• Home
  • Umum
  • Hiburan
  • Ekonomi
  • Jawatan Kosong
  • Info
  • Petua
  • Dunia
  • InfoSihat
  • santai
  • About Me
Anda Disini : Home »
Blogpenyamun-KUALA LUMPUR: Pasangan pengantin baru, aktres Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram (Jejai) lebih senang untuk bercuti di dalam negara iaitu di Pulau Redang, Terengganu sahaja bagi meraikan bulan madu mereka.

Aktres berusia 28 tahun itu, berkata keputusan itu diambil berdasarkan keindahan panorama kawasan itu yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.

“Kami akan bercuti di dalam Malaysia sahaja untuk meraikan bulan madu. Saya mahu ke Pulau Redang kerana ia sebuah pulau yang sangat cantik.

“Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja,” katanya yang merancang untuk pergi berbulan madu pada awal Mei ini.

Ditanya mengenai perjalanan karier lakonannya selepas bergelar isteri, Fasha berkata, dia akan meneruskan kerjaya seperti biasa kerana tiada halangan daripada suaminya.
Fasha dan suaminya, Rizal Ashram selepas majlis pernikahan mereka di Hotel Crowne Plaza Mutiara, di sini, malam Jumaat.

“Jejai tiada halangan untuk saya terus berlakon selepas ini. Malah, saya tidak akan membataskan kerjaya lakonan cuma saya akan tahu sendiri tanggungjawab dan batas-batas seorang isteri.

“Setiap tawaran lakonan yang saya terima akan kami bincangkan bersama terlebih dahulu,” katanya yang bersedia untuk bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja.
Blogpenyamun-SHAH ALAM - Bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya diperintah membela diri terhadap tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akthar Tahir memutuskan demikan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot nombor 2001; Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat; Banting, 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin, Idham Abd Ghani, Siti Rohaida Che Hamid dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor, sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Datuk Ng See Teong manakala Kathavarayan diwakili peguam Ravi Nekoo.
Separuh rakyat Malaysia keturunan penzina?

Blogpenyamun,Agaknya tidak ramai yang membaca pendedahan fakta amat memalukan berhubung tahap keburukkan akhlak remaja kini oleh sebuah tabloid harian pada Sabtu, 1 Oktober. Mungkin juga di kalangan yang terbaca paparan itu pula tidak lagi menganggapnya suatu yang besar atau mengejutkan. Justeru, tidak ada yang peduli jika pun isu sebegitu serius tidak diperpanjangkan perbincangannya.





Laporan dimaksudkan itu mendakwa setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan seks luar nikah. Disebutkan antara faktor utama mendorong perbuatan sundal itu ialah perasaan ingin mencuba, terutama sebagai akibat langsung daripada menonton video lucah.

Namun fakta lebih mendukacitakan ialah apabila dikatakan kebanyakan remaja terbabit adalah lulusan universiti, tidak terkecuali yang memiliki PhD. Ertinya, ia bukan hanya dilakukan kalangan remaja liar dan tidak berpelajaran, tetapi turut melibatkan mereka yang memiliki pencapaian akademik agak memuaskan.
Laporan itu memetik hasil Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010. Ia melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak, terdiri daripada 2,457 orang atau 49 peratus remaja lelaki, manakala 2,559 atau 51 peratus responden adalah perempuan.

Di antara dapatan kajian itu, seramai 2,260 responden mengakui terbabit seks bebas. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah.
“Berdasarkan kaji selidik itu juga, sebanyak 52 peratus (2,608) menyatakan rakan mereka melakukan seks sebelum berkahwin dan 76 peratus (3,812) lagi mempunyai rakan pernah menonton video serta memiliki bahan lucah,” laporan itu memetik kata Ketua Pegawai Operasi IPPBM, Zakariah Md Sam.

Sangat membimbangkan kita apabila masyarakat seakan tidak lagi sensitif dengan fakta amat menggerunkan mengenai tahap kebobrokan akhlak remaja kini. Lontaran fakta itu tidak disambut mana-mana media.

Bahkan tabloid yang bertanggungjawab mendedahkannya pun mengambil sikap sekadar melaporkan, seolah-olah hanya untuk mengisi tiga suku mukasuratnya untuk hari itu sahaja. Sedangkan ia diletakkan di bawah kategori laporan ‘EKSKLUSIF’, yang pada kebiasaannya mengundang pelbagai reaksi dan ulasan.
Namun dalam kes ini tiada laporan atau tinjauan susulan dibuat tabloid itu sendiri. Tiada pihak, sama ada aktivis sosial atau warga prihatin yang disorot pandangan dan reaksi mereka. Tidak sepertimana ghairahnya media arus perdana memanjangkan isu filem dan drama tema hantu dan seram yang didakwa berunsur tahyul dan tidak mendidik masyarakat.

