Empayar
Islam yang sedia gah seantero dunia dahulu pun pernah “jatuh” apabila
ada raja yang tidak ingat Allah S.W.T. Hanyut tenggelam dengan kuasa dan
kemewahan dunia. Jadi, kita kena sedia bila-bila masa Allah nak
balikkan manusia-manusia yang diangkat jadi ketua ummah dan ketua agama
negeri-negeri.
Itu
sebablah pentingnya golongan tokoh agama, mufti “perlu ada keberanian”
menasihat pemerintah dengan cara tersendiri sekiranya pemerintah dilihat
tersasar daripada landasaran yang sebenar. Jangan hanya membawa isu
secara “berpilih-pilih” sahaja.
Mohon Mufti Perak Harussani minta anal Sultan Selangor berubah
Baru-baru
keluar laporan berita yang bertajuk “Sultan Selangor terkejut” keluaran
Utusan malaysia. Alhamdulillah nampaknya Sultan Selangor amat mengambil
berat dan memerhatikan daripada jauh setiap isu semasa yang berbangkit
termasuklah membabitkan hal ehwal agam Islam negeri Selangor seperti isu
yang melibatkan laporan yang bertajuk “Nurul Izzah PKR : “Melayu Sepatutnya Bebas Beragama”? Apa respon Anda?“. Tahniah Tuanku. Tetapi…..
Tetapi……besarlah harapan kami jika dapat melihat Raja Muda Selangor ini ditegur dan diperbetulkan!
Apa
yang kami mahukan sekiranya ada anak-anak raja/sultan ini yang akan
mewarisi takhta maka hendaklah diadakan kelas khusus untuk mendidik
tengku-tengku mahkota, kelas protokol untuk menjadikan mereka ini
seorang bakal raja yang ada “kualitinya” semasa memerintah. Apatah lagi
lagi sebagai Ketua Agama, harus tebal dengan ilmu agama dan sahsiah diri
perlu diasuh agar dapat dihormati oleh rakyat kelak.
Koleksi Gambar Tengku Amir Bersosial Dengan Kawan-kawan


Raja
Muda Selangor, Tengku Amir Shah ini merupakan bakal pewaris takhta
Sultan Selangor dan juga merangkap “Ketua Agama Negeri”. Harapan kami
segera bertaubat dan tinggalkan benda-benda yang dilakukan selama ini.
Serius! Tidak tercapai dek akal kami apabila melihatkan gambar-gambar
ini. Ada banyak lagi gambar sebenarnya, yang ada lebih teruk daripada
ini. Tetapi…cukuplah. Tak “lalu” dan berasa mual untuk kami kongsikan
gambar-gambar berkaitan di sini…Memalukan!
Raja Muda Selangir, Tengku Amir Shah segak dengan pakaian diraja
Hari
ini hari jumaat hari yang mulia. Semoga doa yang ditadahkan berjuta
rakyat Selangor bagi mengaminkan doa untuk Raja Muda Selangor, Tengku
Amir Syah ini akan dimakbulkan oleh Allah. Doa tersebut mempunyai makna
lebih kurang begini bunyinya:
” Ya Allah, berikanlah kesihatan, kerahmatan serta taufik & hidayah kepada Tengku Amir Shah…. “
Rakyat
Selangor pastinya menginginkan seorang bakal raja yang ada kualiti
seperti mana yang dinikati rakyat Kelantan ketika ini beraja Sultan
Muhamamad V, bukan hanya berdasarkan tradisi semata. Oleh itu, masih
terlambat lagi untuk berubah ke arah yang lebih baik demi kesejahteraan
rakyat Selangor juga akhirnya.
P/S
: Doakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berubah baik. Semoga insaf
kesalahan lampau. Itu sahaja kami, rakyat Selangor amnya dan malaysia
umumnya. Amin









', '
']]}











