
PERASAAN cintanya sudah lama padam buat sang suami mengenangkan apa yang diperlakukan terhadap dirinya dan anak-anak. Justeru itu, pelakon jelita Rita Rudaini Mokhtar, 35, enggan mengenang lagi kisah sedih yang singgah mencemari rumah tangga mereka yang suatu ketika pernah bahagia.
Namun, dalam semakin dia memperoleh ketenangan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, hidupnya kembali diduga apabila menjadi buruan pihak media tatkala umat Islam sedang sibuk meraikan lebaran.
Semuanya gara-gara gosip berhubung Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, 25, yang dikatakan intim dengan pelakon seksi, Jue Aziz, sebagaimana disiarkan dalam ruangan gosip, sebuah akhbar, baru-baru ini.
“Rita sebenarnya terlalu sibuk dengan aktiviti harian selain menguruskan anak-anak, mencari rezeki buat mereka. Rita tidak sempat hendak fikir langsung gosip yang berlegar. Apapun Rita tidak terkejut dimaklumkan hal ini.
“Gosip mengenai mereka berdua Rita dengar sejak Mac lalu, tetapi tidak pernah ambil pusing lagipun ia bukan hal Rita. Malah, Rita sendiri pernah bertanyakan kepada Aidil mengenai hal ini menerusi SMS dan dia membalas gosip itu tidak benar dan dia langsung tidak mengenali Jue.
“Bagaimanapun, kenyataan Jue pula di sebuah akhbar baru-baru ini, mengakui bahawa dia dan Aidil hanya kenalan biasa. Jadi, Rita tidak tahu siapa yang bercakap benar dan yang mana satu Rita harus percaya. Kalau nak ‘coverline’ pun berpakat untuk keluarkan jawapan yang seiring.
“Tapi tidak kisahlah sama ada kenal atau tidak, Rita cuma hendak beritahu bahawa hati Rita sudah lama kosong buat Aidil. Perasaan cinta juga sudah hilang. Jadi terserahlah apapun yang dia ingin lakukan,” katanya.
Pun begitu, jelas Rita status mereka yang masih suami-isteri membuatkan dirinya sedikit terganggu apabila tidak semena-mena turut diheret sama kerana sejak gosip itu tersebar ramai wartawan mencari dan mahukan komennya.
Paling menyedihkan, dalam berita suaminya dikatakan dekat dengan Jue ada pula pihak yang menuding jari padanya walhal yang dikatakan sedang bercinta adalah mereka berdua. Sedangkan Rita, mendedikasikan seluruh hidupnya sehari-hari buat anak dan kerjayanya.
“Selesai penggambaran saya pulang rumah fokus pula pada anak-anak. Tidak ada masa nak melepak dan inilah diri Rita sejak dulu sejak berkahwin dengan Aidil. Tetapi mengapa Rita pula yang hendak dipersalahkan, sedangkan gosip yang bertebaran membicarakan soal Aidil dan Jue.
“Rita sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran gosip yang disampaikan. Kalau benar dia berlaku curang di belakang, itu dia kena jawab dengan Tuhan. Memang benar rumah tangga kami hampir hancur, namun perbuatan curang di belakang tanpa pengetahuan isteri tetap bersalah.
“Ramai orang beritahu Rita sebelum ini, Rita hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Serius Rita tak kuasa sebabnya sebelum ini pun ada beberapa perempuan menghubungi dan bertemu Rita sendiri memaklumkan mereka rasa tertipu dengan Aidil yang mengaku dirinya sudah berpisah dengan Rita walhal kami belum bercerai.
“Berbalik mengenai Aidil dan Jue, kalau benar bagai dikata Rita tidak mahu salahkan sebelah pihak saja kerana umum tahu keadaan rumah tangga kami iaitu bermasalah, namun belum bercerai. Apa yang penting jangan kacau Rita kerana sekarang ini Rita hanya mahu fokus kehidupan Rita yang sangat gembira bersama anak-anak.
“Rita ada memaklumkan Aidil, dia boleh buat apa saja atau mahu skandal dengan sesiapapun, tetapi tolong jangan sampai menyusahkan Rita,” katanya.
Rita mengahwini Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, juga pemain skuad bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, setahun dua bulan.