Media juga di masa sama masih berselera menghidupkan isu hudud. Atas sebab sangat nyata, ia bermaksud mencari keuntungan politik buat parti pemerintah dan di masa sama menjerumuskan parti-parti pembangkang ke kancah pertikaian lebih buruk.

Namun secebis fakta mengenai akhlak remaja kita itu, walau pun tidak begitu menarik minat masyarakat (atau sebenarnya sengaja tidak mahu diperpanjangkan media arus perdana?), sebenarnya turut mempunyai hubungkait dengan isu hudud yang digemariuhkan itu.

Lebih-lebih lagi jika kita melihat hukum hudud dan lain-lain cabang hukum Islam itu sebagai salah satu mekanisme dikemukakan Islam untuk menyedar dan mendidik masyarakat dalam ertikata yang lebih luas dan menyeluruh. Bukankah itu yang dapat kita fahami dari firman Allah dan sabda Junjungan s.a.w. tatkala menghuraikan fungsi dan maksud hukum-hukum syariat?

Justeru, amat kena pada masa tatkala khalayak penguasan politik sedang ghairah memperkecil dan memperlekeh usaha mendaulatkan hukum Islam, tiba-tiba fakta kesumbangan akhlak remaja tadi didedahkan.
Sebabnya, pendedahan itu juga menyeret pertikaian terhadap tahap kecemerlangan dan keberkesanan sistem pendidikan negara. Bahawa ia hanya mampu melahirkan insan yang cemerlang akademik, tetapi sangat bobrok akhlak dan jelik keperibadian mereka.

Apa tidaknya apabila kajian tadi mengesahkan 76 peratus daripada yang mengakui terlibat dengan gejala memalukan itu adalah pemegang ijazah, diploma serta PhD?

Justeru, memang tepat sergahan dilontarkan Zakariah, “… jadi bila mereka ini sudah terbabit dengan isu moral, bagaimana golongan ini mampu dijadikan teladan kepada belia lain yang memandang tinggi status mereka sebagai orang yang berpendidikan tinggi”.

Kebetulan pula laporan itu diterbitkan pada hari sama Perdana Menteri membuat kenyataan mendakwa sistem pendidikan negara kita adalah yang terbaik, malah lebih baik daripada sistem diamalkan beberapa negara maju.

Sudah tentu dengan terdedahnya dapatan kajian tadi, dakwaan Dato’ Seri Najib Razak itu dengan sendirinya layak dipersoalkan. Kajian IPPBM itu tidak menyokong dakwaan beliau itu. Apakah kita tergamak berbangga dan mendakwa sistem pendidikan kita terbaik sekiranya separuh produk dihasilkannya terbabit seks bebas?

Apa gunanya mereka berjaya dan cerdik tetapi tidak tahu di mana letaknya dosa-pahala? Berbanggakah kita dapat menghasilkan ramai cerdik-pandai atau anak-cucu yang sangat cemerlang akademik mereka, sedangkan di masa sama mereka amat bobrok akhlak dan tingkahlaku?

Tidak dinafikan sistem pendidikan sedia ada telah berjaya menghasilkan ramai cerdik pandai, cendikiawan pelbagai bidang dan jurusan. Kita tidak kurang peguam dan pakar undang-undang, tetapi tidak sedikit antara mereka menggunakan pengetahuan luas dalam perundangan untuk memutarbelit fakta dan menukar harta orang menjadi miliknya.

Kita berbangga memiliki ramai anak bangsa bergelar doktor, tetapi antara mereka juga ada yang aktif merosakkan generasi muda dengan sindiket penjualan ubat batuk dan seumpamanya.

Apa guna kita ada pakar sejarah, tetapi cenderung memberikan gambaran positif dan memuji kaum penjajah? Apa guna kita ada penggiat ekonomi yang dianggap berjaya dan kononnya membanggakan kaum bimputera, sedangkan hampir setiap langkah mereka menyempurnakan kerja diiringi ‘duit kopi’ atau ‘tumbuk rusuk’?
Pernah disiarkan media sebelum ini mengenai tinjauan terhadap sikap penuntut universiti tempatan berhubung isu rasuah. Bayangkan antara mereka secara terus terang mengakui tidak ada masalah untuk melakukan perbuatan merosakkan itu sekiranya keadaan menghendaki mereka berbuat demikian.

