Maksud sebenar Oppa Gangnam style!

Peminat lagu ini ingat sangat dengan melodinya, walaupun tidak semua orang mengetahui maksud disebalik lagu berbahasa Korea Selatan..Bagi mereka yang tidak memahami bahasa Korea, video muzik ini hanyalah video muzik yang kelakar atau video budaya kuning (sebab penyanyi ini ada pandang punggung perempuan seksi) atau just another youtube video.

Rupa-rupanya gaya Gangnam ini adalah merujuk kepada satu gaya hidup di tempat yang sangat mewah di Seoul yang mewakili $84 bilion kekayaan Korea Selatan pada 2010, mewakili 7% dari keseluruhan KDNK. Keluasan Gangnam ini cuma 15 batu persegi.

Muzik video ini merupakan satu kritikan sosial kepada gaya Gangnam yang mengejar kekayaan palsu. Di Korea Selatan, secara purata hutang kad kredit mencapai 155% disposable income dan setiap orang dewasa mereka mempunyai 5 kad kredit.

Antara lirik awal adalah merujuk kepada gaya hidup urban mengenai kopi. Lawak orang Korea antaranya adalah bagaimana wanita urban di Korea sanggup membelanjakan $2 untuk mi ramen tetapi $6 untuk minum kopi di tempat seperti Starbucks.

Sama tak macam gaya KL?

RM5 untuk nasi bungkus dan RM15 untuk menikmati Starbucks.

Dari sudut pemasaran, PSY Gangnam Style ini adalah sesuatu yang bersifat “purple cow”. Istilah yang digunakan oleh Seth Godin untuk sesuatu produk, servis yang remarkable.

Mereka yang suka cerita Korea, K-POP mesti sentiasa disajikan dengan watak-watak lelaki hensem, macho dan bergaya. Tiba-tiba muncul satu video Korea lain yang memaparkan seorang penyanyi yang secara fizikalnya tidak seperti artis Korea yang lain dengan gaya yang tidak macam KPOP.

Sumber: pakdi.net
Tags: , , , ,

About Me

Terima kasih Anda telah membaca tentang Maksud sebenar Oppa Gangnam style!
Rating: 100% based on 99998 ratings. Review by Blogpenyamun
Ditulis Oleh
Semoga informasi Maksud sebenar Oppa Gangnam style! memberikan manfaat bagi Anda. Salam Sukses