali ia terjatuh malah bekas ini juga pernah terhempas kuat namun ekornya tetap utuh dan tidak putus.
"Ada yang mengatakan ini cicak tokek tapi bagi saya perkara pelik yang terdapat pada ekor cicak ini membuatkan saya berminat untuk menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.
"Lagipun bagi saya ia tidak membawa sebarang maksud lain seperti sesetengah individu yang menganggap ia mendatangkan tuah atau malang, ini cuma sekadar suka-suka tambahan pula ia turut diminati anak tunggal saya berusia tiga tahun.
"Saya akan perhatikan hari demi hari perubahan yang berlaku pada cicak ini kerana saya sedari saiznya yang semakin membesar dan berkemungkinan juga akan wujud perubahan pada ekornya yang bercabang tiga itu," katanya. sumber : malaysiakini
Mengubah persepsi tentang tubuh perempuan di seluruh dunia melalui seni, itu idea di sebalik pameran luar biasa ketika ini yang berlangsung di Brighton. oleh Jamie McCartney.
Pameran itu mempamerkan alat sulit 400 wanita dari 20 negara yang berusia 18 hingga 76 tahun, YER..!!! 76 tahun punya pun ada,nenek punya tu...hehheee
klik untuk ZooM
KATHMANDU - Seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, berjaya merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everest ketika dia menyertai ekspedisi ke Himalaya di Nepal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej tersebut dirakamkan oleh Burtunov yang merupakan anggota Institut Astronomi Sternberg di Moscow, Rusia dengan menggunakan sebuah kamera biasa.
Fenomena yang pelik tersebut berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan.
Orang tempatan juga dilaporkan jarang menemui pelangi luar biasa itu.
"Saya hanya merakamkan beberapa gambar disebabkan ingin melihat dengan mata saya sendiri terhadap kejadian pelangi awan yang luar biasa itu," kata Bartunov yang turut menyaksikan keajaiban itu bersama beberapa wanita Britain lain. - Agensi
Lebih 10 tahun lalu, kompleks membeli belah Super Kinta di sini merupakan pasar raya paling popular dan menjadi tumpuan orang ramai di bandar raya ini.
Ini kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah pusat bandar dan terletak di bangunan Pasar Besar Ipoh yang turut menempatkan perniagaan pasar basah serta pelbagai gerai jualan lain.
Namun, entah di mana silapnya, Super Kinta terpaksa ‘gulung tikar’ lapan tahun lalu berikutan kemunculan beberapa kompleks membeli belah yang lebih besar dan moden di bandar raya ini.
Dalam tempoh lapan tahun itu, ada beberapa syarikat pelabur, termasuk dari luar yang berminat memajukan bangunan Super Kinta itu, tetapi tiada satu pun yang menjadi kenyataan sehingga kini.
Kini, harapan penduduk bandar raya ini untuk melihat bangunan berusia 29 tahun itu kembali beroperasi mungkin menjadi realiti setelah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak dan Persatuan Komputer dan Digital Perak berminat untuk memajukannya.
Baru-baru ini, rombongan DPMM yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah mengadakan lawatan ke bangunan Super Kinta untuk melihat keadaan serta potensinya.
Ketika ditemui selepas lawatan itu, Muhammad Muhiyuddin berkata, pihaknya berminat untuk memajukan bangunan Super Kinta sebagai tempat menjual produk-produk tempatan.
“Ramai peniaga kecil, terutama Melayu meminta DPMM ‘menghidupkan’ semula bangunan itu supaya mereka mendapat tempat untuk berniaga.
“Ini kerana ramai peniaga kecil tidak mendapat peluang untuk berniaga di pasar raya besar,” katanya.
Menurut Muhammad Muhiyuddin, berdasarkan pemerhatian awal pihaknya, bangunan tersebut memerlukan kos ubah suai antara RM4 hingga RM5 juta sebelum dapat beroperasi.
“Kita harap kerajaan negeri dapat membaik pulih bangunan itu, termasuk membaiki sistem pendingin hawa, pendawaian elektrik dan tangga bergerak.
