KUALA LUMPUR: “Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat,” kata pelakon popular, Ady Putra, 31.
Pelakon berasal dari Singapura itu yang sering membintangi drama dan filem di negara ini berkata demikian ketika mengulas mengenai kerugian RM19,000 dialaminya kerana ditipu selepas melabur dalam satu pelaburan di Internet.
Menurut Ady, apa yang berlaku suatu yang bersifat peribadi dan dia dinasihatkan polis supaya tidak menceritakan kejadian itu secara terbuka kepada pihak media mahupun peminat.
“Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ady yang turut membintangi filem pecah panggung, KL Gangster kini sedang menjalani penggambaran filem Balistik terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd di sekitar ibu kota, mengatakan kejadian itu boleh memberikan kesan pada dirinya secara peribadi termasuk karier seni. - HMetro
Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.
Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.
Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.
Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.
Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.
Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..
Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.
Masya-Allah, sampai dah tahap macam ni. Tak mustahil akan berlaku di negara lain pula.
Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.
Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.
Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.
Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebagai sebuah sentimen politik semata-mata.
“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,” ujarnya.
Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana mencapai 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.
Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung.
Sebatang kayu di Kampung Prey Yeang,Phnom Penh wilayah Pursat menjadi tumpuan ribuan orang yang percaya ia mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit dan meramalkan nombor tiket loteri yang akan menang, kata beberapa pegawai.
SEJUMLAH orang menyaksikan sebatang kayu yang dipercayai mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit di Kampung Prey Yeang, Kemboja pada 19 Julai lalu. - AFP
Kayu itu sepanjang 13 meter dan ditemui pada awal bulan ini semasa sebuah keluarga menggali sebuah kolam.
"Sekurang-kurangnya,dalam tempoh seratus orang melawat kayu itu sehari untuk meminta nombor tiket loteri dan menyembuhkan penyakit mereka," kata ketua kampung itu, Hun Nov menerusi telefon.
Nov menyatakan beberapa orang meletakkan bedak di atas kayu itu dengan harapan untuk melihat nombor tiket loteri.
Menurutnya, beberapa orang lagi meminum air dari kolam tersebut dan melumurkan badan mereka dengan lumpur sebagai usaha untuk menyembuhkan penyakit mereka.
Kira-kira 4,000 hingga 5,000 orang telah mengunjungi lokasi kayu tersebut. - AFP
Pakar pesawat telah merancang dan mereka bentuk sebuah pesawat kertas terbesar di dunia yang terletak di Arizona, Amerika Syarikat. Panjang pesawat tersebut adalah 13.7 meter dan mempunyai lebar sayap 7.3 meter.
Kapal terbang kertas tersebut melakukan penerbangan sulungnya dengan cara ditarik 4,000 kaki ke langit oleh sebuah helikopter. Kapal terbang kertas itu kemudiannya melayang di atas ruang udara Tucson, Arizona, dengan kepantasan sekitar 98 batu per jam (157km/j) sebelum kembali semula ke Bumi.
P/s: Suka sangat main kapal terbang kertas waktu kecik2 dulu. Memang habis la buku sekolah, ha3...
Seorang pekerja memeriksa selaras senjata api di kilang shooters arms manufacturing di bandar cebu pada 7 julai lalu.
Permintaan senjata api semakin meningkat ekoran pilihan raya pertengahan penggal akan berlangsung pada 2013 di Filipina.Seorang pembuat senjata di bandar Danao yang hanya mahu dikenali sebagai Remo, 33, berkata, dia sukar untuk memenuhi permintaan pelanggan yang ramai menempah senjata api.
"Kami mempunyai kesukaran untuk memenuhi tempahan kerana pada kebiasaannya masa selama dua minggu diperlukan untuk menyiapkan sepucuk pistol .45 calibre walaupun jika saya bekerja 16 jam sehari," katanya.
Beberapa orang bekerja di sebuah kilang senjata haram di danao pada 8 julai lalu.
Bunyi muzik yang kuat bergema di bengkel Remo yang terletak di pinggir anak sungai yang kering, tersembunyi daripada pandangan mata disebabkan rimbunan pokok buluh.Ketika ini, semua pengawal peribadi di Filipina membawa senjata api sama ada pistol atau senapang patah.
