Jika beberapa hari lalu anda telah menatap gambar-gambar Lana Nordin dan kekasih Mat Sallehnya, kini kami pertontonkan pula video eksklusif mereka berdua. Bagi yang masih belum tahu, al-kisah bermula apabila Lana Nordin dan kekasih Mat Sallehnya yang bernama Pavel Micahalec berketurunan Czech bercerita mengenai pertemuan, cinta dan perkahwinan.
Namun persoalannya, mampukah Pamela Anderson Malaysia itu mengecap bahagia meskipun pernah gagal dalam bercinta? Paling menarik, apakah Pavel jatuh hati kerana populariti Lana yang gemar beraksi panas?
Jom tonton..!
Teknologi internet telah banyak merubah cara hidup kita. Ia membolehkan sesiapa sahaja mendapatkan segala maklumat dengan mudah selain dijadikan sebagai alat komunikasi yang mampu menghubungkan kita dengan sesiapa sahaja di seluruh negara mahupun rantau ini. Kemajuan ini merupakan sesuatu yang mustahil untuk dikecapi sebelum ini.
Oleh itu, adalah penting untuk kita supaya sentiasa mengikut trend dan kerana itulah saya gembira kerana dapat berucap pada Persidangan Penulis Blog dan Media Sosial Dunia di Kuala Lumpur semalam. Saya juga berpeluang bertemu dan berbual bersama Rina Azmira yang merupakan pengikut ke-sejuta Facebook saya dan ibu bapanya. Saya juga mengambil kesempatan semalam untuk melancarkan akaun Instagram baru saya dan anda boleh mengikutinya di sini (
http://instagram.com/najib_razak).
Dengan kemunculan media sosial pula, setiap orang kini mampu menerbitkan pelbagai maklumat tidak kira sejauh mana tahap pengetahuan teknikal mahupun latar belakang ekonomi mereka. Ia sangat terbuka dan banyak membantu perkembangan orang ramai terutama kepada ‘generasi digital’ yang membesar dalam zaman internet – yang kini mahu lebih terbuka dalam banyak perkara.
Kerajaan dan politik juga tidak terkecuali dalam hal ini, sebab itulah saya sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk berkomunikasi menggunakan platform terbaru dan paling relevan. Oleh kerana itulah, saya telah mengarahkan semua Menteri Kabinet saya supaya sentiasa mesra media sosial dan kekerapan menggunakan media sosial juga menjadi ukuran kepada saya untuk memilih calon sesuai untuk mewakili parti saya pada pilihan raya umum akan datang.
Sebagai Kerajaan saya juga akan pastikan, kita perlu berusaha untuk membantu rakyat dalam melakukan perkara sama dalam bidang kerja mereka. Oleh kerana itulah, kita perkenalkan inisiatif seperti Digital Malaysia dan pemberian baucar telefon pintar kepada generasi muda.
Dalam dunia baru media sosial kita semua perlu menguasainya sekiranya tidak mahu dianggap sebagai ketinggalan zaman. Ini bermakna mana-mana individu dan organisasi perlu membuka minda dan mengambil pendekatan mesra media sosial. Ini juga bermakna rakyat perlu melihat ke hadapan dalam memanfaatkan setiap peluang yang telah disediakan – dan Kerajaan bertanggungjawab untuk membantu mereka melakukannya.
ok lah walaupun xde sapa nak tahu pasal saya , tapi mesti awak tuuu nak tahu pasal saya kan .. dalam hidup saya banyak masa di luangkan dengan kawan - kawan sebab saya lebih rapat dengan kawan berbanding dengan family sendiri .. why ? entahlah sejak azali .. tapi dalam hati kecil ni saya nak sangat luahkan segala isi terpendam ni dekat mak saya , ayah saya ... abang-abang saya tapi tak mungkin ia terjadi kot ...duduk berkumpul n bergurau senda sambil makan keropok getel .. owhh tetiba terasa sangat sedeh .! jap saya betulkan emosi saya sebentar .....................