Mohon untuk menamatkan bicara berkisar permasalahan rumah tangga yang belum berkesudahan, Rita bagaimanapun bersiap sedia menghadapi sebarang ketentuan Ilahi. Kalau jodohnya tidak panjang, dia menerima dengan reda dan hati yang ikhlas.
Beralih topik perbualan, Rita yang baru pulang dari bercuti panjang di Perlis, Ahad lalu sempena meraikan Aidilfitri di kampung halamannya berkata, perayaan kali ini disambut dengan meriah meskipun tanpa kehadiran suami di sisi.
“Selalunya setiap tahun Rita akan buat rumah terbuka pada hari raya pertama. Bagaimanapun, tahun ini Rita terpaksa buat rumah terbuka dua kali iaitu pada hari raya pertama dan keempat.
“Peminat yang hadir adalah mereka yang Rita jemput melalui twitter. Rita berasa cukup terharu kerana ada yang datang dari jauh termasuk dari Kuala Lumpur,” katanya.

Kepulangan Rita, nampaknya terus diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya bakal terbabit dengan sebuah penggambaran filem (masih dirahsiakan judulnya) serta telefilem, Ku Pinang Kau Dengan Bismillah untuk Astro, September ini.
Menyifatkan tahun ini sebagai tahun bertuah buatnya apabila diberi peluang membintangi pelbagai filem antaranya yang sudah selesai dijalani iaitu Balistik dan Pengapit. Pelakon berwajah jelita itu memanjatkan rasa syukur kerana dia terus diberi kepercayaan dalam lambakan pelakon baru yang tidak kurang hebatnya.
KUALA LUMPUR –
Legoland Malaysia Cari Lebih Ramai Rakan Kongsi | Legoland Malaysia, yang yakin terhadap pertumbuhan ketara Taman Tema Legoland yang pertama di Asia di Nusajaya, Johor, mengenal pasti sehingga 10 rakan pemasaran untuk memperkaya pengalaman dan kegembiraan.
Pada masa ini, kita sudah memperoleh dua rakan kongsi, Maybank dan GSK (GlaxoSmithKline Consumer Healthcare), dan kami sedang mengenal pasti lebih banyak rakan kongsi dalam pelbagai kategori.
“Kami tidak tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian memandangkan kami mahu mendapatkan rakan yang berkongsi nilai kami dan sesuai dengan jenama kami serta urus niaga yang sama-sama menguntungkan,” kata Pengurus Besar Legoland Malaysia Siegfried Boerst kepada Bernama pada majlis perjanjian usaha sama dengan GSK.
Beliau berkata syarikat itu akan mengambil masa untuk mengumumkan semua rakan usaha samanya.
Kerjasama dengan GSK akan membolehkan air minuman Ribena disediakan sebagai minuman buah-buahan pilihan di taman tema itu yang akan dibuka pada 15 Sept, 2012.
Meskipun persekitaran ekonomi yang tidak menentu, Legoland yakin terhadap aliran berterusan pengunjung, terutama keluarga, ke taman magis dan ajaib dan fantastik yang mencabar imaginasi pengunjung, katanya.
“Keluarga sentiasa mencari sesuatu yang berharga untuk anak masing-masing selain masa berkualiti, dan berdasarkan tujuh kawasan bertema, dengan lebih 40 kembara yang memberi keseronokan, kita yakin ramai akan mengunjunginya,” katanya.
Sehingga kini, lebih 45,000 pas tahunan, yang sah sehingga 2013, telah dijual, kata Boerst.

Legoland Malaysia dibangunkan oleh Kumpulan Merlin Entertainments, firma pembangunan taman tema kedua terbesar di dunia, menandatangani perjanjian dengan Iskandar Investment Bhd pada Disember 2008. – BERNAMA
1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......
Aksi Liyana Jasmay Beraya di Kota New York | Artis Beraya - Pelakon dan penyanyi tanah air, Liyana Jasmay terpaksa beraya di New York, Amerika Syarikat. Ianya kerana mengambil kursus jangka pendek dalam bidang pengarahan dan lakonan selama enam bulan di New York Film Academy (NYFA).