Tinjauan juga pernah dibuat di kalangan penuntut perempuan nmengenai kemungkinan mendapat pasangan lelaki berusia. Sebahagian tidak sedikit antara mereka menyatakan tidak kisah bersuamikan orang tua, asalkan orang itu kaya dan dapat menjamin keperluan kewangan mereka.

Dua kes ini menunjukkan fokus pemikiran penuntut universiti kita sudah terarah kepada mencari dan menjamin kepentingan kebendaan. Soal moral dan nilai positif masyarakat nampaknya sudah tiada dalam perkiraan mereka.

Itu belum lagi kita sebut soal adab sopan dalam tuturkata dan perlakuan mereka, terutama di khalayak awam. Tidak ada rasa hormat terhadap orang tua, bercakap lucah dan kotor. Berkelakuan tidak senonoh, berpakaian macam orang tidak bertamadun dan berbagai lagi perlakuan memualkan.

Lebih teruk lagi, mereka bukan sahaja biadab terhadap sesama manusia, malah tidak kesah untuk berlaku biadab terhadap suruhan dan larangan Tuhan. Apatah lagi mereka membesar dalam suasana sekalian pembesar dan orang terhormat dalam masyarakat bercakap mempertikaikan kewibawaan hukum Tuhan. Segenap saluran media massa pula memberikan gambaran positif terhadap kenyataan dan pendirian sedemikian.
Sebagai kelompok yang banyak membuat keputusan dalam hidup berpandukan perkiraan logik akal, golongan remaja ini terdorong berfikir lebih jauh. Terlintas di fikiran mereka, jika para pemimpin yang berkuasa mengatakan hukum Islam yang datang dari Tuhan itu tidak sesuai dilaksanakan di zaman ini, bermakna Tuhan yang menciptakan hukum itu juga tidak sesuai disembah dan diagungkan.
Lebih meyakinkan lagi mereka ini apabila kenyataan para pemimpin yang kurang asas ilmu agama itu diperakui atau tidak langsung dibantah oleh sebilangan para ulama dan mereka yang dikenali sebagai cendikiawan Islam.
Lalu mereka ini membesar dan membentuk kematangan hidup dalam suasana tidak ada keyakinan terhadap hukum dan peraturan Tuhan. Apabila keagungan hukum suci itu pun sudah tidak dipahat di hati, maka apatah lagi hukum dan undang-undang ciptaan manusia?

Logiknya, jika hukum Tuhan pun mereka tidak rasa apa-apa untuk permainkan, maka apakah kita boleh harap mereka akan merasa gerun dan takut untuk melanggar hukum dan undang-undang manusia? Akibatnya, mereka tidak akan takut untuk rasuah, salahguna kuasa, menyeleweng wang syarikat atau pejabat, menipu dalam perniagaan dan berbagai perbuatan tidak bermoral.

Isu ini sebenanya sangat berkait rapat dengan agenda pembinaan generasi masa depan negara. Kita yang telah dewasa kini tidak akan mampu menongkat langit. Kita semakin menua dan dimamah usia. Kanak-kanak dan remaja hari ini lah bakal mengambil alih segala aktiviti penghidupan. Mereka lah yang akan mengisi segenap tahap penggerak masyarakat, bermula daripada pengikut dan pencacai bawahan sehingga ke pemimpin atasan.
Maka apakah dengan keperibadian remaja yang ada kini segala kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi hari ini mampu dikekalkan hingga ke masa depan? Lebih membimbangkan lagi, apakah peribadi-peribadi yang berkemungkinan bakal mengambilalih kepimpinan masyarakat sebegitu dapat kita harapkan untuk menjaga agama di masa depan?

Timbunan kes-kes salah laku sosial, jenayah berat dan keganasan seksual membabitkan remaja yang terhidang di media saban hari kebelakangan sebenarnya mengisyaratkan hakikat amat menakutkan tentang masa depan negara.

Sepertimana digambarkan hasil kajian IPPBM tadi, jika kecenderungan itu dibiarkan berterusan dan peratusan mereka yang terlibat dengan seks bebas di kalangan generasi akan datang kekal melebihi 50 peratus, maka dapat kita congak apa hakikat yang bakal dihadapi negara kita 30 atau 40 tahun nanti.
Tatkala para remaja yang separuh mereka terdiri daripada bekasan penzina ini menjadi warga paling tua dalam masyarakat, dan tabiat buruk mereka turut sama dilalui ibubapa segenap lapisan umur selepas mereka, maka sudah tentu ketika itu kesemua yang bergelar anak atau cucu kepada mereka adalah beribubapa atau berdatuk-nenekkkan manusia yang ada rekod akviti seks luar nikah.

