• Home
  • Umum
  • Hiburan
  • Ekonomi
  • Jawatan Kosong
  • Info
  • Petua
  • Dunia
  • InfoSihat
  • santai
  • About Me
Anda Disini : Home »

PAKAR Islamologi asal Amerika Serikat, Mark A Gabriel, sudah melakukan penelitian terhadap foto-foto cincin milik presiden Amerika, Barack Obama, yang belakangan beredar di internet.
Menurut analisanya, ukiran dari cincin yang selalu dikenakan Obama di jari manis tangan kirinya itu benar bermotif kaligrafi lafadz syahadat.

“Saya menyimpulkan bahwa ukiran yang terdapat dalam cincin itu adalah kalimat pertama syahadat,” kata Gabriel.

Gabriel menjelaskan bahwa kaligrafi kalimat ‘La Ilaha Illallah’ pada cincin Obama tersebut terbagi dalam dua bagian. Di bagian atas, tertulis huruf Arab Lam, Alif, Alif, Lam, dan Ha yang dibaca dari kanan ke kiri. Susunan huruf tersebut membentuk frasa ‘Laa Ilaaha’ yang artinya ‘Tidak Ada Tuhan’. Sepeerti yang dilansir Vivanews.

Lalu di bagian bawah terukir huruf Alif, Lam, Alif, Alif, Lam, Lam dan Ha. Susunan huruf-huruf tersebut membentuk frasa ‘Illa Allah’ yang bermakna ‘Selain Allah’. Lafadz ‘Allah’ ditulis secara parsial di atas kata ‘kecuali’.

Jika kedua bagian tersebut dibaca secara sambung maka akan terbentuk kalimat ‘La Ilaha Illallah’ yang bermakna ‘Tiada Tuhan Selain Allah’.

“Adalah suatu hal yang lumrah dalam seni Islam dan kaligrafi Arab untuk menuliskan pesan-pesan Alquran dalam perhiasan. Huruf-huruf tersebut juga biasa dibuat tumpang tindih agar pas dengan ruang yang ada,” ujar Gabriel.

Selain itu, menurut para ahli bahasa Arab dan Islam, Obama telah mengenakan cincin tersebut selama lebih dari 30 tahun.

Artis Wanita Guna Dress Transparent Di Malam Anugerah | Sumber menyatakan artis China ini cuba mengambil perhatian orang ramai dan mungkin juga ingin mendapat publisiti.


Syarikat gergasi teknologi, Apple, yang sebelum ini merahsiakan penghasilan produk terbaru akan mengadakan sidang media pada 23 Oktober di California bagi pelancaran model iPad yang lebih kecil dan murah untuk dimiliki.

Menurut sumber, Apple telah menghantar e-mail kepada media seluruh Amerika Syarikat dengan mesej ringkas, “Kami masih mempunyai sesuatu untuk dikongsi bersama. Dijemput untuk bersama kami di California Theatre, San Jose pada 23 Oktober, jam 10:00 pagi.” September lalu,

Apple telah melancarkan produk terbaru iPhone 5 secara rasmi yang mendapat sambutan memberangsangkan, namun pada 23 Oktober ini pihak media yang menerima email beserta rekabentuk logo pelangi membayangkan syarikat tersebut telah bersedia untuk melancarkan produk mini tersebut. Berbagai laporan di media menyebut produk rahsia ini bakal memperkenalkan versi tablet yang lebih kecil, dengan saiz sekitar 7- atau 8-inci berbanding dengan iPhone 5 dengan skrin berukuran 10 inci.

Walaubagaimanapun, Apple tidak memberikan komen serta reaksi mengenai produk terbaru ini sekalipun media telah melabelkannya sebagai “iPad Mini.” iPad yang lebih kecil membolehkan Apple untuk bersaing bagi menguasai pasaran tablet bersaiz kecil seperti Amazon’s Kindle Fire dan Google’s Nexus 7, sekaligus melonjakkan jualan yang semakin didominasi oleh Amazon dan Google.
Dalam laporan lain turut menyebut Apple juga bakal melancarkan produk terbaru termasuk MacBook Pro 13 inci dengan “retina display” serta Mac Mini yang telah dinaiktaraf.