Liyana Jasmay akan menatap gambar-gambar tunangnya di samping gambar terbaru sanak saudara yang dihantar melalui talian untuk menghilangkan sedikit rasa rindu.

ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press. Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.
Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus. Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.
Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga. - Kosmo! Online
 |
| Seorang lelaki China, Sun Meng, 25, yang ditangkap sedang bermadu asmara bersama kekasihnya bertindak melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas dikejar suami wanita tersebut, lapor sebuah akhbar semalam. Foto bogel Sun Meng kemudian dihantar untuk siaran sebuah laman web komuniti tempatan (tarikh sebenar kejadian tidak diketahui). |
Dipetik daripada blog Ibnu Hasyim, berikut antara sebab berlakunya kecurangan dalam kalangan isteri:
- Balas dendam: Mungkin sebelum ini pihak suami telah curang. Jadi mereka ingin membalas dendam supaya lelaki pun merasai apa yang dirasa.
- Menghilangkan stress: Tekanan-tekanan yang dihadapi di rumah/tempat kerja diluahkan dengan cara ini. Mendapatkan cinta baru yang lebih sensasi.
- Perasaan terhadap suami/kekasih telah berubah: Semakin lama semakin kurang perasaan cinta pada suami. Jadi isteri mengembalikan rasa cinta yang telah pudar kepada orang lain.
- Seks yang membosankan: Tempoh bersama yang lama menyebabkan isteri sudah boleh membaca rutin seks suami. Jadi tiada kejutan dan semakin hari semakin membosankan.
- Berbeza minat dan cara: Wanita suka melakukan sebarang aktiviti bersama pasangan. Apabila pasangan berlainan minat dan cara, mudah untuk wanita jatuh cinta kepada lelaki lain yang punya minat dan cara sama.
- Mengembalikan perasaan muda: Umpama jatuh cinta kali kedua selepas dikecewakan.
Harapnya teman-teman yang sudah dan akan berumah tangga tidak berhadapan dengan masalah ini. Fikir-fikirkan akibatnya kepada orang lain terutama suami dan anak-anak. Ucapan tulus ikhlas dari saya, orang bujang. hehe...
Sumber
Siapa sangka pelakon Siti Saleha yang popular menerusi drama Nora Elena di tv3 dulu mempunyai adik perempuan yang comel seperti dirinya
Dia berketurunan Inggeris dan Melayu, memiliki darah Inggeris daripada ibunya, Tracey Johnson atau Aishah Rahman yang mengahwini ayahnya, seorang lelaki penuh kemelayuan, Mohd. Baharom
Siti Saleha merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Adik kepada Sam Bunkface ini menunaskan bakatnya ke dalam dunia peragaan dan komersial sejak berusia 12 tahun
Semenjak berjaya membawa watak yang menyentuh hati dalam drama terbitan stesen TV3, nama Siti Saleha semakin melonjak naik.
Siti Saleha lebih gemar menumpukan bakatnya dalam dunia lakonan manakala Sam hanya melalui bidang nyanyian.
Apa yang tidak diketahui ramai, rupa-rupanya, Siti Saleha dan Sam juga mempunyai seorang lagi adik.
Adik mereka, Siti Rohana juga mempunyai raut wajah yang cantik dan putih seperti Siti Saleha.
Sesuailah dengan diri masing-masing yang merupakan anak kacukan memandangkan ibu mereka berdarah orang putih.
Kalau abang dan kakak terlibat dalam dunia seni tanah air, Siti Rohana juga tidak terlepas peluang untuk mencuba nasib sebagai anak seni.
Siti Rohana telah memilih untuk mengikut jejak langkah kakanya untuk menjadi pelakon.
Buktinya, dia telah terbabit dalam drama ‘Spagetti Kuah Lodeh’ terbitan saluran Astro untuk tayangan Hari Raya Aidilfitri, beberapa hari yang lalu.
Nampaknya, seorang demi seorang adik-beradik keluarga Sam Bunkface bergelar sebagai seorang artis.
Semoga perjalanan seni Siti Rohana bersinar seperti mana kakak dan abangnya.