Alangkah malunya muka dan walangnya hati apabila dikatakan pada ketika itu separuh daripada jumlah rakyat Malaysia adalah dari keturunan bekas penzina! Mohon dijauhkan Allah dari hakikat itu.
Justeru, mengapa tidak kita beri peluang kepada hukum Islam memperbetulkan keadaan dan menyelamatkan negara dari kemungkinan menakutkan itu?
Blogpenyamun,Sumber dari rotikaya.com telah kongsikan pada kita semua gambar pra perkahwinan Scha al-Yahya dan juga Awal Ashaari. Fotografi tersebut telah dihasilkan oleh seorang jurugambar yang terkenal iaitu Saiful Nang.

Awal Ashaari mengenakan persalinan ala tentera atau pahlawan perang & Scha al-Yahya tampak classy dalam persalinan yang menggambarkan beliau sebagai gadis idaman Malaya.
Penggunaan stesen keretapi untuk sessi fotografi ini sebagai simbol pertemuan Awal Ashaari & Scha al-Yahya dari dua arah yang berbeza

Blogpenyamun,Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut daripada menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani (askar Greek) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka.

Apabila dipenjarakan, mereka (penentang) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam.Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.




Amalan-amalan Sunnah Nabi S.A.W. Berkaitan Garam

Dari Abdullah Bin Umar:

"Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam.”


Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya :

Dari Anas Bin Malik, Nabi S.A.W. bersabda, "Penghulu segala lauk-pauk kamu ialah garam."

Hadis riwayat Ibnu Majah :

"Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam."

Blogpenyamun,Kereta Mewah Aaron Aziz Dan Zizan yang mantap!! Memang gempak dua selebriti popular Aaron Aziz dan Zizan Raja Lawak ini. Masing-masing mempunyai kereta mewah idaman mereka. Zizan memiliki kereta Mitsubishi Evolution 10 Versi M7 dan Aaron Aziz pula M7 JAPAN GTR R600, M7 Dragon Edition.

Untunglah jadi selebriti yang popular macam mereka ni, duit banyak kacak pula tu. Sebelum ini kami pernah kongsikan gambar kereta Zizan [KERETA BARU ZIZAN MITSUBISHI EVO 10], kali ini kami kongsikan pula beberapa gambar Zizan Raja Lawak dengan Aaron Aziz bersama kereta mereka.




Apa perasaan anda setelah melihat Kereta Mewah Aaron Aziz Dan Zizan Raja Lawak tu? Kami tumpang gembira buat meraka berdua dan berharap Aaron Aziz dan Zizan akan terus berkarya.
via forblogger.net
Blogpenyamun-Mungkin ramai yang telah melihat Pelancaran Proton Preve yang lalu, tetapi Adakah anda tahu sewaktu pelancaran tersebut tersemai Proton Preve Sapphire?.

Dengan rekabentuk yang elegan saya jamin, pastinya ramai rakyat malaysia menyukai model tersebut. Sekali dipandang seolah olah dibayangi Honda City. Jauh pandangan saya melihat keluaran model proton sekarang dihantui dengan design proton yang terdahulu. Tahniah saya ucapkan kepada DRB Hicom dan Proton kerana berjaya mencipta sebuah kereta yang mampu menambat hati pembeli semula termasuk saya

Jom lihat gambar gambar yang telah saya kumpul dijadikan tatapan anda semua












Ciri-Ciri Proton Prevé Sapphire
Bumper depan restyled
Gun metal grey colour
Bodykit
Smoked front dan rear lights
Blackened rooftop,
Bolder chrome ‘proton wings’
Two-tone leather interior
LCD screen at back of front seats
Silver coloured door handles
Chrome horizontal bar at the back
Sport rim 18 inci
Keluaran Proton Preve Sapphire mampukah menambat hati pembeli Honda City 1.5 E ke Proton Preve Sapphire?
Blogpenyamun,Artis hiburan Indonesia, Syahrini telah report polis mengenai foto-foto gambar panas lucah bogelnya di laman web blog. Sejak tersebarnya foto-foto panas lucah Syahrini di dalam internet, bekas rakan duet penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah ini nampaknya masih belum bersedia untuk memberikan apa-apa kenyataan rasmi kepada pihak media. Adakah benar foto-foto panasnya itu dicuri dan disebar orang yang tidak bertanggungjawab?