Berita baik bagi pengguna Android.., satu aplikasi telah dicipta oleh warga Malaysia yang membolehkan peranti android korang mengesan lokasi kamera AES berada..

Aplikasi ni akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta korang sewaktu memandu di lebuhraya..

Dan aplikasi ni juga akan membunyikan signal amaran sebaik saja kereta korang memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut..

Yang paling best.., aplikasi AES Detector ni FREE je beb.. Dan ia bukan di sponsor oleh Yahudi macam yang SUARAM dapat tu..


Satu perkara yang perlu korang tahu.., aplikasi ni menggunakan sepenuhnya aplikasi GPS yang ada dalam handphone atau tablet android korang..

Maknanya, tanpa GPS diaktifkan serta mempunyai signal yang kuat.., aplikasi AES Detector ni tak berkesan beb..

Dan of course la korang perlukan handphone atau tablet android untuk pasang aplikasi ni.. Kalau takat handphone Nokia cap ayam, memang tak boleh punya..

Err..., pengguna Blackberry pun tak boleh pakai aplikasi ni sebab jenama tu tak sokong sistem android.. Rugi betull!!

So.., terima kasih pada Kevin Chua yang cipta AES Detector ni.. Korang boleh download aplikasi ni didalam Play Store/Google Play dari handphone/tablet korang..

Harapnya, aplikasi ni dapat membantu korang dan gua untuk elakkan diri dari kena saman AES di lebuhraya..
Keberanian wanita-wanita ini untuk menjadi model pelukis melakari bentuk tubuh mereka dalam keadaan bogel amat mengejutkan.Dihadapan khalayak ramai dengan selamba mereka berbogel untuk menjadi model lukisan.Akan tetapi semua ini tidak berlaku di Malaysia.Sebelum ini kami ada membuat posting tentang wanita berbogel sebagai model lukisan di Bali.Macam-macam cara untuk mengatkan ini adalah seni.Apa-apa je lah.




Jika kita lihat bebola mata gergasi ini, ia seolah-olah seperti mata ikan. Namun saiz yang agak luar biasa telah mendatangkan pelbagai andaian daripada semua pihak. Ia sememangnya amat mengejutkan dengan bentuk yang agak pelik dan bersaiz besar.
Mana tidaknya kemunculan bebola mata gergasi berwarna biru di pantai Florida Selatan telah mencetuskan tanda tanya banyak pihak selepas gambarnya dimuat naik ke dalam internet. Jom lihat gambar di bawah ini. Pembantu profesor untuk program sains marin di Universiti Antarabangsa Florida, Heather Bracken-Grissom berkata, hasil pemerhatian awal mereka mendapati objek misteri itu mungkin spesies sotong yang hidup di laut dalam atau ia adalah spesies ikan todak yang besar.

Difahamkan, bola mata gergasi itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan semasa dia bersiar-siar di sepanjang pantai Pompano utara Fort Lauderdale pada Rabu lalu. Menurut Heather, perubahan suhu dunia turut memberi kesan kepada laut dan keadaan tersebut mungkin telah menyebabkan kemunculan beberapa spesies hidupan laut dalam yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pesisir pantai. “Kanta bebola mata objek misteri itu menyerupai bentuk mata sotong di laut dalam.Ia boleh membesar seperti saiz sebuah bola sepak.
Misteri bola mata gergasi tersebut akan terjawab selepas kami selesai menjalankan kajian ke atasnya di Institut Penyelidikan Hidupan Liar dan Akuatik Florida di St Petersburg,” jelasnya. Andaian tepat yang dibuat setakat ini berkemungkinan bebola mata gergasi tersebut datangnya dari haiwan hidupan laut dalam. Namun sememangnya kehadiran bebola mata gergasi ini mengejutkan ramai pihak kerana ia bukan sahaja bersaiz besar malah dikatakan mirip seperti mata dinasour pula. Hai, pelik.. Wallahua’alam.
Sumber:Melayukini.net
Gambar sewaktu Norish Karman berada di sebuah wad hospital swasta. Norish Karman telah menerima rawatan ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ kerana mengalami derita kekoyakan di bahagian ‘spine disc’ dan tisu.