“Sekiranya kerajaan negeri bersetuju, DPMM Perak akan membuat kajian dan menyerahkan permohonan untuk memajukan bangunan ini kepada kerajaan negeri awal Jun ini,” katanya.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perak, Datuk Omar Ahmad turut menyokong inisiatif DPMM Perak untuk memajukan bangunan itu dan berharap kerajaan negeri dapat mengeluarkan sedikit peruntukan bagi tujuan baik pulih.
“Tidak ramai peniaga Melayu yang mendapat tempat di pasar raya besar dan ini merupakan peluang mereka untuk berniaga di lokasi strategik di tengah pusat bandar,” katanya.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, Persatuan Komputer dan Digital Perak ada menyatakan cadangan menjadikan bangunan itu sebagai pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Katanya, kerajaan negeri bersedia mengenakan kadar sewaan minimum kepada pihak yang berminat, asalkan bangunan tersebut tidak dibiarkan kosong.
“Walaupun perkara ini masih di peringkat cadangan, saya harap Persatuan Komputer dan Digital Perak dapat bergabung dengan persatuan-persatuan lain bagi memajukan kompleks Super Kinta.
“Selain memanfaatkan bangunan yang tidak berpenghuni itu, ia dapat meningkatkan nilai hartanah dan menghidupkan kawasan itu dan sekitarnya,” ujarnya.
Sementara itu Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pihaknya bersedia memenuhi kehendak pelabur untuk menaik taraf bangunan itu sekiranya ada yang berminat menyewanya.
“Sebenarnya, bangunan itu sudah dibaik pulih dengan peruntukan RM5 juta daripada kerajaan Persekutuan pada 2007.
“Jika ada yang berminat menyewanya, kita akan bekerjasama dengan mereka untuk menjadikan kawasan itu kembali ceria seperti ketika wujudnya pusat membeli belah Super Kinta dahulu,” katanya.
Kerja Oh Kerja
Statistik pencari kerja di Malaysia menunjukkan daripada 200 orang yang memohon kerja hanya 45% sahaja yang berjaya dipanggil temuduga dan kurang separuh daripadanya berjaya mendapat kerja. Mana pergi yang lain? Sangat membimbangkan..
Ramai orang mintak kerja berkali-kali tapi tak pernah dapat…Di mana silapnya? Adakah pencapaian tak bagus? Yang hairannya pencapaian bagus pun tak dapat kerja juga…Zaman betul-betul sudah berubah!
Lepasan graduan pada alaf baru ni TERLALU ramai…yelah banyak sekarang ni orang pandai-pandai…tiap-tiap tahun, beribu-ribu lepasan graduan di IPT dihasilkan…. tapi kerja yang ditawarkan terhad. Pasti anda kena bersaing. Ramai graduan terpaksa “menanam anggur” di rumah walaupun percapaian baik…Mengapa ini berlaku???
Ramai yang mendapat keputusan cemerlang dalam pengajiannya, CGPA 3.99, dapat anugerah dekan tiap-tiap semester tetapi masih gagal dapat kerja. Semuanya cemerlang, apa yang tak kena lagi ni???
“Eh…anak makcik Limah tu bukannya pandai ker? Dari sekolah sampai Universiti dapat keputusan cemerlang. Anugerah sana…anugerah sini dia dapat tapi bila dah habis belajar ni kenapa dia tak keje?” – Tahukah anda banyak bekas graduan yang gagal dapat kerja…termasuklah anak makcik Limah yang pandai tu. Apakah puncanya???
Anda tak hairan ke mengapa ini terjadi? Jika anda rasa ini bukanlah masalah anda, anda mempunyai pilihan untuk…baca disini selengkapnya
Saya tanya anda, samada anda mahu:-
B – Tamatkan pembacaan di sini dan anda boleh teruskan kehidupan biasa anda seperti sebelum ini. Anda mungkin ada jalan anda fikir lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang anda inginkan. Semoga berjaya buat anda!
Hari Sabtu ini 19 Mac bersamaan malam 15 Rabiul Akhir 1432H para saintis melaporkan satelit bumi iaitu bulan akan berada paling hampir dengan bumi sejak 18 tahun lalu.
Lazimnya jarak bulan dengan bumi adalah sejauh 406,300km tetapi pada hari berkenaan jaraknya semakin hampir kira-kira 356,700km iaitu 49,600km lebih hampir dari hari-hari biasa. Kerana itu pada hari Sabtu nanti bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih terang bercahaya berbanding hari-hari lain.