Senjata api merupakan fenomena biasa yang boleh dilihat di pasar raya, pejabat pemerintah, bank, restoran dan sekolah.Senjata api haram di negara ini hanya dibawa oleh anggota-anggota kumpulan penjenayah, kumpulan pemisah Islam dan komunis.
Ia turut dibawa oleh ahli politik yang mempunyai askar-askar peribadi.
Selaras senjata api diuji di sebuah kilang haram di danao pada 8 julai lalu.
Seorang bekas pemilik kilang senjata haram, Elmer Genzon, kini bekerja di kilang pembuat senjata yang telah didaftarkan, Shooters Arms Manufacturing, 25 kilometer dari sini."Kami tidak lagi bimbang tentang serbuan polis dan kami mempunyai pendapatan yang stabil, ditambah sedikit kekayaan dan manfaat sosial," katanya yang berusia 33 tahun.
Senjata-senjata itu ada yang dieksport ke Amerika Syarikat, Australia, Itali dan Thailand.Pemilik sebuah kilang itu, Romulo de Leon III merupakan generasi kedua penjual senjata api.Kilangnya kini mengeluarkan kira-kira 20,000 senjata api setahun.
Dia mahu mengembangkan perniagaannya ke Eropah Timur dan Amerika Selatan. -Kosmo
Anggota tentera menemui lebih dua tan ganja yang disembunyi dalam kubur di tanah perkuburan di timur laut Mexico, kata Kementerian Pertahanan.Anggota tentera yang melakukan rondaan di kampung Los Villa Nueva, di pinggir bandar sempadan Ciudad Camargo, menemui 241 pakej ganja yang disembunyikan dalam dua buah kubur yang diletak kepingan batu di atasnya.
Tentera Mexico berkata, jumlah dadah yang ditemui seberat 2.241 tan. Ciudad Camargo terletak kira-kira 775 kilometer di utara bandar Mexico, di selatan Sungai Grande, iaitu sungai yang memisahkan sempadan antara Tamaulipas di Mexico dan Texas di Amerika Syarikat.
Kawasan di sekitar Ciudad Camargo adalah daerah paling berbahaya di negara itu, kerana sering berlaku pertempuran sisa kartel dadah Gulf dengan kumpulan separa tentera Zetas untuk merebut laluan penyeludupan dadah masuk ke Amerika Syarikat yang menguntungkan. -HM
Gambar Penghijrahan Tahunan Ketam Merah Di Pulau Krismas| Pulau Krismas ialah sebuah pulau kecil Australia di Lautan Hindi, 2600 kilometer barat laut Perth. Ia merupakan habitat kepada pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan selain terkenal dengan populasi luar biasa ketam merah (Christmas Island red crab), satu spesies ketam tanah yang endemik kepada Pulau Krismas. Apa yang menarik tentang ketam-ketam ini ialah penghijrahan mereka yang menakjubkan dari hutan ke pantai setiap tahun semasa musim pembiakan.
Pada awal musim tengkujuh (wet season) yang biasanya pada Oktober/November, lebih 50 juta ketam merah dewasa mula berhijrah dari hutan ke pantai untuk membiak. Penghijrahan biasanya serentak di seluruh pulau ini. Ketam-ketam jantan mengetuai gelombang pertama penghijrahan dan disertai ketam-ketam betina kemudiannya. Mereka mengambil masa 5-7 hari untuk sampai ke pantai. Hujan dan keadaan lembap bermendung membuatkan perjalanan mereka panjang dan sukar.
Semasa waktu puncak, bahagian jalan yang dilintasi oleh ketam merah ditutup kepada kenderaan untuk seketika.
Selepas mengawan, ketam betina menempatkan telur-telur ke dalam lubang kecil sehingga menetas dan berkembang menjadi anak ketam yang sangat kecil. Selepas kira-kira sebulan di pantai, ketam muda yang diiringi oleh ketam dewasa memulakan perjalanan pulang mereka ke hutan. Apabila memasuki kawasan pedalaman, mereka mula berpecah ke destinasi masing-masing. Ada yang menghilangkan diri ke bawah batu, ranting pokok yang jatuh dan lain-lain untuk tempoh tiga tahun mendatang.