Menurut Norish Karman atau lebih mesra dipanggil NK, berita tersebut adalah benar dan dia telah selamat menjalani pembedahan kecil pada Selasa lalu di salah sebuah hospital swasta.
“Sekarang ni NK dalam pemulihan dan buat masa sekarang masih lagi duduk atas kerusi roda supaya tak bagi tekanan pada tulang belakang. NK pun sedang jalani terapi selama 4 kali seminggu dalam 4 minggu ni.”


“Insyallah lepas ini takkan lumpuh dan akan boleh berlari. Cuma selama 6 minggu ni kena berhati-hati dan rajin pergi terapi. NK pun tak boleh langsung angkat barang berat. Tapi masalahnya, anak-anak sangat rapat dengan NK. Sampaikan setiap hari nak kena angkat mereka semua dari baby Haq sampai la anak yang sulung, Armany, 13 tahun” ujar NK sewaktu dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.
Setelah menjalani pembedahan tersebut, NK akui dirinya masih lagi tidak sempat berehat. Selama lima hari berada di hospital, NK dikatakan sudah mula jalani penggambaran drama bersiri ‘Julia’ yang sedang di tayangkan di Slot Akasia TV3.


“Lima hari dekat hospital belum sempat lagi berehat. Komitmen terhadap kerja amat diutamakan. Rezeki dari Allah, semua ini juga Allah yang izinkan. Pasti juga Allah akan beri NK kekuatan untuk hadapi semua ini.”
Apabila diajukan soalan, tidakkah selepas ini NK akan berisiko untuk menghidapi penyakit yang sama? Lantas pelakon ini menjawab, “Apa yang NK lalui boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ini adalah disebabkan tekanan pinggang belakang. Berhati-hati dan terapi sahaja yang bolah mengelakkan diri NK dari tidak terkena penyakit macam ni.”
“Alhamdulillah, NK dah dapat mengandungkan 6 orang anak baru dapat penyakit ini. Kalau tak, mungkin payah untuk laluinya. Allah maha besar,” ujar Norish Karman panjang lebar.
Gambar-gambar silam Hanez Suraya yang telah menimbulkan kontroversi.


Sepuluh tahun tempoh terpaksa ditempuh aktres Hanez Suraya untuk mendapat tempat tersendiri dalam industri seni.

Dalam kesyukuran setelah mendapat perhatian bukan sahaja dari penerbit dan pengarah malahan dari peminat industri hiburan, namun Hanez terpaksa akur ada harga yang perlu dibayar selepas namanya mula dikenali.


Hanez Suraya


Penyebaran gambar-gambar silamnya!

Tidak melatah atau tertekan dengan penyebaran gambar tersebut, Hanez bagaimanapun mengakui kesal kerana gambar berkenaan sudah berulang disiarkan sejak tiga tahun lalu.

“Saya akui wanita dalam gambar tersebut adalah diri saya dan gambar tersebut diambil kira-kira lima tahun lalu. Seperti yang saya sudah jelaskan berulang-ulang semenjak tiga tahun lalu, lelaki yang ada di dalam gambar itu adalah kawan-kawan rapat saya.

“Setiap orang pernah membuat kesilapan dan saya juga begitu, ketika itu saya masih muda, darah muda dan pergaulan agak bebas. Tapi apa saya kesalkan, gambar tersebut telah tersebar sejak tiga tahun lalu dan setiap tahun, isu gambar tersebut akan dimainkan.

“Saya juga dah penat beri penjelasan berulang kali. Apa yang ingin saya tegaskan kini, saya tak lagi buat perangai lama. Saya harap isu berkaitan gambar ini dihentikan kerana saya tidak mahu ia menjejaskan periuk nasi saya,” ujarnya.

Hanez berkata, dek kerana isu berkenaan sudah dimainkan berulang kali, dia sudah semakin lali dan kuat.

Walaupun sedikit sebanyak memburukkan nama dan kariernya yang kini sedang berkembang, Hanez berkata, dia tidak terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mula-mula menyebarkan gambar tersebut.

“Selagi tidak beri impak negatif pada karier saya, saya memang tak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang. Lagipun saya tak tahu pada siapa perlu saya saman,” katanya.

Awi, peminat memahami

Hanez berkata, dalam mengharungi dugaan ini, dia amat bersyukur kerana keluarga, kekasihnya, Awi Rafael dan peminat begitu memahami dan banyak memberi sokongan.