Fenomena ini menarik dan sudah pasti membuktikan kepada mereka yang beriman betapa hebat dan besarnya kuasa Allah swt.
Menurut akhbar The Star: http://thestar.com.my terdapat laporan “online” yang mendakwa bahawa fenomena ini akan turut mengundang malapetaka dengan ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi dan berbagai lagi kejadian alam yang bakal meranapkan bumi.
Sudah pastilah dengan kejadian gempa dan tsunami di Jepun Jumaat lalu ramai yang akan panik dan bimbang dengan dakwaan ini.
Namun menurut Prof Dr Chong Hon Yew pakar astronomi dari USM tiada bukti saintifik yang memungkinkan kita semua perlu panik.
Disaat begini elok sangatlah kita merenung firman Allah swt di dalam al Quran surah az Zumar:38 makusdnya:
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:
"Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, Subhanallah.
FILEM epik Melayu terbitan KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa bukan sahaja mula menjadi bualan tetapi turut menarik minat ramai untuk menontonnya.
Ini terbukti apabila sejak ditayangkan 10 Mac lalu, filem arahan Yusry Abdul Halim itu mendapat sambutan memberangsangkan kerana meraih kutipan kasar RM2.2 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan di 69 pawagam termasuk dua daripadanya di Brunei.
Ia mencatat kutipan RM500,000 untuk hari pembukaan dan meningkat kepada RM700,000 dan RM600,000 pada Sabtu dan Ahad. Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim meluahkan rasa syukurnya dengan sambutan baik penonton terhadap filem kelapan KRU yang dihasilkan dengan bajet RM8 juta itu.
Katanya, ia mengejutkan untuk filem epik kerana selalunya filem komedi atau seram sebagaimana kejayaan filem Ngangkung, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Khurafat yang mencatat kutipan baik sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, pihaknya berharap filem yang menggunakan kos sebanyak RM8 juta itu dapat bertahan hingga empat minggu di panggung wayang sekali gus membolehkan lebih ramai menontonnya.
Katanya, menerusi maklum balas pada hujung minggu lalu, ramai penonton terkilan kerana tiket menyaksikan filem berkisar nakhoda dan pahlawan dari keturunan Iskandar Zulkarnain itu habis dijual malah ada dikalangan pawagam hanya membuka satu atau dua panggung sedangkan permintaan tinggi.
“Kami berharap pihak pawagam dapat membuka lebih panggung melihatkan permintaan tambahan pula ini musim cuti sekolah. Penonton juga diminta jangan menunggu saat akhir mendapatkan tiket di kaunter, jika boleh membuat tempahan secara on-line ia sangat digalakkan supaya tidak kecewa.
“Masalah kehabisan tiket ini bukan hanya membabitkan penonton di Kuala Lumpur, ia turut membabitkan tayangan di Johor, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu. Keadaan akan bertambah meriah minggu ini dengan musim cuti persekolahan di mana orang ramai berpusu-pusu ke pawagam,” katanya.
Melihat kepada angka berkenaan, Norman mengakui berdasarkan jangkaan awal pihaknya mensasarkan dalam tempoh terbabit sekitar RM1.5 juta dapat dicatat namun promosi dari mulut ke mulut selain kualiti naskah itu sendiri menarik penonton mengikutinya.
“Ini satu perkembangan yang baik, bukan untuk Hikayat Merong Mahawangsa saja malah filem Melayu lain kerana musim cuti ini banyak lagi filem blockbuster Hollywood masuk. Filem genre aksi seperti ini sememangnya perlu ditonton di pawagam untuk merasai mood dengan sistem audio visual yang mendebarkan.
“Memandangkan wajib tayang untuk filem Melayu kini seminggu sekali, selain produk Hollywood kita juga akan bersaing dengan filem Melayu lain. Justeru kami harap dalam tempoh dua minggu pertama ini dapat mengutip hingga RM6 juta seterusnya bertahan hingga minggu ke empat di pawagam,” katanya lagi.
Ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di luar pantai Sendai di Jepun 11hb March lalu, sebuah persisiran pantai di Mexico telah ‘dihadiri’ dengan sekumpulan besar ikan berbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis. Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak.