Sebaliknya, dia lebih senang untuk berdiam diri serta menyerahkan hal tersebut ke tangan pihak peguamnya, Warsito.



Gambar hot lucah Syahrini atas katil kamar
Kata Wirsito, setelah meneliti kesemua foto-foto yang telah tersebar di alam maya itu, akhirnya dia memutuskan untuk melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.

"Saya berharap dengan laporan yang dibuat ini, pihak berkuasa akan dapat membuat siasatan dengan segera untuk mencari pelaku yang telah menyebarkan kesemua foto tersebut.


Gambar lucah hot Syahrini dalam bilik air
"Malah, ini juga satu pengajaran buat kita semua. Walaupun negara kita ini dalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, namun hak asasi manusia dan privasi manusia juga perlulah dihormati," katanya.

Jelas Warsito lagi, foto-foto yang telah tersebar untuk diambil oleh Syahrini, bukanlah untuk tatapan publik. Sebaliknya, ia merupakan koleksi peribadinya penyanyi jelita tersebut.


Gambar hot Syahrini bersama teman
"Masalah ini tidaka kan tercetus sekiranya ia tidak didedahkan atau dipaparkan oleh pihak yang tertentu dengan tujuan-tujuan yang tidak bertanggungjawab.

"Sebab itulah, pihak kami memutuskan untuk membawa perkara ini kepada pihak berkuasa. Biar saja, undang-undang yang menentukannya. Masalah ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja. Namun, ianya tidak boleh dibiarkan begitu saja. Jika tindakan tegas tidak diambil, mungkin masalah seperti ini akan berterusan berlaku katanya lagi.



Syahrini kena pegang buah dada tu.. (Lucah ke tak ni?)
Warisito juga berpendapat bahawa penyabaran foto-foto panas Syahrini ini dilakukan dengan sengaja dengan niat untuk menjatuhkan maruah Syahrini serta memburukkan reputasinya sebagai pekerja seni.

Foto-foto panas Syahrini yang tersebar itu telah menunjukkan beberapa aksi Syahrini dalam keadaan yang ghairah dan seksi. Ada di antara foto itu juga turut diambil bersama beberapa artis lelaki Indonesia. Malah, sebuah lagi gambar menunjukkan aksi Syahrini sedang berkucupan mulut dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. (Murai)



Gambar panas Syahrini dipeluk rapat yang tersebar di internet

Gambar Panas Lucah Syahrini Dengan Glen Adalah Koleksi Peribadi

Penyanyi Indonesia, Syahrini mengaku gambar-gambar panas yang tersebar di Internet bersama artis Glen Fredly Daniel Mananta adalah daripada koleksi simpanan peribadinya.


Bagaimanapun, katanya gambar tersebut merupakan gambar biasa yang diambil bersama teman-teman rapat seperti mana yang dimiliki oleh orang lain.

"Semua yang ada dalam gambar tersebut adalah kawan-kawan rapat saya. Mereka juga mempunyai gambar seperti itu bersama teman-teman masing-masing," katanya seperti dipetik dari Kapan Lagi.com.



Gambar panas lucah Syahrini dipeluk rapat Glenn Fredly
Bagi Syahrini, tidak menjadi kesalahan kerana gambar tersebut bukan gambar lucah yang boleh menjejaskan imej dan maruahnya.

"Yang penting ini bukan gambar lucah, aksi lucah, ia hanya gambar biasa untuk koleksi peribadi," katanya.

Tambah Syahrini, pihaknya telah melaporkan pekara tersebut kepada polis bagi melakukan siasatan terhadap telefon bimbit miliknya yang hilang di Malaysia beberapa tahun lalu.
KUALA LUMPUR BLOGPENYAMUN: “Saya bukan bakal isteri baru Datuk K,” kata selebriti terkenal, Rozita Che Wan yang menepis dakwaan akan berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K seperti didakwa laman blog dan portal hiburan.

Rozita berkata, dakwaan terbabit sama sekali tidak masuk akal kerana dia tidak menjalin hubungan dengan mana-mana individu termasuk Datuk K seperti yang dimaksudkan.


“Sejak saya putus hubungan dengan seorang jejaka Singapura yang dikenali dengan nama ‘S’ dua tahun lalu, saya masih belum bertemu dengan jejaka pilihan hati.