Aktiviti manusia telah membawa kepada peningkatan kematian ketam merah semasa peghijrahan tahunan mereka. Ketam merah berisiko kepada dehidrasi apabila mereka terpaksa menyeberangi kawasan lapang yang dibersihkan daripada litupan hutan. Beribu-ribu ketam dewasa dan muda dilanggar oleh kenderaan semasa mereka melintas jalan raya. Selain usaha menutup jalan raya yang digunakan sebagai laluan penghijrahan ketam merah, kakitangan Taman Negara Pulau Krismas juga membina dinding dan pagar plastik khas di sepanjang jalan untuk memandu ketam merah menggunakan "lintasan ketam" dan "jambatan ketam" di mana mereka boleh menyeberang dengan selamat. - Amusing Planet
SUNGAI BULOH: Seorang eksekutif TV9 ditemui mati di rumahnya di Damansara Damai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa, Syaleza Jaffar, 31, ditemui suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah mereka sebelum dia menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sehingga kini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
“Kami sudah merakam percakapan daripada suami mangsa sendiri selain mendapatkan keterangan daripada beberapa saksi termasuk jiran mengenai motif sebenar kejadian.
“Sehingga kini, kami tidak memperoleh sebarang bukti menunjukkan wujud unsur jenayah dalam kes berkenaan namun siasatan lanjut dilakukan Unit Forensik dan Patalogi Polis Selangor,” katanya yang ditemui di tempat kejadian petang semalam.
Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Sungai Buloh (HSB) berkata, dia dimaklumkan mengenai kematian Nur Syaleza kira-kira jam 9.30 malam sebelum dia dan isterinya bergegas ke hospital berkenaan dari Segamat, Johor.
“Arwah ada menghubungi saya Jumaat lalu dan berbual seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam percakapannya itu,” katanya yang tiba di hospital kira-kira jam 2 pagi semalam.
Katanya, kali terakhir dia bertemu anak keduanya itu ketika dia pulang ke kampung bersama suami dan anak lelakinya berusia tiga tahun, sebulan lalu.
Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan, Sumber Manusia, Media Prima Berhad (Media Prima), Nor Arzlin Redzuan, dalam kenyataan akhbar semalam menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang juga kakitangan di stesen televisyen berkenaan sejak 2007.
“Kami turut bersedih atas kehilangan rakan sekerja yang peramah, rajin dan sangat berdedikasi terhadap kerja. Sebagai sokongan moral kepada keluarga mangsa, kami akan melakukan segala yang termampu bagi membantu termasuk menyediakan kaunseling bagi mengharungi detik sukar ini,” katanya.
sumber : myMetro
KUALA LUMPUR: ‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.
Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.
Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.
“Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.
Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.
“Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain,” katanya.
sumber : myMetro
Video Mr Bean di Olimpik? Mr Bean muncul membuat persembahan di acara pembukaan Olimpik London 2012 yang menggamatkan penonton.
Kemunculan Rowan Atkinson, atau lebih dikenali dengan jenama Mr. Bean di acara pembukaan Olimpik London 2012 menjadi tarikan utama kepada lebih jutaan penonton di seluruh dunia kerana ia diselangi dengan sedikit kejutan daripada pelakon tersebut.
Pelakon komedi ini hanya menggunakan ekspresi muka yang membuatkan seluruh stadium ketawa dengan gelagatnya sepanjang lagu tema “Chariots of Fire” dimainkan oleh sekumpulan orkestra. Selain itu, rakaman secara langsung ini turut diselitkan dengan sebuah footage berinspirasi sukan Paris Games 1924 berjudul “Scotsman dan an Englishman”
Pelakon berusia 55 tahun ini antara salah seorang penghibur yang dijemput bagi memeriahkan majlis gilang gemilang ini. JOm ihat video tersebut di bawah
Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji (LTH)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia bagi mengisi jawatan berikut di Lembaga Tabung Haji :-
1. Pengurus Nasihat Korporat & Gubalan (Kontrak)
2. Pengurus Unit Sekretarial (Kontrak)
3. Pengurus Unit Litigasi (Kontrak)
4. Eksekutif Unit Sekretarial (Kontrak)
5. Kerani
6. Eksekutif Portfolio Ekuiti (Kontrak) Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut
Tarikh Tutup Permohonan: 3 Ogos 2012
BEIJING: Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.
Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.
Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.
“Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.
“Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.
Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.
Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi. – DM
Seorang yang 'bermotivasi tinggi' dan 'gemar bersaing' adalah dua sifat yang digambarkan oleh bekas teman sekuliah Darinne Ko Wen Hui, pelajar yang terlibat dengan rasuah seks bersama prfessornya di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).
Semalam (27/7), Tey Tsun Hang, 41, didakwa dengan dua tuduhan mendapatkan kepuasan seks daripada bekas pelajar tahun empat, Darinne Ko Wen Hui, selain memperoleh pen Mont Blanc bernilai Sg$740 (RM1,872), dua kemeja bernilai Sg$236.20 (RM597.40), iPod dan bayaran bil bernilai Sg$1,278.60 (RM3,234).
Straits Times melaporkan seperti mana dipetik daripada dokumen mahkamah, barangan itu dikatakan sebagai insentif bagi menunjukkan kecenderungan penilaiannya terhadap prestasi Darinne.
Tey ditahan April lalu oleh pegawai Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) selepas mendapat maklumat. Darinne yang dipercayai menjalani latihan amali di sebuah firma guaman di luar negara telah disoal siasat pegawai CPIB, tetapi tidak ditahan.
Petua dan cara untuk merawat masalah kembung perut bayi akan diberikan beberapa info dan maklumat punca untuk merawat dan menyelesaikan masalah ini
Selalunya masalah perut bayi kembung ini di sebab kan oleh perut masuk angin
1. Cara Kenalpasti Bayi Kena Kembung Perut
Bayi anda menangis sepanjang hari tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah perut kembung bayi ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari dan kembung perut melebihi 5 hari. Kembung perut bayi anda bermula pada umur 2 minggu dan beransur-ansur pulih apabila bayi mencapai umur 3 bulan.
2. Punca Sebab atau Penyebab Perut Bayi Kembung
Beberapa kemungkinan anda mengalami kembung perut Alahan terhadap laktosa. Alergi susu lembu.
Ketidakmatangan usus. Keadaan usus pramatang bayi anda menyebabkan pencernaan karbohidrat tidak sempurna.Ini menyebabkan kembung dengan angin perut yang berlebihan.
Sendawa dengan betul selepas bayi menyusu badan atau bayi menyusu botol Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
Ibu bapa yang tertekan mempengaruhi kaedah penyusuan dan penjagaan bayi.0Ketidakmatangan urat saraf bayi menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
3. Cara Mengatasi dan Merawat Perut Kembung Bayi
Pada kebiasaannya masalah kembung perut bayi akan pulih beransur-ansur apabila bayi mencapai umur 3 bulan ke atas. Rawatan khusus untuk perut
kembung tidak khusus.
Untuk mengeluarkan angin, kemungkinan doktor anda mungkin akan memberi ubat dimethicone mengurangkan simptom kembung.
Langkah-langkah mengatasi simptom kembung perut bayi di rumah. Usap bahagian belakang bayi anda. Selimutkan dan dodoikan bayi anda dengan lemah lembut . Kurangkan bunyi bising
Bawa bayi anda bersiar-siar di luar rumah. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. Dapatkan bantuan untuk menjaga bayi anda,jika anda rasa tertekan atau penat dan cuba sedaya upaya untuk elakan masalah kembung perut bayi
Manusia Berkulit Getah | Gary Tunner berusia 41 tahun, menghidapi sejenis Sindrom Ehlers-Danlos
(EDS) iaitu gangguan genetik luar biasa yang menyebabkan sel-sel pada
kulitnya lemah dan dalam erti kata lain, kulitnya tidak menegang seperti
manusia normal. Dalam kebanyakan kes, pesakit akan mengalami gangguan
pada otot sendi dan saluran darah.
Kulitnya sangat longgar dan regang sehingga mampu menukar bahagian
perutnya menjadi tempat takungan 1.4 liter air. Namun tidak melemahkan
dirinya disebabkan sindrom itu sebaliknya dia mengubah penyakitnya
menjadi kerjaya yang menarik perhatian orang ramai sekitar London,
Britain.