ok dah ... tentang saya lagi , dalam keluarga , saya ibarat pohon semalu yang pantang di sentuh .. pasti ia akan termalu2 sendiri sehingga kuncup .. tapi bila dengan kawan - kawan hanya ketawa je memanjang , apa - apa pun saya mesti bagitahu pada kawan saya yang sorang tu , tapi bila dah bagitahu kat sorang ada pulak yang merajuk tak bagitahu dia .. ihihi yati n midah kawan saya yang saya sangat2 sayang ... doakan kamu bahagia dan berjaya dalam hidup ..
1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik? Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia.
Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka
kenaikan gaji kakitangan awam ++ elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
PERTUBUHAN KERAJAAN
1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.
Laman web :
http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my
2) Biro Pengaduan Awam (BPA)
Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam
Laman web :
http://www.pcb.gov.my
Tel : 03-88725777
3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.
Laman Web :
http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my
4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.
Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822
5) Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)
Ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 TTPR dan menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.
Laman Web : http://www.kpkt.gov.my
Tel : 03-20947033
6) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)
Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.
Laman Web : http://aduan.kettha.gov.my
E-mail : aduans@ktak.gov.my
7) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.
Laman web : http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
1) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.
Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000
2) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.
Laman web : http://www.muslimconsumer.org.my
Email : info@muslimconsumer.org.my
AGENSI AGENSI LAIN
1) Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)
Biro Pengantaraan Kewangan adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK. BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful.
Laman web : http://www.fmb.org.my
Tel : 03-22722811
2) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Laman web : http://www.sc.com.my
E-mel : cau@seccom.com.my
Gambar Hot Seksi Nabila Huda 29 Di Pulau Mabul Sabah,sememangnya terkenal suka mengembara serta bercuti ke serata dunia kembali meneruskan aktiviti kegemarannya itu dengan bercuti di Pulau Mabul, Sabah.
Ibu kepada Keisha Laila itu sempat berkongsi gambar terbarunya yang sedang melakukan diving di laman Instagramnya.
Kali ini percutiannya turut ditemani rakan artis, Nita Hamzah yang turut berkongsi minat diving sepertinya.
Sebelum ini Nabila sudah meneroka tempat seperti di Lombok, Indonesia, Afrika, Pulau Boracay, Filipina dan Rom, Itali pada tahun lepas.
Pelakon yang ‘adventourous’ ini suka berkunjung ke tempat-tempat yang jarang dikunjungi oleh orang Asia untuk merasai sendiri kelainan serta budaya tempatan di negara yang dikunjunginya.
Baguslah begini, jauh berjalan luas pengalaman. Mana tahu daripada aktivitinya ini dia dapat bertemu cinta hati yang baru pula.
Lagi-lagi berita gembira buat warga kakitangan kerajaan..Alhamdulillah, sejak satu dua bulan terakhir ini satu demi satu berita gembira yang sedap didengar untuk halwa telinga khususnya buat 1.4 juta kakitangan awam. Antaranya….
80 Elaun Kakitangan Kerajaan Akan Dikaji Semula?
Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.
“Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun.
Antara Senarai Penambaikan Untuk Elaun 1.4 Juta Kakitangan Kerajaan :
Di bawah ini adalah antara senarai elaun & kebajikan kakitangan kerajaan yang diberikan penekanan
- Gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian
- Persoalan dan permintaan mengenai status gred
- Status perjawatan kontrak
- Elaun perumahan
- Tuntutan perjalanan
- Ada lagi tuntutan kakitangan kerajaan yang cukup pentin, tertinggal?
- Ada lagi mahu anda tambah?
Seingat kami, ini kali kedua Ketua Setiausaha Negera mengumumkan tentang kajian yang melibatkan kakitangan kerajaan.