SEKUMPULAN ikan sardin dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco
Bagi nelayan di kawasan pantai Acapulco, ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka hanya menggunakan pukat, bakul dan apa sahaja yang tercapai untuk menangkap ikan-ikan tersebut.
“Di sana dalam 20 hingga 30 orang nelayan bersama-sama anak-anak mereka mengambil kesempatan atas fenomena ini”, ujar Carlos Morales yang turut teruja menyaksikan fenomena pelik tersebut.
Nelayan di sekitar kawasan tersebut yakin kejadian pelik ini berlaku kerana bencana Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini.
Seorang lelaki mengambil foto sebuah kawanan ikan sardin dari pantai Acapulco .
Walaubagaimanapun, para pakar tidak pasti kejadian ini mempunyai kaitan dengan Tsunami di Jepun.
“Tsunami sememangnya boleh mengubah sesuatu, namun ia jauh untuk mendakwa ia ada kaitan(dengan tsunami di Jepun)”, kata Rich Briggs yang juga ahli geologi daripada U.S Geological Survey.
Walaubagaimanapun, para pakar tidak pasti kejadian ini mempunyai kaitan dengan Tsunami di Jepun.
Sila klik gambar untuk lebih jelas
1. Madu lebah Asli.
2. Air Zamzam.
3. Tamar atau Kurma.
4. Susu Segar.
5. Kismis Atau Zabib.
6. Halia- dibuat halwa, menghilangkan penyakit lupa.
7. Kekacang- Gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
8. Kemenyan ( kemenyan serani/ luban/ kundur ).
9. Telur.
10. Za’faran ( Komkoma/ crocos sativus ).
11. Daging Burung Merpati.
12. Labu.
Ciri-ciri makanan yang amat dianjurkan dalam Islam :
1. Halal.
2. Berkualiti.
3. Berjadual.
Amalan Dan Petua Ulamak Silam:-
Sumber:-peribadirasulullah
Terdapat satu portal yang sangat baik untuk para penganggur dan graduan yang sedang mencari pekerjaan sesuai dengan kelayakan masing-masing. Juga berita baik bagi individu yang sedang berfikir untuk mendapatkan kerja yang lebih baik berbanding kerja yang dilakukan sekarang. Portal ini akan mengemaskini peluang kerja baru setiap hari sesuai dengan kelayakan anda.
Portal ini memberi maklumat tentang peluang-peluang kerja yang terdapat di seluruh negara yang sesuai dengan kelayakan anda. Jadi bagi semua orang di luar sana yang masih pening dan tercari-cari peluang kerja di surat khabar yang sesuai dengan kelayakan anda, bolehlah melayari portal ini.
Anda hanya perlu mendaftar di website ini, kemudian berikan butir-butir peribadi termasuk kelulusan dan email agar mereka dapat memberikan maklumat kerja yang sesuai untuk anda mohon.
Dibawah ini adalah contoh maklum balas yang akan anda perolehi selepas mendaftar di portal ini.Segala peluang kerja yang sesuai dengan kelulusan anda akan tertera di sini dan akan dikemas kini dengan sendiri setiap hari.
Klik untuk besarkan image!!!
Untuk mendaftar, sila klik link ini: Job Central. Selamat Mencuba!! sumber
Setelah melancarkan single terbarunya yang berjudul Hold It Agaisnt Me, Britney Spears dikhabarkan mempunyai rancangan untuk bersara dari arena muzik. Kabar ni akan mengejutkan industri muzik dunia, ini kerana Britney baru saja mengeluarkan album barunya yang berjudul FEMME FATALE.
Britney memberi alasan pengunduran dirinya dari dunia muzik kerana merasa kecewa dan dirinya tak bahagia. Britney kini fokus untuk membesarkan dua anaknya, Sean Preston dan Jayden James dari hasil perkawinan dengan bekas suaminya Kevin Frederline.
Menurut interview yang dilakukan oleh V Magazine, Britney mengatakan, "Saya akan menjadi ibu sepenuhnya yang mana itu akan membuatkan saya senang. Saya akan sentiasa rindukan peminat saya serta semua yang saya cintai, tetapi saya pasti tidak akan mebenarkan foto saya diambil ketika saya pergi kemana-mana."