“Isu berkaitan gambar ini sudah diketahui keluarga saya, Awi sendiri dan juga keluarganya. Malah saya cukup bertuah kerana peminat tidak pernah menyalahkan saya dan sentiasa memberi sokongan padu.

“Awi juga percayakan saya. Sejak kami mula berkawan, dia sudah dimaklumkan mengenai perkara ini. Kami memang saling memberi sokongan. Jika sebelum ini Awi dilanda kontroversi, saya banyak memberi semangat padanya.

Kini tiba giliran saya pula dan dia pun memainkan peranan yang sama,” ujarnya.

Menyentuh mengenai adegan bercium pipi dengan aktor dari seberang, Randy Pangalila, menerusi lakonan Dalam Hati Ada Taman arahan Michael Ang dan Amor Razin, Hanez berkata dia sebenarnya tidak mencium pipi Randy dan ia hanyalah teknik kamera sahaja.

“Mengenai babak cium itu juga, Awi sudah sedia maklum dan dia tidak cemburu. Rasanya tidak perlu memperbesarkan babak itu kerana saya tidak cium dia betul-betul dan hanya teknik kamera.

“Menerusi drama tersebut, saya membawa watak sebagai tunang Randy;” jelasnya.

Mula berlagak diva?

Dalam keriuhan mengenai isu gambarnya, Hanez sekali lagi diduga apabila dikatakan bersikap sombong dan tidak bertegur dengan bintang rock, Amy Search ketika di belakang pentas semasa Anugerah Blockbuster.

Mengakui sedikit terkejut apabila Amy bertindak meluah perasaan dalam laman sosial Twitter milik penyanyi itu, Hanez bagaimanapun tidak melatah dan segera memohon maaf.

“Saya mendapat tahu mengenai perkara ini menerusi kawan-kawan dan terkejut juga pada mulanya. Kalau ikutkan saya tegur semua orang ketika berada di belakang pentas.

“Cuma saya segan nak tegur abang Amy. Tapi jika abang Amy terasa, saya mohon maaf kepadanya. Saya tak ada niat nak berlagak atau bersikap sombong.

“Malah, saya juga bukan seorang yang sombong. Jika orang kenal saya, mereka tahu saya macam mana. Apa-apa pun jika ada yang rasa saya sombong saya mohon maaf. Mungkin kerana muka saya nampak sombong, tapi
saya bukan orang yang sebegitu,” terangnya yang kini sedang menjalani penggambaran drama Dendam Pecinta.

Hanez juga akan sibuk di lokasi drama bersiri terbitan RTM berjudul Bunga-Bunga Kemboja yang turut menampilkan pelakon seperti Ako Mustapha dan Cristina Suzanne.

OLEH NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA

Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin.
Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).

Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina.

Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia.

Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.

"
Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus," kata Migliorini.

"
Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur," tambahnya.

Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.

Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.

Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.

Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.

Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.

Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks.
Seorang wanita menjadi ibu pertama di Britain melahirkan anak kembar tiga kali. Kejadian itu dianggap ganjil kerana kemungkinan ia berlaku adalah satu dalam setiap 500,000.Keeva dan Ceira, dilahirkan Jun tahun lalu oleh Sara Jones, 33, dari Southport, Merseyside.

 Kelahiran pasangan kembar itu meningkatkan jumlah anak Sara kepada 10 kerana dia juga mempunyai empat anak lain.Keluarga itu menerima bantuan lapan pain susu dan dua buku roti sehari di samping dua bungkusan besar lampin seminggu.Meskipun mempunyai keluarga yang besar, Sara yang mempunyai adik kembar seiras berkata, kediamannya adalah lebih daripada normal.

 “Bagi kebanyakan keluarga, mempunyai anak kembar adalah sesuatu yang luar biasa. Tetapi bagi saya, adalah sesuatu yang ganjil apabila saya tidak melahirkan anak kembar,” katanya kepada akhbar Sunday Mir- ror.Kisahnya bermula 10 tahun lalu apabila dia melahirkan Liam dan Niamh.