“Saya dan anak sangat meminati Datuk Siti (Nurhaliza). Saya tidak mahu dakwaan berkenaan boleh menyebabkan hubungan baik saya sebelum ini dengan Datuk Siti terus dingin, lagi-lagi kami sama-sama artis,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Rozita, 39, berkata, dia kecewa dan kesal dengan gosip terbaru yang dilemparkan laman blog dan portal hiburan itu kerana ia adalah penyebaran fitnah ke atas dirinya.
Blogpenyamun,Restoran Mewah Atas Pokok Di Soneva Kiri Resort.Soneva Kiri Resort mempunyai restoran paling mewah di atas pokok bagi mereka yang suka untuk makan sambil menikmati alam semulajadi.




{akustressgiler}
Blogpenyamun– Pelakon dan pengacara wanita popular, Noor Neelofa Mohd Noor sama juga seperti artis-artis lain yang tidak terlepas dari sebarang peluang untuk didekati oleh ramai pihak termasuklah dari golongan atasan yang bergelar Datuk mahupun Tan Sri.

Neelofa sendiri mengakui dirinya sentiasa diperhatikan dan setiap golongan VIP itu akan mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk cuba mendekati dirinya.

Malah, wanita cantik itu juga turut pernah ditawarkan dengan pulangan kemewahan dan peluang perniagaan sekiranya bersetuju menjadi teman ‘rapat’ golongan tersebut.

“Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri seni negara. Namun, itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dari dulu lagi. Saya banyak pengalaman dan diganggu secara peribadi oleh golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri.

“Mereka ada pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya, ada yang tawarkan kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan, ada juga yang mahu memberikan wang. Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak keluar makan,” kata Neelofa seperti dalam blog gosip Beautifulnara.com.
Namun, Neelofa mempunyai prinsip hidupnya sendiri yang tidak mahu kehidupannya digembar-gembur oleh cerita-cerita fitnah yang dia tidak lakukan.

Bagi wanita muda itu, dia lebih mudah untuk mengambil sikap menjaga keperibadiannya dengan sebaik mungkin kerana dia tahu dirinya menjadi perhatian umum dan kehidupan peribadinya lebih dikejar dari kisah kerjayanya.

Justeru itu, untuk menolak setiap pelawaan dan godaan dari golongan-golongan yang bergelar VIP, Neelofa lebih senang untuk berterus-terang dan memberikan maklum balas yang mudah untuk diterima yang dirinya tidak mudah untuk dipermainkan.
Kerana itu, Neelofa tidak mahu dirinya dengan mudah dikaitkan dengan pihak-pihak yang mempunyai kedudukan yang tinggi kerana tidak mahu kerjaya seninya kecundang di tengah jalan.

“Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak dengan perkara negatif begini. Malaysia ini kecil, apa lagi Kuala Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan, lebih-lebih jika bergelar artis, kisah peribadi bukan rahsia.

“Untuk jangka masa panjang, saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej saya. Biasanya jika berdepan dengan situasi begini, saya ada cara untuk memberi maklum balas dan reaksi. Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS,” katanya.

SUMBER : MYNEWSHUB.MY


Tiga Selebriti Wanita Murtad

Blogpenyamun,Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.

Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang dengan lagu “Kekasih Yang Tak Dianggap” itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.

Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,”ujar Deetje.

Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem “Ayat-Ayat Cinta”, Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.

Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.

Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.

Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.

Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.

Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.

Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.

Saya tidak akan bercakap mengenainya,”kata Happy.
Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan.

Terkini

Loading...

