Latihan Ala Tentera Wanita China

Sebahagian Wanita di China kelihatan sibuk menjalani latihan ala tentera di sebuah pantai yang terletak di Sanya, Provinsi Hainan, China. Dengan hanya memakai bikini, mereka dipaksa untuk berlatih menjadi seorang bodyguard yang profesional.


Sebanyak 20 orang wanita yang yang kebanyakannya lulusan kolej, dipukul, ditendang, dipaksa berendam di laut, dan dipaksa mengangkat kayu balak yang sangat berat di sebuah kem latihan. Para pelatih mereka adalah lelaki yang merupakan pengawal-pengawal di China.

Program latihan itu dianjur oleh Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co. di Sanya. Mereka berniat untuk melatih pengawal profesional khususnya wanita. Latihan ini muncul seiring dengan meningkatnya  permintaan terhadap bodyguard oleh para pengusaha China.

Setiap peserta akan menjalani masa latihan selama 8 hingga10 bulan untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan untuk keperluan pelanggan mereka.dalam kursus keselamatan anti-keganasan, pengintipan,bela diri, dan etika perniagaan. Firma itu menawarkan seorang pelatih yang terbaik peluang untuk menghadiri pengajian lanjutan di Akademi Keselamatan di Israel

Para pengawal yang lulus dari latihan ini akan dibayar dengan gaji yang cukup besar, bahkan lebih besar dari seorang pengawal laki-laki pada umumnya.
 
Wanita itu juga akan direkrut oleh seorang usahawan yang kaya raya. Selain untuk beladiri, para pengawal perempuan juga sanggup untuk menjadi setiausaha dan pekerjaan lain.

Tags: , , , , , ,

BlogPenyamun

Penafian:Blogpenyamun diwujudkan sekadar untuk berkongsi maklumat,Mohon Seribu Kemaaafan kepada pemilik asal Jika Artikel Anda Ada Diterbitkan Diblog Ini.Sila emailkan (penyamun727@gmail.com)untuk sebarang tindakan..