Tip2 Modifikasi Motorsikal Kupcai
Yang Dibenarkan dan Tidak dibenarkan
1.Pemasangan Ekzos
Pemasangan ekzos motorsikal hendaklah ikut spec yang dibenarkan..Tidak boleh ubah suai silancer, atau tabung ekzos..Bunyi ekzos yang bising memekak telinga .terutama skali yang bunyi letup-letup sampai keluar api-api macam nak berperang.ade plak yang pipe dia mencanak mendongak kelangit.. Ade plak sekarang ni modifide masuk ekzos kereta kat motorsikal..Ade plak double ekzos macam superbike tapi kapcai jer.. Tapi kalo nak try pakai jugak..buat ujian di jabatan Alam Sekitar dan pengesahan puspakom..rasanya memang tak leh lepas la..tp ekzos yoshimura made in japan yg mahal tu mungkin bleh lepas, kalau korang boleh dapatkan surat dari Puspakom..Cubalah korang mintak...
2.Pemasangan Coverset
Penukaran coverset dibolehkan, diluluskan dan tidak perlu surat kebenaran JPJ.Tetapi Coverset yang ditukar perlulah tidak mengubah ciri-ciri dan bentuk asal motorsikal tersebut..Jangan kita sendiri tengok sampai tak kenal dan cam motorsikal.. jauh sangat lari dari bentuk asal..,kalau nak ikutkan spac warna kena sama dalam geran..kalo standet warna Oren,coverset yang nak tukar tu mesti ada dominan warna oren jugak la..jangan hilang trus warna oren ..
3.Pemasangan Footrest
Pemasangan footrest adalah dibenarkan..tak kira la brand RB ke..X1R ke..yoshimura ke..pakai je..tak salah..diluluskan dan tidak perlu dapatkan kebenaran JPJ.Setakat ni rasanyer de masalah rasanya kalau pakai footrest racing ni. polis tak tahan punye. kalau tahan pon maybe dorang nak tengok je kot. ye lahhh diorang jakun sikit tengok benda-benda pelik cam ni...
4.Pemasangan Brake Disk
Pemasangan disc brake belakang adalah dibenarkan..tidak perlu kelulusan JPJ..pastikan disc yang dipakai tidak besar gaban dari size disc belakang 125z. ape-apa pattern pun tak pe..tak kisah lahh.. Cuma mungkin ade keburukan penggunaan modified brake disc ni..kalau modfide pakai disc brek belakang, memang brek belakang susah nak pakai tak berapa cengkam bila brake emergency mesti telajak.tekan-tekan pedal brake pun tak mau berhenti..kadang tu bila tekan melekat sangat plak sampai membuang belakang..
5.Pemasangan Lampu Berwarna

Penggunaan lampu berwarna (contohnya lampu warna biru/hijau/ungu/merah) di bahagian hadapan terutama jenis projector xenon punya..Pasalnyer cahaya dipancar amat silau yang sungguh terang-benderang, yang berwarna putih-pelepah sehingga menyakitkan mata kita itu, itulah kononnya lampu xenon, bila selisih jalan ngan orang guna lampu jenis ni naik pedih mata bila bertentang dengan cahaya lampu jenis ni.Lampu berwarna juga tak dibenarkan termasuk lah pada lampu kecil bawah signal .sila gunakan warna lampu standet mcm lampu besar..hanya lampu merah dibenarkan di bahagian belakang untuk lampu brek..
Lampu signal pula mestilah berwarna oren.Tetapi malangnya, pemandu-pemandu sekarang main pasang saja. Ada kuning, merah, biru dan apa-apa saja lampu yang mereka minati.
6.Penggunaan aksesori tambahan
Lain-lain tambahan aksesori tu dibenarkan asalkan tidak mengubah rupa asal dan ciri-ciri bentuk asal motorsikal tersebut.. dan diharapkan tidak membawa kepada merbahaya bila menunggang.. Cuma nak nampak cantik ajer kan...