Tunner yang menyedari penyakitnya itu sejak berumur 10 tahun berkata,
kulitnya begitu nipis dan dua kali ganda nipis berbanding ketebalan
kulit manusia normal. Sindrom ini hanya berlaku kepada satu dalam 10,000
individu seluruh dunia.
P/s: Rubberman macam Luffy, Gomu Gomu NO Pistol....
Tahniah diucapkan kepada pelakon Zed Zaidi apabila isterinya Nelly Natalia selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada jam 9.30 pagi tadi.
Bayi lelaki comel dan sihat yang diberi nama Ryan Ziqry itu dilahirkan seberat 4.32 kilogram.
Zed yang dihubungi melahirkan rasa syukur dan gembira apatah lagi isterinya bersalin di bulan Ramadan.
"Tiada kata-kata lain yang dapat digambarkan melainkan rasa syukur saya kepada Allah. Pastinya saya gembira dan dalam masa yang sama tanggungjawab saya lebih besar selepas ini," kongsinya gembira.
Zed Zaidi memilih tarikh 27 sebagai hari kelahiran anaknya kerana ia bersamaan dengan tarikh lahirnya.
JULIA PEREZ MINTA RESTU PRESIDEN SUSILO BAMBANG
-
Aktres dan penyanyi penuh kontroversi Indonesia, Julia Perez yang
dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan memohon restu
daripada Presiden ...
Topping Pizza Paling WOW!
-
Pizza biasanya diolesi sos tomato kemudian diberi aneka topping. Jenis
topping beragam tergantung selera. Selain daging olahan, sayuran atau
seafaad orang...
Gambar Stress Untuk Hari Ini #2
-
Sami Buddha di Thailand yang menghidap penyakit Neurofibromatosis Type 1,
sejenis tumor di dalam tisu badan.
Sumber : Here
neurofibromatosis type ...
Leuniey Natasha Hamil 6 Minggu (Tahniah)
-
*Leuniey Natasha Sahkan Hamil 6 Minggu*. Tahniah diucapkan kepada isteri
penjaga gol kebangsaan, Leuniey Natasha baru sahaja sahkan bahawa dia kini
sedang...
(Gambar)Kelly Brook ketika berkelah di pantai Mexico
-
[image: http://cerciterpanas.blogspot.com]
Siapa yang tidak kenal dengan Kelly Brook,dengar saja nama Kelly brook
sudah tentu anda bayangkan keseksian belia...
MC...Laptop Diserang Demam Malaria
-
Jika JR gagal bersiaran pada setiap hari seperti lumrahnya sebelum ini,
maafkan JR.
Jika JR tidak menjenguk blog korang dan tidak membalas komen-komen kora...
Semakan Keputusan Rayuan UPU 2013 / 2014
-
Hari ini (13 Jun 2013) khamis tepat jam 12.00 tengah hari, keputusan rayuan
bagi kemasukan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Politeknik Premier
bagi...
NGERI : KEPALA BERLUBANG TETAPI MASIH HIDUP ?
-
NGERI : KEPALA BERLUBANG TETAPI MASIH HIDUP ? | LELAKI ini dilahirkan
normal sehinggalah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di sebuah bandar di
China. Na...
Gambar pelakon seks yang paling cantik di dunia
-
Inilah pelakon seks yang paling cantik di dunia, dikenali sebagai Candace
Cage, berumur 22 tahun dan berketinggian 1.63cm. Gadis ini dilahirkan pada
8 Ogos...
Konvokesyen Tadika Di Gaza Yang Sangat Brutal
-
* admin memang harap ini bukan benar tetapi nampaknya agak real pula..hihi*
* dengar-dengar semua budak ini dipaksa untuk membuat sedemikian.*
*
*
**...
Terjah 10 Fobia Yang Paling Pelik Di Dunia
-
Definisi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat
akan sesuatu. Berikut adalah jenis2 fobia yang jarang tetapi wujud dalam
masyar...
Najib harap mansuh SBPA 'gembirakan' semua
-
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap langkah kerajaan
memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan hari
ini, akan ...