Britney juga menegaskan bahawa ketika sedang bersama keluarga, dia ingin privasi untuk dirinya serta anak-anaknya.
"Ketika saya menjadi seorang Ibu saya ingin lebih banyak privasi untuk diri sendiri serta anak-anak. Saya memerlukan keselesaan," tegasnya.
Britney yang pernah mengalami gangguan pada Januari 2008 lalu kini telah berada di bawah perlindungan ayahnya, Jamie Spears.
Sarawak memang cukup dikenali sebagai negeri yang mempunyai pelbagai kaum yang unik dan sukar untuk di dapati di tempat-tempat lain.
Untuk mengetahui latar belakang serta kepelbagaian etnik yang terdapat di Sarawak, rasanya tidak cukup jika sekadar dengan membaca buku tanpa melihat sendiri gaya hidup serta suasana penempatan kaum-kaum tersebut.
Oleh sebab itu, Kampung Budaya Sarawak yang dibuka secara rasmi pada tahun 1990 dan dibangunkan di atas tanah seluas 14 ekar diharap mampu memberikan pengalaman terindah kepada pengunjung yang mahu merasai sendiri gaya hidup serta kediaman sebenar masyarakat unik tersebut.
Hanya 35 kilometer dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 35 minit perjalanan menggunakan kereta, Kampung Budaya Sarawak merupakan lokasi percutian terbaik untuk seisi keluarga.
"Walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk golongan dewasa dan RM30 untuk kanak- kanak, namun saya rasa ianya cukup berbaloi kerana pengalaman sebegini sukar untuk didapati di tempat lain.
"Apatah lagi saya diberitahu kebanyakan kaum-kaum minoriti di Sarawak seperti kaum Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu dan Melanau juga kini sedang dilanda era kemodenan. Jadi mereka sudah tidak tinggal di dalam rumah yang bercirikan tradisional seperti ini.
"Di Kampung Budaya Sarawak ini, kami dipaparkan dengan gaya hidup sebenar masyarakat tersebut termasuklah kuih muih, pakaian tradisional serta tarian yang dipersembahkan di dalam persembahan kebudayaan selama 45 minit yang diadakan khusus untuk pengunjung.
"Pendek kata Kampung Budaya Sarawak ibarat sebuah 'muzium hidup' yang penuh warna warni kehidupan masyarakat desa," ujar salah seorang pelancong tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal.
Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur memberitahu, anak-anaknya cukup teruja kerana berpeluang memasuki rumah kaum Melanau yang sangat tinggi serta kaum Bidayuh yang berbentuk bulat.
Tambah manis apabila para pekerja di Kampung Budaya Sarawak memberikan layanan yang baik dan mesra kepada para pelancong.
"Berlatar belakangkan hutan hujan tropika yang masih elok terpelihara serta Gunung Santubong yang tinggi melangit, saya yakin Kampung Budaya Sarawak akan terus dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa," tambahnya.
Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.15 petang, Kampung Budaya Sarawak yang telah menerima pelbagai anugerah dari dalam luar negara itu diharapkan akan terus terpelihara serta menjadi daya tarikan utama buat para pelancong yang mahu berkunjung ke Sarawak. sumber:::gua.com
Tak sabar rasanya menunggu 'kelahiran' versi terbaru Perodua Myvi 2011. kereta yang paling laris di Malaysia ini juga mungkin dikenali sebagai Perodua Myvi Extreme.
Gambar di atas ni mula tersebar di faceboook dan blog.model kereta ini dikatakan adalah model Perodua MyVi terbaru untuk tahun 2011 ni. hmmm.. sekali pandang nampak cantik.Tengok dari depan, memang nampak macam kereta international, tak tahu la pulak kalau ini pun memang clone dari kereta negara luar macam Myvi and Alza, moden dan sporty. Grill pada bahagian depan rasanya macam diperbuat daripada carbon fibre. Bentuknya juga sangat menarik dan comel. Menggunakan lampu projektor seperti Alza menyerlahkan lagi model baru ini.
