Walaupun berada nun jauh di Amerika Syarikat sana untuk melebarkan
sayap kerjaya seni beliau,
Lagu berjudul Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya
oleh Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan nama Yuna telah dinobatkan
sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang berlangsung di
Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad, 6 Januari 2013.
Lagu ciptaan beliau sepenuhnya, Terukir Di Bintang berjaya membawa pulang gelaran Lagu Terbaik (Tempat Pertama) di Anugerah Juara Lagu ke 27 yang berlangsung malam tadi.
Aizat Amdan yang di’beri kepercayaan untuk membawakan lagu tersebut
di pentas akhir malam tadi tidak mengecewakan walaupun mempunyai masa
singkat untuk membuat persiapan.
Dengan imej bermisai nipis sambil memegang secawan kopi, persembahan
bersahaja Aizat sememangnya akan dikenang dalam sejarah AJL ketika
mendendangkan lagu berirama indah tersebut.
Dengan kemenangan ini, Terukir Di Bintang berjaya membawa pulang wang
tunai RM35,000 beserta trofi. Ini juga adalah kemenangan kedua Aizat di
pentas AJL setelah kali pertama memenanginya di AJL24 dengan lagu Pergi.
Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) :
1. Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai (Aizat ganti Yuna membuat persembahan)
2. Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
3. Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai
Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)
Tahniah buat semua pemenang dan tahniah buat Aizat dan Yuna.
Insaf! Kisah Pak Cik Yang Dihina Kerana Busuk
-
*Insaf! Kisah Pak Cik Yang Dihina Kerana Busuk *| Apakah yang kita akan
lakukan sekiranya seorang lelaki tua tiba-tiba datang kepada kita untuk
meminta sed...
1 hour ago


', '
']]}












