Artikel ini dipetik dari Harian Metro di mana Fasha Sandha mengatakan
dia tidak akan lagi mengejar populariti kerana sedang sibuk mengurus
rumah tangga.
Jalur populariti bukan lagi sesuatu yang mahu dikejarnya. Hakikat ini
kerana selama hampir sedekad bergelar anak seni, sudah terbukti dia
sudah mengecapi semua itu dan terus ada di hati masyarakat.
Penilaiannya
jelas melalui pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Pelakon TV Wanita
Popular pada 2005, 2006, 2010 & 2011 serta Pelakon Filem Wanita
Popular 2006 & 2007, dengan jumlah kemenangan semuanya enam trofi.
Sekali lagi, anak seni bernama Nur Fasha Sandha, 29, kembali cemerlang
tahun ini apabila berjaya membolosi senarai lima calon terbaik bagi
kategori Pelakon TV Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita
Harian 2012 (ABPBH12). Ia bakal berlangsung buat julung kalinya di
Stadium Putra Bukit Jalil pada 7 April nanti.
Berbeza dengan keinginannya dulu yang melihat kemenangan sebagai satu
bonus, persepsi wanita mesra disapa Fasha terhadap sesuatu kemenangan
mulai berubah malah bersedia melepaskan gelaran popular itu andai tahun
ini bukan lagi menjadi miliknya.


', '
']]}












