Isi Dan Semak Borang (BR1M 2.0) Secara Online

 Selepas pembentangan Bajet 2013 yang lalu. Ramai jugak pembaca yang tercari-cari macam mana nak Daftar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0). Untuk makluman semua, pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia hanya akan dilaksanakan mulai hari ini 1 November 2012 secara atas talian (online) ataupun melalui kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan pejabat lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara.

Untuk melicinkan proses perlaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia kali ini. Pemohon yang telah mendaftar dan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sebelum ini, tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua. Hanya pemohon BR1M yang gagal dalam pemohonan sebelum ini sahaja diminta untuk mendaftar semula. Syarat-syarat isi rumah yang layak untuk memohon sama seperti dalam Borang Bantuan Tunai RM500 LHDN Budget 2012 sebelum ini.

Isi Dan Semak Borang Online BR1M 2.0

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kali ini juga diperluaskan kepada golongan bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan. Bagi yang layak, mereka akan menerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM250 secara one off.

Pemberian BR1M 2.0 ini akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan 3 bilion ringgit.

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline: 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel: belanjawan2012@treasury.gov.my
Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)
Mekanisma BR1M
1. Syarat Permohonan
Syarat Asas:
  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan
2. Dokumen yang diperlukan
Dokumen wajib:
  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKAD / Kad Polis / Kad Tentera
  • Salinan Gaji (jika berkenaan)
*Nota – Penerima bantuan e-Kasih layak menerima bantuan
2. Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah
Kelayakan:
Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga
Definisi ketua isi rumah:
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ini merangkumi individu yang:
  • Berkahwin;
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga Emas sebatang kara
Tags: , , , ,

About Me

Terima kasih Anda telah membaca tentang Isi Dan Semak Borang (BR1M 2.0) Secara Online
Rating: 100% based on 99998 ratings. Review by Blogpenyamun
Ditulis Oleh
Semoga informasi Isi Dan Semak Borang (BR1M 2.0) Secara Online memberikan manfaat bagi Anda. Salam Sukses