Dengan kuasa 1.5 litre surely lepas ni atas highway memang melayang la kereta nie. Line kanan je la. Selalu pun kalau atas highway memang myvi berdesup laju. Cam jet dah aku nengok.
apa pun ,kita tunggu la bila kereta nie akan keluar nanti. Maybe bulan April 2011 nanti .
hmm..sama-sama kita nantikan..
Anda punya impian?
Mahu membuka hotel atau butik? Mahu menubuhkan Institut Seni Muzik & Tarian? Anda mungkin boleh menggapai impian tersebut melalui program realiti terbaru TV3!!!
PENCARIAN PESERTA KINI BERMULA!
Rebutlah Peluang Merealisasikan Impian Demi Kebaikan Bersama
Berita baik kepada semua yang berminat untuk menyertai program realiti, SEJUTA IMPIAN! Rebutlah peluang merealisasikan impian anda dengan mengahdiri sesi ujibakat yang bakal berlangsung di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara bermula 5hb Mac ini!
Satu kolaborasi di antara stesen no. 1 Negara, TV3 bersama Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1Malaysia (DB1M), program SEJUTA IMPIAN bakal disiarkan bermula Mei 2011 nanti dan menawarkan insentif bernilai RM1 juta sebagai pencetus semangat dan titik permulaan bagi merealisasikan impian dan hasrat murni demi kebaikan bersama.
Pencarian untuk para peserta SEJUTA IMPIAN akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Johor Bahru (Johor) pada 5 dan 6 Mac (Sabtu & Ahad) dan kemudian akan bergerak ke Kelantan, Terengganu, Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah) pada 12 Mac (Sabtu) dan di Kuantan (Pahang) pada 13 Mac (Ahad).
Ujibakat adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun. Bagi mereka yang masih di bawah umur 18 tahun ke bawah harus ditemani oleh ibubapa atau penjaga ketika hadir di lokasi uji bakat.
Berikut adalah lokasi sesi ujibakat untuk program SEJUTA IMPIAN:
5 Mac 2011 Zon Tengah AEON AU2, Setiawangsa, KL 1 Utama, New Wing Bandar Utama Taman Tasik Titiwangsa, KL
5 Mac 2011 Zon Utara Queensbay Mall, Pulau Pinang AEON Seberang Jaya, Pulau Pinang
5 Mac 2011 Zon Selatan AEON Tebrau City, Johor AEON Bukit Indah, Johor
6 Mac 2011 Zon Tengah Pasar Besar Cheras, KL Sunway Pyramid, Petaling Jaya AEON Bukit Tinggi, Klang
6 Mac 2011 Zon Utara Alor Star Mall, Kedah AEON Jusco Kinta City, Perak
6 Mac 2011 Zon Selatan WETEX Parade, Muar, Johor Mahkota Parade, Melaka
12 Mac 2011 Zon Pantai Timur KB Mall, Kelantan Giant Kuala Terengganu
12 Mac 2011 Zon Sabah Warisan Square, Kota Kinabalu 1 Borneo, Kota Kinabalu
12 Mac 2011 Zon Sarawak The Spring, Kuching Boulevard, Kuching
13 Mac 2011 Zon Pantai Timur East Coast Mall, Kuantan
Selain daripada menghadiri sesi ujibakat yang diadakan di seluruh Negara, pihak produksi juga mengalu-alukan penyertaan secara online menerusi emel di alamat rasmi sejutaimpian@tv3.com.my yang dibuka sekarang hingga 13 Mac 2011. Calon-calon yang berjaya disenarai pilih akan dihubungi oleh pihak produksi kelak.
Setiap episod akan dibahagikan kepada 3 elemen utama iaitu sesi perkenalan peserta dan panel juri, sesi penerangan dan manfaat impian ataupun hasrat yang ingin ditunaikan kepada masyarakat mahupun golongan yang disasarkan dan akhir sekali, keputusan panel juri. Bersesuaian dengan pemilihan para peserta yang terdiri daripada berlainan bangsa dan latarbelakang, barisan panel juri yang bakal memikul tugasan berat untuk menilai dan mampu mengubah kehidupan mereka yang terlibat juga terdiri daripada individu-individu yang mewakili pelbagai aspek dan bidang industri tempatan termasuklah selebriti tersohor, usahawan berjaya, tokoh politik, ahli akademia dan ramai lagi.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En. Ahmad Izham Omar menjelaskan, “Penglibatan kami di dalam projek ini dilihat sebagai salah satu cara menyambut baik saranan kerajaan dalam memikul tanggungjawab sosial yang telah diamanahkan. Dengan kerjasama dan sokongan padu daripada pihak TM & rakan di DB1M, SEJUTA IMPIAN bukan sekadar sebuah program televisyen tetapi merupakan satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian dan hasrat terpendam selama ini.
Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkaitan rapat dengan pembangunan, membawa perubahan besar serta memberi kesan kepada komuniti setempat dan masyarakat, anda semua mungkin merupakan di antara individu bertuah yang terpilih untuk menerima habuan yang ditawarkan.
Seterusnya program ini juga diharap dapat menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan kerana kami percaya melalui mesej dan elemen kemasyarakatan yang disampaikan melalui segmen dan konsep SEJUTA IMPIAN, secara tidak langsung dapat membuka mata dan minda kita semua untuk berusaha meningkatkan potensi diri dan mengubah nasib bangsa.”
Ikuti SEJUTA IMPIAN, satu platform positif untuk rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang yang dipilih dan diberi peluang untuk merealisasikan impian ataupun hasrat yang terpendam. SEJUTA IMPIAN bakal ditayangkan di TV3 sebanyak 20 episod dan akan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei 2011, setiap hari Ahad jam 7.30 petang. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini juga boleh melayari laman web rasmi di www.tv3.com.my/sejutaimpian.
Budak tertikam gunting di kepala masih serius
-
Miri: Kanak-kanak malang yang tertikam gunting di kepala oleh ibunya
sendiri dalam kejadian di sini pagi kelmarin perlu ditahan
sekurang-kurangnya semingg...
Remaja Keluar Bersiar-siar Terbunuh
-
Kemalangan maut : 3 sekawan terbunuh, 1 cedera. KUALA KUBU BARU: Sambutan
harijadi bertukar tragis buat empat sekawan apabila tiga daripada mereka
terbu...
‘MASIH TERPINGGIR DI BAWAH PROGRAM MYDAFTAR’
-
Kenyataan Media Oleh YB V. Sivakumar,Timbalan Pengerusi DAP Perak,Ahli
Parlimen Batu Gajahpada 24hb Mei 2013 di Ipoh,Masalah taraf kewarganegaraan
di...
Betulkah Pemandu Wanita Cemerkap Bawa Kereta????
-
Korang pernah dengar perkataan *cemerkap*?
Cemerkap ialah perkataan dialek Utara bermakna tak berhati-hati, tak
cermat, lalai, cuai, tak cekap....pendek k...
[IKTIBAR] Ku Sangka Dia Orang Gila
-
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk
sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di
Teren...
Drama Karlos TV3 Episod 1 Hingga Tamat
-
Drama bersiri Karlos dilakonkan barisan pelakon berbakat seperti Johan
As'ari, Syazwan Zulkifly, Namron, Sherlie Merlis, Azhar Sulaiman, Leez
Rosli, Elmy...
Kegunaan 'Page Break' dalam Microsoft Word 2007
-
Biasa kalau korang buat assignment or paperwork, bila jumpa situasi macam
gambar kat bawah ni, korang buat apa?
Mesti masih ada lagi antara korang yan...
Gambar pelakon seks yang paling cantik di dunia
-
Inilah pelakon seks yang paling cantik di dunia, dikenali sebagai Candace
Cage, berumur 22 tahun dan berketinggian 1.63cm. Gadis ini dilahirkan pada
8 Ogos...
Konvokesyen Tadika Di Gaza Yang Sangat Brutal
-
* admin memang harap ini bukan benar tetapi nampaknya agak real pula..hihi*
* dengar-dengar semua budak ini dipaksa untuk membuat sedemikian.*
*
*
**...
Terjah 10 Fobia Yang Paling Pelik Di Dunia
-
Definisi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat
akan sesuatu. Berikut adalah jenis2 fobia yang jarang tetapi wujud dalam
masyar...
Najib harap mansuh SBPA 'gembirakan' semua
-
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap langkah kerajaan
memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan hari
ini, akan ...