 Sara kemudian berpisah dengan bapa kanak-kanak itu, Rhys, sebelum menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya sekarang, Craig Morgan, 31.Pada 2010, dia sekali lagi melahirkan anak kembar, Shay dan Aoife, yang kini berusia dua tahun.Wanita itu juga mempunyai anak lain sebelum itu, Brogane, 16, Siobhan, 13, Calam, 12, dan Sean, empat.

 “Sebahagian keluarga gagal memperoleh anak. Saya melihat setiap kelahiran anak saya itu sebagai rahmat,” katanya.Walaupun kelahiran kembar kedua agak menyulitkan kehidupannya, tetapi menjelang kelahiran Keeva dan Cerira, Sara berkata, dia sudah tahu ‘apa yang dilakukannya.’

 Namun, ia bukan tugas mudah. Craig, pembuat perabot, tidak bekerja sementara bagi Sara, membesarkan anak adalah tugas sepenuh masa. Sudah pasti ia sesuatu yang sukar untuk mencukupkan perbelanjaan pada setiap bulan.“Kami terpaksa berhati-hati berbelanja. Saya cuba mendapatkan semuanya dengan kira-kira 100 (RM500) seminggu. Tetapi, setiap hari saya ke pasar raya, saya terpaksa menambah 15 (RM75) dalam perbelanjaan,” kata Sara.Menurutnya, memandangkan setiap anaknya unik, dia tidak menurunkan pakaian anaknya yang tua kepada adik mereka.“Dan saya berharap mereka semua akan menjaga saya apabila saya tua kelak,” katanya. -mymetro
Had Umur Kelayakan Dapat Rebat Telefon Pintar RM200 Dinaikkan: Had umur untuk layak mendapatkan rebat telefon pintar RM200 yang diumumkan baru-baru ini semasa pembentangan bajet 2013 bakal dinaikkan kepada 40 tahun selepas Datuk Seri Rais Yatim meminta kementerian mengkaji semula syor tersebut.
 Menurut Datuk Seri Rais Yatim, pengumuman perdana menteri dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu telah menetapkan hanya golongan berusia antara 21 hingga 30 tahun berpendapatan kurang RM3,000 layak untuk menerima rebat. Walupun begitu, takrif untuk belia adalah golongan yang berusia 40 tahun ke bawah, kata Rais dalam satu sidang media hari ini. Menurutnya lagi, kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan mengemukakan syor berkenaan.
Semasa ditanya oleh pihak media, Rais memberitahu kementerian itu masih belum menetapkan kaedah untuk menyalurkan bantuan dalam Pakej Komunikasi Belia itu. Beliau diminta menjelaskan kaedah tersebut disebabkan timbul kebimbangan bahawa bantuan itu akan disalahguna.
“Pengalaman macam ni memang Izara tak akan lupakan. Dah la kena tendang lepas tu kena tumbuk pula dekat muka. Sakit tu memang la sakit sebab kena betul-betul.”

Izara Aishah - Balun
Begitulah apa yang diperkatakan Izara kepada kami sewaktu di temui baru baru ini di Taiping. Tapi jangan bimbang kerana ini semua hanyalah kerana komitmen terhadap watak yang dibawanya dalam filem terbaru arahan Bob Singah iaitu Balun.
Tambah Izara yang kami temui di lokasi pengambaran Balun di Taiping menjelaskan jika seorang pelakon itu melakonkan watak seperti yang terdapat dalam filem aksi seperti Balun ini sudah tentulah perkara-perkara seperti berikut boleh terjadi secara tidak sengaja.

Izara Aishah - Balun
“Perkara macam ni Izara kena hadapi. Tak boleh la nak complaint sangat kalau kena pukul & tendang betul-betul sebab nama pun filem aksi. Lagipun rasa bersyukur sangat dapat berlakon dalan Balun sebab ini adalah watak yang memang Izara idamkan.” Ujarnya
Memegang watak sebagai Nurul Ain anak kepada guru silat Izara memaklumkan hampir 2 bulan dia berlatih silat semata mata mahu membiasakan dirinya dengan seni mempertahankan diri ini.
Tambahnya lagi “Ini bukan silat main-main, ini memang silat betul, Izara belajar silat tu sampai rasa seperti sudah menjiwainya. Mula-mula memang susah belajar silat ni sebab ‘bunga-bunga’ dia lembut, Izara pulak jenis keras. Tapi Alhamdullilah hasil tunjuk ajar guru silat kemahiran Izara ada peningkatan. Lagipun pun Izara memang minat martial arts ni sejak dari kecil dan pernah belajar Muay Thai masa umur 16 tahun sebelum berhenti sampai sekarang.”