7.Pengubahsuaian Enjin dan CDI
Apa yang anda mahukan? Kuasa? Kelajuan maksimum? Atau keterujaan? Sebarang pengubahsuaian yang boleh menambahkan kelajuan asal ( modified enjin dan bahagian lain) biar lebih power adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang JPJ...nanti Tak pasal-pasal kena sita pulak motor. Modifikasi sederhana seperti menukar CDI atau roler motor skuter kepada spesifikasi yang lebih baik supaya motor anda mempunyai kuasa tambahan yang berpatutan.sikit-sikit tu mungkin boleh kut..Tapi setengah tempat.. traffic tak benarkan tukar CDI standert ke CDI lain lahh... Modifikasi berat seperti menukar blok enjin motor anda yang telah rosak kepada blok enjin lebih baik. Ini memerlukan pengesahan dan kelulusan pihak penguasa terutama JPJ. Nombor enjin ketuk lagi lah salah siap kena sita lagi... boleh tidor dalam lokap lagi...
8.Pengubahsuaian Saiz Rim dan Tayar
pengubahsuaian saiz rim dan tayar dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan. maksudnya..jgn la terlalu kecil atau terlalu besar yang mana membahayakan penunggang itu sndiri. Di benarkan menukar rim biasa kepada rim sport atau menukar tayar betiub kepada tayar tanpa tiub...Jangan guna tayar sotong.Kalau tak silap tayar sotong ni dah tidak dibenarkan lagi penggunaannya oleh kerajaan kerana banyak keburukan dari kebaikan .Bayangkanlah di mana kuasa untuk kita membrek dengan tayar sotong?Sedangkan permukaan tayar yang menyentuh jalan amat sedikit sekali.Andai berlaku brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.Lagi satu penggunaan tayar bersaiz kecil akan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita.Cuma sotong ni adalahh sikit kebaikan: ringan , kecik & tayar putung air dan yang jelas lebih banyak keburukan: mudah pancit & layan corner bulih terbabas terusss pi lungkang...so sapa-sapa yg pakai tyr jenis ni pikirkan-pikir la.
9.Penggunaan Nombor Plat
Nombor Plat bukanlah untuk tujuan fancy atau kelihatan cantik.Nombor plat hendaklah dipamerkan di hadapan dan belakang kenderaan bermotor tersebut dalam kedudukan menegak pada plat segi empat, tulisan tak leh rapat-rapat,sampai hampir nak bercantum, tulisan jelas dan terang boleh dibaca.. papan plat hendaklah warna hitam dan tulisan putih.. tidak memantulkan cahaya, tulisan hendaklah dibuat timbul.. lagi satu kalau nombor tulisan tu kalau tanggal, hilang, tercabut atau patah pun boleh kena saman wo...
10.Penggunaan side mirror dan cover rantai
Tak ade side mirror kat motorsikal .. terang-terang salah.. Tapi sekarang ni ade yang jenis side mirror boleh lipat-lipat… kalau dah terlipat tak pakai memang ler kena saman, sama mcm tak pakai sidemirror tu. Lagi satu penutup cover rantai kalau tak pasang mesti korang kena saman punya lah.. bahaya kalau tak pakai mau kaki masuk dan tersepit celah rantai...
Sumber:::firestartingautomobil
Gambar Juliana Evans yang ditangkap semasa dia berparti dan clubbing bersama rakan-rakannya tersebar.
Makin hari, makin serupa pulak perangai artis ni dengan ahli Politik. Kuat betul diorang bersenam ye. Cuma cara diorang je yang berbeza.
Kalau dengan artis ni, diorang bersenam dengan mengunjungi kelab - kelab malam bersama rakan - rakan. Yang ni salah seorang lagi daripada mereka.
Sebelum ini nampak Juliana Evans ni cool je tak nampak pun macam sosial, anda nilaikan sendirilah. Jom layan gambar Juliana Evan yang seksi ni:
NAMA PENUH: Juliana Sophie Johari Evans
TARIKH LAHIR: 5 Julai 1989
ASAL: Petaling Jaya, Selangor
DARAH CAMPURAN: Inggeris (bapa) dan Melayu (ibu)
KELUARGA: Bongsu daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Pelajar tahun dua, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Sunway University College, Bandar Sunway, Petaling Jaya
DRAMA: Kami The Series, Ghost, Kasut Tumit Tinggi, Sayang Cendana (setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3) dan Cheritera (belum disiarkan)
FILEM: Kami The Movie, Hooperz, Adik Manja Returns (belum tayang) dan Halilintar (bakal menjalani penggambaran)
PENGACARAAN: E-Zone, Majalah Moral, Bintang Kecil Raya, Remaja dan Era TV (setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria)
KOMERSIAL: Tracia Eternal, Fair & Lovely, Nokia 2600 dan Clean & Clear





SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.