- Yang pertama, mengenai gaji kakitangan cemerlang bergaji statik mahu dinaikkan sehingga 5% sehingga menimbulkan kekecohan (SEPERTI DI SINI)
- Kali ini, yang akan dikaji semula adalah mengenai elaun
Cuma….kalau boleh bagi kami, adalah lebih baik selesaikan dahulu gaji yang sudah langgar dinding itu. Selesaikan yang itu dahulu, kemudian barulah menabur untuk janji-janji yang lain pula.
ETP RM180 (KLIK SINI BUTIRANNYA) sekarang ini pun dalam kajian, berapa lama mahu dikaji kami tidak pasti.
beritasemasa
Disini ada beberapa gambar terkini Elyana, pelakon terkenal tempatan ketika sedang mendukung anaknya yang amat comel. Dah lama Elyana menyepi daripada dunia hiburan, mungkin kerana ingin menumpukan tanggungjawabnya sebagai isteri. Walaupun beliau kelihatan begitu berisi selepas melahirkan anak pertamanya namun Elyana nampaknya lebih cantik berbanding sebelum bersalin. Pelik tapi benar. Memang cun sangat la.
Nama Chef Riz kembali meniti di bibir orang ramai selepas beliau telah memuatnaik sekeping gambar mesranya dengan seorang gadis cantik di Instagram pada 28 Januari lepas. Gadis berkenaan hanya dikenali sebagai Stella Stephanie atau lebih mesra dipanggil Mak Jemah. Memang cun dan cantik sangat Stella ni. Adakah dia ialah kekasih baru Chef Riz? Jom baca perbualan mesra di antara Chef Riz dan Stella Stephanie di bawah.
Kalau benarnya Stella Stephanie ini ialah kekasih baru Chef Riz, ianya merupakan satu berita gembira buat semua peminat Riz. Chef Riz pun dah tiga bulan menduda dan mesti hatinya begitu kosong dan kesunyian tanpa kehadiran seseorang yang digelar wanita
Wanita atau lelaki, memang mengambil berat soal penampilan diri. Pelbagai langkah diambil untuk itu, Kadang-kadang kita tak sedar badan berbau dan orang segan nak beritahu kita. Jadi boleh try tips-tips berikut:-
1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.
2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.
3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.
4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.
Ini pulak ada 10 cara nak hilangkan bau badan cara semulajadi.Sebenarnya banyak tanaman semulajadi yang boleh di jadikan sebagai deodorant semulajadi untuk menghilangkan bau badan tersebut, berikut adalah tanaman-tanaman yang boleh kita gunakan.
1. Daun Sirih
Sudah sekian lama dikenali, berkhasiat sebagai antiseptik juga mengandungi zat-zat aktif yang mampu menghilangkan bau badan yang disebabkan oleh bakteria atau kulat. Mengandungi bahan kimia dalam minyak patinya: al. kadinen, kavikol, seneol, eugeol, karvakol dan bahan-bahan samak.
Khasiat lainya: Beberapa helai daun sirih direndam dalam air panas, setelah agak-agak suam airnya diminum. Atau daun sirih dihaluskan bersama kapur sirih lalu di sapukan di ketiak.
2. Daun Beluntas
Biasanya ditanam sebagai tanaman pagar dan mempunyai sifat khas berbau kurang menyenangkan dan rasanya pahit. Daun dan bunga beluntas mengandungi alkali yang bertindak sebagai antiseptik. Kandungan kimia al. amino (leusin, isoleusin, triptofan, treoin), lemak, kalsium, fosforus, besi, vitamin A dan C.
Cara Penggunaan: Dimakan mentah-mentah atau dikukus, juga boleh minum air rebusannya.
Khasiat lainya: Juga mujarab untuk mengurangkan panas badan semasa demam. Boleh menurunkan suhu tubuh dan menyejukkan badan, dengan begitu banyak peluh yang keluar dan suhu badan menjadi turun.
3. Daun Selasih
Mengandungi antiseptik.
Cara Penggunaan: Dimakan mentah-mentah sebagai ulam.