Blog List

  • Informasi Malaysia Kini
    Luar Biasa! Kupas Kulit Kelapa Hanya Guna Gigi (Foto) - *Luar Biasa! Kupas Kulit Kelapa Hanya Guna Gigi (Foto)* | *Kupas kulit kelapa* pada zaman kini dilihat semakin mudah apabila pelbagai teknologi…mula diperke...
    1 hour ago
  • borak kosong
    Bagaimana Cara Bikin Foto- foto ini?? - Mungkin bagi yang pernah lihat hantu, akan berfikir bahwa ini adalah foto-foto hantu,, tapi tunggu dulu. Gambar-gambar ini adalah ulah atau karya dari Úbed...
    4 hours ago
  • Aku Stress Giler
    Cool : Pulau Baa Atoll, Lokasi Untuk Anda Lupakan Kerja Sibuk Anda (10 Gambar) - Pulau Baa Atoll, Lokasi Untuk Anda Lupakan Kerja Sibuk Anda. Anda sibuk dan pening dengan kerja anda? Anda ingin rehat dan tak tahu mana nak pergi? The Ba...
    7 hours ago
  • ! TAO TAU AJER
    BIAR BETUL? - Bahasa Arab Merupakan Bahasa Ke-2 Di Australia? - *TAOTAUAJER* - Bahasa melambangkan bangsa.. bagi kita di malaysia bahasa malaysia ,bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti ke...
    8 hours ago
  • KuraKura Dot My
    VIDEO NAJWA LATIF BERLAKON FILEM PENDEK - VIDEO NAJWA LATIF BERLAKON FILEM PENDEK | Jom lihat bagaimana artis yang baru meningkat naik iaitu najwa latif yang berlakon dalam filem pendek ‘I Love u’ ...
    8 hours ago
  • Bila Jejari Menari
    Betulkah Pemandu Wanita Cemerkap Bawa Kereta???? - Korang pernah dengar perkataan *cemerkap*? Cemerkap ialah perkataan dialek Utara bermakna tak berhati-hati, tak cermat, lalai, cuai, tak cekap....pendek k...
    10 hours ago
  • Informasi Dot My
    Pegawai Kanan Tabung Haji Ditangkap Khalwat - GEORGETOWN – Naluri seorang suami terhadap perlakuan sumbang isterinya berjaya dihidu lalu memberi maklumat sehingga berjaya ditangkap ketika bersama ra...
    1 day ago
  • beautifulnara.com/feed/
    Saya Sekarang Dah Ready Nak Bergelar Isteri – Tasha Shilla - Yeah ~~ Berita baik buat Mahali Jasuli terutamanya dan lelaki-lelaki di luar sana yang meminati Tasha Shilla amnya. Si gadis manis ini sudah melafazkan kes...
    1 day ago
  • Blog Bulan Purnama
    [IKTIBAR] Ku Sangka Dia Orang Gila - Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Teren...
    1 day ago
  • BERNAMA
    Am : Nombor Pendaftaran WP Kuala Lumpur Baharu Bermula W1A - Hishammuddin - PUTRAJAYA, 23 Mei (Bernama) - Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baharu iaitu W (nombor 1 s...
    2 days ago
  • ! SUFFER8ZINE TERRITORY !
    Drama Karlos TV3 Episod 1 Hingga Tamat - Drama bersiri Karlos dilakonkan barisan pelakon berbakat seperti Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Namron, Sherlie Merlis, Azhar Sulaiman, Leez Rosli, Elmy...
    3 days ago
  • Segalanya Disini. . .
    Чтобы учить английский - Нужно учить английские фразы. Это аксиома.
    2 months ago
  • Johan Rakyat
    Kegunaan 'Page Break' dalam Microsoft Word 2007 - Biasa kalau korang buat assignment or paperwork, bila jumpa situasi macam gambar kat bawah ni, korang buat apa? Mesti masih ada lagi antara korang yan...
    4 months ago
  • cer citer
    Anne Ngasri Sering Rasa Mual Dan Loya, Harap Sudah Berbadan Dua - Anne Ngasri melalui* mStar Online* hari ini mengakui dia mula merasa mual dan loya sejak kebelakangan ini dan tidak menolak kemungkinan dia sudah berbadan ...
    4 months ago
  • Hot Info Gallery
    Gambar pelakon seks yang paling cantik di dunia - Inilah pelakon seks yang paling cantik di dunia, dikenali sebagai Candace Cage, berumur 22 tahun dan berketinggian 1.63cm. Gadis ini dilahirkan pada 8 Ogos...
    4 months ago
  • ! !!JoSrEvAlUtIoN!! !
    INSPEKTOR LAPAR SEKS DISIASAT KERANA MENCABUL ISTERI ORANG - INSPEKTOR LAPAR SEKS DISIASAT KERANA MENCABUL ISTERI ORANG | SEREMBAN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang...
    5 months ago
  • Up To Mu | Blogger Malaysia | Blog Uptomu
    Konvokesyen Tadika Di Gaza Yang Sangat Brutal - * admin memang harap ini bukan benar tetapi nampaknya agak real pula..hihi* * dengar-dengar semua budak ini dipaksa untuk membuat sedemikian.* * * **...
    10 months ago
  • Klon Buaya
    Kantoi Tidak Pakai Seluar Dalam, Pad Terkeluar Bila Datang Haid - Pad yang dipakai tidak sesuai dengan saiz agaknya dia pakai. Sampai tersembul keluar pad.Kurang pasti lah bagaimana cara pakai pad. Apakah bila pakai pad m...
    10 months ago
  • eh berita
    Pages Hina Agama Islam - Hacker Malaysia Harap Buat Tindakan ! - assalamualaikum ... sasiape yang ade kepandaian hacker tu .. harap hack pages haram jadah ni segera !!!! admin ada printscreen post DEKAT pages tu yang m...
    1 year ago
  • Gerakan Anti Anwar
    Kelab 'TIBAI' mahu lawan Anwar di PRU13 - [image: Sebahagian penyokong wanita kelab Tibai. - Foto Sinar Harian oleh Rosli Talib] [image: Sebahagian penyokong kelab Tibai. - Foto Sinar Harian oleh...
    1 year ago
  • Terjah
    Terjah 10 Fobia Yang Paling Pelik Di Dunia - Definisi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah jenis2 fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyar...
    1 year ago
  • Padang Temusu Online
    Najib harap mansuh SBPA 'gembirakan' semua - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap langkah kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan hari ini, akan ...
    1 year ago
  • Faceberuk
    Ketika berita on air, janganlah duk main-main kat belakang. [beruktube] - *Awkward!* *Hahaha. *
    1 year ago
  • PING BUSUK RSS FEED
    KREATIF, PUNGGUNG DIJADIKAN KANVAS BUAT LUKIS - Ada-ada saja orang dalam menciptakan sebuah karya seni, salah satunya seniman yang berasal dari London ini, ia adalah Boyrade Messeger. Sang seniman mengg...
    43 years ago