Izara Aishah - Balun
Tegas gadis manis ini juga penglibatanya dalam martial arts bukanlah semata-mata atas faktor lakonan sahaja, tetapi adalah suatu bidang serius yang ingin diceburinya. Tambahnya lagi, ini kerana atas faktor ingin mempertahankan diri jika keadaan memerlukan pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran.
Filem Balun merupakan lakonan pertama Izara dibawah arahan Bob Singah. Menurutnya lagi Bob Singah adalah pengarah yang paling lembut yang pernah dia berkerja. Ujarnya “Maksud lembut tu dia seorang yang baik hati dan tak ada marah-marah sangat. Lagipun apa juga pertanyaan Izara dia akan jawap tanpa ada sebarang rungutan”
http://buahmulut.com
Mahukah anda melepaskan anak-anak kecil di bawah jagaan pengasuh lelaki? Apa kata berubah angin dengan memberi peluang kepada golongan pengasuh lelaki menjaga anak-anak semasa anda keluar bekerja. Seorang pemuda Michael Kenny, 18, nekad mengikuti kelas asuhan kanak-kanak yang sebelum ini hanya melibatkan golongan wanita di Britain.

 “Selama ini, saya hanya bergelumang dengan dunia sukan ragbi, langsung tidak pernah masuk ke dapur rumah dan hanya memanaskan makanan di dalam ketuhar pemanas sahaja. “Malah tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa ada pekerjaan mengasuh selain ia wujud dalam filem dan drama bersiri,” kata Michael.

Namun pemuda itu kini bergelar bakal siswazah di institut berprestij Kolej Norland dalam bidang asuhan kanak-kanak dan telah memecah rekod tradisi gender yang dipegang kaum wanita sejak 120 tahun lalu. Pada akhir pengajiannya, Michael akan bergelar sebagai pengasuh elit yang hanya akan mengasuh anak-anak kerabat diraja, bintang-bintang terkenal serta kaya di Miami, Geneva dan Los Angeles dengan gaji sebulan £50,000 (RM248,048).

Selain menghabiskan pengajian selama empat tahun di dalam kelas yang majoritinya adalah wanita, Michael tidak menganggap pekerjaan yang bakal dilakukannya itu adalah tugas kaum hawa sahaja serta tidak berstandard. -The Mail

Terkini

Loading...