KONTROVERSI cinta tiga segi, kekasih baharu dan cinta lokasi, tak puas hati dengan kemenangan artis lain serta pergaduhan sesama artis sehingga melantik peguam, itu semua episod kisah panas yang mendidihkan nama Noor Neelofa Mohd. Nor.
Terbaru, si cantik molek yang sedang menghangatkan slot Akasia, Kau Yang Terindah di TV3 kini terpalit pula dengan teguran 'jangan lupa diri' oleh Datuk Yusof Haslam.
"Sebenarnya sejak lebih tiga bulan kebelakangan ini, terlalu banyak cabaran yang perlu saya hadapi. Macam-macam cerita yang tak kena, satu persatu ia datang dan orang nampak saya ini tidak habis-habis mencipta kontroversi.
"Semua itu buat saya terfikir, kenapa Tuhan tak berhenti beri ujian kepada saya, mesti ada sebab dan hikmah. Saya ambil semua itu sebagai satu amaran daripada Tuhan supaya menjadi lebih matang dan sedar di mana saya berpijak. Semua itu buat saya muhasabah diri, mungkin selama ini saya ada buat salah," kedengaran sedikit sayu suara pengacara Nona itu dari hujung corong telefon.
Tambah Neelofa: "Kalau betul Datuk sakit hati dan marah dengan ketidakhadiran saya untuk sesi pratonton filem S.A.M yang diadakan pada awal Ramadan lalu, tentu saya sudah tidak senang duduk. Saya kenal rapat dengan keluarga Datuk yang saya bahasakan uncle. Saya memang tak tahu langsung dengan pratonton itu sebab sedang berada di Mekah untuk penggambaran drama Kau Yang Terindah. Mungkin berlaku salah faham. Mungkin pihak Skop Production menghubungi saya di nombor telefon lama, sedangkan telefon berkenaan ada di tangan pengurus saya, Amir Syafiq."
Setahun kebelakangan ini juga kata Neelofa, terlalu banyak yang dipelajarinya. Detik menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk umrah dan penggambaran bersama kru Erma Fatima baru-baru ini meninggalkan suatu impak yang berbekas di hati.
"Pandangan saya tentang kehidupan mungkin sudah sedikit berbeza. Haluan hidup sudah boleh dilihat dari banyak sudut. Saya toleh semula apa yang berlaku antara saya dan Anzalna. Rasa tak ada gunanya saya terus menyimpan dendam, dunia ini kecil dan esok lusa kami mungkin akan bertembung juga," katanya beralih ke topik yang beremosi.
Mengambil iktibar dan berkat sempena hari yang mulia, dengan rendah hati Neelofa membingkiskan salam kemaafan buat semua. Secara terbuka dia juga memohon maaf kepada mana-mana pihak dan individu yang terkait sama dalam konflik membabitkan dirinya.
"Saya mahu ambil peluang 1 Syawal ini untuk mohon maaf kepada semua pihak terutama orang dalam industri seni yang pernah terlibat dengan konflik yang melanda saya. Saya doakan kebahagiaan dan keberkatan untuk semua," ujarnya yang beraya di Pasir Mas, Kelantan bersama keluarga.

Sejurus habis penggambaran Kau Yang Terindah yang dijadualkan selesai pada 5 September nanti, heroin Azura 2011 itu sudahpun bersetuju untuk terlibat dengan sebuah lagi filem, Pilot Cafe terbitan Tarantella Pictures menjelang Oktober ini. Sepanjang September ini, duta tilam King Koil itu akan terlibat dengan kempen jalan raya bersama Petronas.
Jam tangan oleh C3H5N309 yg diberi nama Experiment ZR012 di inspirasikan dari rotary atau wankel engine. Pergerakan mekanikal pada jam ini juga bergerak seperti rotary engine. C3H5N309 adalah eksperimen diusahakan oleh Maximilian Büsser dan Serge Kriknoff dari MB&F partners berganding bahu dengan Felix Baumgartner dan Martin Frei dari URWERK. Harganya?? US$114,000..!!