Archive

  • ►  2013 (91)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (10)
    • ►  February (15)
    • ►  January (52)
  • ▼  2012 (442)
    • ►  December (14)
    • ►  November (14)
    • ►  October (13)
    • ►  September (33)
    • ►  August (45)
    • ►  July (30)
    • ►  June (25)
    • ►  May (33)
    • ▼  April (12)
      • Fasha Sandha Dan Jejai Bulan Madu Di Pulau Redang
      • Kes Sosilawati: 4 termasuk Pathma diarah bela diri...
      • Benarkah Separuh rakyat Malaysia keturunan penzina...
      • Gambar Pra Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha al-Ya...
      • Kelebihan Garam Dan Amalan Rasulullah S.A.W
      • [Gambar] Kereta Mewah Aaron Aziz Dan Zizan
      • Pelancaran Proton Preve Sapphire dan SE Version?
      • Gambar hot lucah Syahrini atas katil kamar
      • Rozita Che Wan kecewa dakwaan kahwin dengan Datuk ...
      • Restoran Mewah Atas Pokok Wujud Di Soneva Kiri Res...
      • Neelofa Terima Tawaran Kemewahan Dari Vip?
      • Tiga Selebriti Terkenal Indonesia Murtad
    • ►  March (89)
    • ►  February (88)
    • ►  January (46)
  • ►  2011 (134)
    • ►  December (16)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (13)
    • ►  March (19)
    • ►  February (27)
    • ►  January (46)
  • ►  2010 (77)
    • ►  December (34)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (13)
    • ►  August (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)

Popular

  • Bersetubuh Pelbagai posisi cara Islam
    1- BERSETUBUH DALAM PELBAGAI POSISI Blogpenyamun ,Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, ...
  • Gambar hot lucah Syahrini atas katil kamar
    Blogpenyamun ,Artis hiburan Indonesia, Syahrini telah report polis mengenai foto-foto gambar panas lucah bogelnya di laman web blog. Sejak...
  • Gambar Ceria Sekitar Hari Perkahwinan Anak Rosyam Noor
    Ahli keluarga Rosyam Noor telah pun bertambah dengan kehadiran seorang menantu lelaki. Anak perempuan mereka iaitu Arniesha Azureen telah p...
  • Tips & Petua Melambatkan Pancutan Air Mani
    Tips & Petua Melambatkan Pancutan Air Mani Berikut tip-tips yang boleh diikuti untuk melambatkan pancutan air mani. Hubungan seks ...
  • Teknik Membelai Buah Dada Wanita
    Tetek atau buah dada yang besar sememangnya digemari para lelaki. Pada kebiasaannya wanita-wanita berbuah dada besar dalam saiz 36 dan ke ...
 
#########

Daily Referrer

    www.e-referrer.com
Laman web directory Malaysian Topsites My Zimbio My Ping in TotalPing.com Free Auto Backlink Free Backlink! Ping your blog, website, or RSS feed for Free Blogged.my Blog Directory TopOfBlogs website analysis Backlink checker to blogpenyamun.blogspot.com
2010 Simplex Enews. All rights reserved.
Designed by SimplexDesign