Blog List

  • borak kosong
    Gwyneth Paltrow, Wanita Tercantik Sejagad yang Punya Masalah Bau Badan - [image: img] *ist.* Masalah bau badan boleh menyerang siapa saja, tak terkecuali selebriti dan wanita paling cantik sejagad versi majalah People, Gwyn...
    13 minutes ago
  • Informasi Malaysia Kini
    Luar Biasa! Kupas Kulit Kelapa Hanya Guna Gigi (Foto) - *Luar Biasa! Kupas Kulit Kelapa Hanya Guna Gigi (Foto)* | *Kupas kulit kelapa* pada zaman kini dilihat semakin mudah apabila pelbagai teknologi…mula diperke...
    2 hours ago
  • Aku Stress Giler
    Cool : Pulau Baa Atoll, Lokasi Untuk Anda Lupakan Kerja Sibuk Anda (10 Gambar) - Pulau Baa Atoll, Lokasi Untuk Anda Lupakan Kerja Sibuk Anda. Anda sibuk dan pening dengan kerja anda? Anda ingin rehat dan tak tahu mana nak pergi? The Ba...
    8 hours ago
  • ! TAO TAU AJER
    BIAR BETUL? - Bahasa Arab Merupakan Bahasa Ke-2 Di Australia? - *TAOTAUAJER* - Bahasa melambangkan bangsa.. bagi kita di malaysia bahasa malaysia ,bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti ke...
    9 hours ago
  • KuraKura Dot My
    VIDEO NAJWA LATIF BERLAKON FILEM PENDEK - VIDEO NAJWA LATIF BERLAKON FILEM PENDEK | Jom lihat bagaimana artis yang baru meningkat naik iaitu najwa latif yang berlakon dalam filem pendek ‘I Love u’ ...
    9 hours ago
  • Bila Jejari Menari
    Betulkah Pemandu Wanita Cemerkap Bawa Kereta???? - Korang pernah dengar perkataan *cemerkap*? Cemerkap ialah perkataan dialek Utara bermakna tak berhati-hati, tak cermat, lalai, cuai, tak cekap....pendek k...
    11 hours ago
  • Informasi Dot My
    Pegawai Kanan Tabung Haji Ditangkap Khalwat - GEORGETOWN – Naluri seorang suami terhadap perlakuan sumbang isterinya berjaya dihidu lalu memberi maklumat sehingga berjaya ditangkap ketika bersama ra...
    1 day ago
  • beautifulnara.com/feed/
    Saya Sekarang Dah Ready Nak Bergelar Isteri – Tasha Shilla - Yeah ~~ Berita baik buat Mahali Jasuli terutamanya dan lelaki-lelaki di luar sana yang meminati Tasha Shilla amnya. Si gadis manis ini sudah melafazkan kes...
    1 day ago
  • Blog Bulan Purnama
    [IKTIBAR] Ku Sangka Dia Orang Gila - Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Teren...
    1 day ago
  • BERNAMA
    Am : Nombor Pendaftaran WP Kuala Lumpur Baharu Bermula W1A - Hishammuddin - PUTRAJAYA, 23 Mei (Bernama) - Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baharu iaitu W (nombor 1 s...
    2 days ago
  • ! SUFFER8ZINE TERRITORY !
    Drama Karlos TV3 Episod 1 Hingga Tamat - Drama bersiri Karlos dilakonkan barisan pelakon berbakat seperti Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Namron, Sherlie Merlis, Azhar Sulaiman, Leez Rosli, Elmy...
    3 days ago
  • Segalanya Disini. . .
    Чтобы учить английский - Нужно учить английские фразы. Это аксиома.
    2 months ago
  • Johan Rakyat
    Kegunaan 'Page Break' dalam Microsoft Word 2007 - Biasa kalau korang buat assignment or paperwork, bila jumpa situasi macam gambar kat bawah ni, korang buat apa? Mesti masih ada lagi antara korang yan...
    4 months ago
  • cer citer
    Anne Ngasri Sering Rasa Mual Dan Loya, Harap Sudah Berbadan Dua - Anne Ngasri melalui* mStar Online* hari ini mengakui dia mula merasa mual dan loya sejak kebelakangan ini dan tidak menolak kemungkinan dia sudah berbadan ...
    4 months ago
  • Hot Info Gallery
    Gambar pelakon seks yang paling cantik di dunia - Inilah pelakon seks yang paling cantik di dunia, dikenali sebagai Candace Cage, berumur 22 tahun dan berketinggian 1.63cm. Gadis ini dilahirkan pada 8 Ogos...
    4 months ago
  • ! !!JoSrEvAlUtIoN!! !
    INSPEKTOR LAPAR SEKS DISIASAT KERANA MENCABUL ISTERI ORANG - INSPEKTOR LAPAR SEKS DISIASAT KERANA MENCABUL ISTERI ORANG | SEREMBAN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang...
    5 months ago
  • Up To Mu | Blogger Malaysia | Blog Uptomu
    Konvokesyen Tadika Di Gaza Yang Sangat Brutal - * admin memang harap ini bukan benar tetapi nampaknya agak real pula..hihi* * dengar-dengar semua budak ini dipaksa untuk membuat sedemikian.* * * **...
    10 months ago
  • Klon Buaya
    Kantoi Tidak Pakai Seluar Dalam, Pad Terkeluar Bila Datang Haid - Pad yang dipakai tidak sesuai dengan saiz agaknya dia pakai. Sampai tersembul keluar pad.Kurang pasti lah bagaimana cara pakai pad. Apakah bila pakai pad m...
    10 months ago
  • eh berita
    Pages Hina Agama Islam - Hacker Malaysia Harap Buat Tindakan ! - assalamualaikum ... sasiape yang ade kepandaian hacker tu .. harap hack pages haram jadah ni segera !!!! admin ada printscreen post DEKAT pages tu yang m...
    1 year ago
  • Gerakan Anti Anwar
    Kelab 'TIBAI' mahu lawan Anwar di PRU13 - [image: Sebahagian penyokong wanita kelab Tibai. - Foto Sinar Harian oleh Rosli Talib] [image: Sebahagian penyokong kelab Tibai. - Foto Sinar Harian oleh...
    1 year ago
  • Terjah
    Terjah 10 Fobia Yang Paling Pelik Di Dunia - Definisi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah jenis2 fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyar...
    1 year ago
  • Padang Temusu Online
    Najib harap mansuh SBPA 'gembirakan' semua - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap langkah kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan hari ini, akan ...
    1 year ago
  • Faceberuk
    Ketika berita on air, janganlah duk main-main kat belakang. [beruktube] - *Awkward!* *Hahaha. *
    1 year ago
  • PING BUSUK RSS FEED
    KREATIF, PUNGGUNG DIJADIKAN KANVAS BUAT LUKIS - Ada-ada saja orang dalam menciptakan sebuah karya seni, salah satunya seniman yang berasal dari London ini, ia adalah Boyrade Messeger. Sang seniman mengg...
    43 years ago

