Daun Naga Buana Legakan Tekanan Darah Tinggi

blogpenyamun: KETINGGIAN pokok ini cukup sederhana iaitu antara 60 hingga 70 sentimeter. Daunnya majmuk seperti pokok tongkat Ali atau pokok kancil,sementara kulit batang naga buana ini berwarna perang. Bezanya daun naga buana akan menguncup pada waktu malam.

Di sesetengah tempat ada yang memanggilnya pokok naga jumat, pokok kayu putih atau semelit. Bunga berwarna merah putih muncul di sepanjang tangkai daun.

Daunnya dilumatkan dan dicampur dengan ubi zebra boleh dijadikan sebagai ubat pupuk, terutamanya untuk mempercepatkan penyembuhan sakit bisul. Sementara lumatan daunnya digunakan untuk luka-luka kecil dan gatal-gatal.

Nama saintifiknya Phyllanthus pulcher daripada keluarga Euphorbiaceae. Getahnya boleh dijadikan ubat sakit gigi dengan menitiskan pada lubang gigi yang sakit.

Air rebusan daunnya ditapis dengan kain putih yang bersih dan setelah sejuk digunakan untuk mencuci mata. Sementara yang masih suam digunakan untuk menuam bengkak-bengkak, ulser hidung dan anak-anak yang kembung perut.

Selain itu air rebusan akarnya juga dipercayai boleh melegakan tekanan darah tinggi.
Tags: , , ,

About Me

Terima kasih Anda telah membaca tentang Daun Naga Buana Legakan Tekanan Darah Tinggi
Rating: 100% based on 99998 ratings. Review by Blogpenyamun
Ditulis Oleh
Semoga informasi Daun Naga Buana Legakan Tekanan Darah Tinggi memberikan manfaat bagi Anda. Salam Sukses