Archive

  • ►  2013 (91)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (10)
    • ►  February (15)
    • ►  January (52)
  • ▼  2012 (442)
    • ►  December (14)
    • ►  November (14)
    • ▼  October (13)
      • Kalimah Syahadat di Jari Manis Obama
      • Artis Wanita Guna Dress Transparent Di Malam Anuge...
      • IPad Mini dari Apple
      • Terkini!! Program Pengesan AES untuk pengguna Andr...
      • Aksi selamba wanita berbogel dikhalayak ramai
      • Gambar Bebola Mata Gergasi Di Pantai Florida
      • Terkini Gambar Norish Karman di katil Hospital
      • Gambar silam Hanez Suraya yang telah menimbulkan k...
      • Pelajar Wanita Lelong Dara RM498,000
      • Ibu Pertama Tiga Kali Lahirkan Anak Kembar
      • Kelayakan Rebat Telefon Pintar RM200 Bajet 2013
      • Izara Aishah Kena Tumbuk Di Muka dan Di Tendang
      • Pengasuh Elit Terkaya
    • ►  September (33)
    • ►  August (45)
    • ►  July (30)
    • ►  June (25)
    • ►  May (33)
    • ►  April (12)
    • ►  March (89)
    • ►  February (88)
    • ►  January (46)
  • ►  2011 (134)
    • ►  December (16)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (13)
    • ►  March (19)
    • ►  February (27)
    • ►  January (46)
  • ►  2010 (77)
    • ►  December (34)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (13)
    • ►  August (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)

Popular

  • Bersetubuh Pelbagai posisi cara Islam
    1- BERSETUBUH DALAM PELBAGAI POSISI Blogpenyamun ,Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, ...
  • Gambar hot lucah Syahrini atas katil kamar
    Blogpenyamun ,Artis hiburan Indonesia, Syahrini telah report polis mengenai foto-foto gambar panas lucah bogelnya di laman web blog. Sejak...
  • Gambar Ceria Sekitar Hari Perkahwinan Anak Rosyam Noor
    Ahli keluarga Rosyam Noor telah pun bertambah dengan kehadiran seorang menantu lelaki. Anak perempuan mereka iaitu Arniesha Azureen telah p...
  • Tips & Petua Melambatkan Pancutan Air Mani
    Tips & Petua Melambatkan Pancutan Air Mani Berikut tip-tips yang boleh diikuti untuk melambatkan pancutan air mani. Hubungan seks ...
  • Teknik Membelai Buah Dada Wanita
    Tetek atau buah dada yang besar sememangnya digemari para lelaki. Pada kebiasaannya wanita-wanita berbuah dada besar dalam saiz 36 dan ke ...
 
#########

Daily Referrer

    www.e-referrer.com
Laman web directory Malaysian Topsites My Zimbio My Ping in TotalPing.com Free Auto Backlink Free Backlink! Ping your blog, website, or RSS feed for Free Blogged.my Blog Directory TopOfBlogs website analysis Backlink checker to blogpenyamun.blogspot.com
2010 Simplex Enews. All rights reserved.
Designed by SimplexDesign