Khasiat lainya: Meningkatkan selera makan. Jika dimakan segenggam pada waktu pagi dan petang selama masa haid maka bau badan yang sering menghinggapi perempuan haid akan berkurangan.
4. Kunyit
Mengandungi bahan kimia al. sapomin, flavioinoida dan minyak pati.
Cara Penggunaan: Minum air rebusan, kunyit yang telah dicincang halus, jus halia parut ditambah madu sedikit. Kunyit yang kisar juga boleh dilumur seluruh badan hingga kering.
5. Bunga Kantan
Mengandungi Sapomin, flavoinoida dan polifenol.
Cara Penggunaan: Daun muda dan bunga di masak dan dimakan sebagai ulam.
6. Limau Purut
Cara Penggunaan: Minum campuran pati kulit limau purut dengan sebatang lengkuas yang dikisar bersama-sama dengan air secukupnya
7. Limau Nipis
Cara Penggunaan: Air perasan limau nipis dicampur kapur sirih disapu pada ketiak
8. Halia
Sebahagian besar orang India percaya kalau rajin memakan Halia boleh membuat badan seseorang mengeluarkan aroma wangi. Menurut Pen Chao Cing dari maharaja Shen Nong (3000 SM), halia segar boleh dapat menghilangkan bau badan sekaligus mendekatkannya pada aura spiritual.
Cara Penggunaan: Minum air halia yang dikisar, atau juga boleh dicampurkan dalam minuman lain seperti teh.
9. Timun
Cara Penggunaan: Ambil sebiji buah timun muda dan dikupas kulitnya lalu digosokkan ke bahagian badan yang berbau berulang kali ketika mandi.
10. Cengkih
Cara Penggunaan: Beberapa kuntum bunga cengkih direndam sehingga mengembang kemudian airnya diminum.
Khasiat lainya: Air rebusan beberapa kuntum bunga cengkih dengan gula merah, juga dapat menjadi minuman segar dan menghangatkan dikala hujan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila.
Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.
Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.
Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.
Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.
Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.
Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.
Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkanlah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkanlah.
Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.
Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.
Semoga dengan kenyataan ini, semua pihak akan berpuas hati dan tiada
lagi kontroversi yang akan timbul. Sama-samalah kita doakan yang terbaik
untuk Shila. Kepada Shila, semoga tabah dengan dugaan ini.
Gambar lurah Nera AF9 dalam Majalah Bandwidth - Baru-baru ini, penyanyi lagu hatiku milikmu, Nera AF9 telah tampil dalam sebuah Majalah Bandwidth. Majalah ini sebenarnya mengumpulkan koleksi kisah dan gambar gadis-gadis cantik dari Sabah. Nera yang menghiasi muka depan majalah berkenaan kelihatan begitu cantik dan menawan, sehingga menampakkan lurah milikinya. Gaya dan posing yang ditunjukkan oleh Nera pula begitu menceriakan dan menghiburkan para pembaca. Jom beli dan baca majalah ini.
Emma Maembong kini tewas mengejut kepada Nelydia Senrose - Emma Maembong dan Nelydia Senrose ialah dua selebriti di industri tanah air tempatan yang semakin popular. Kedua-duanya sama cantik dan menawan, dan masing-masing merupakan pelakon wanita utama bagi drama Cinta Itu Milikku dan Setia Hujung Nyawa. Bagaimanapun, sejak penayangan drama Setia Hujung Nyawa, populariti Nelydia Senrose di
Engine Google semakin meningkat.
Banyak blog berpusu-pusu untuk menulis entri berkenaan personaliti Nelydia Senrose dan tidak kurang juga yang memuji kehebatan lakonannya dalam drama Setia Hujung Nyawa. Aku sendiri memang terlebih minat kat minah cantik ini. Untuk informasi korang, Nelydia Senrose merupakan gadis kacukan bangsa Kelantan dan Siam, manakala Emma Maembong kacukan bangsa Melayu dan Scottish.
Dalam rekod data keywords nuffnang, nama Emma Maembong dan Nelydia Senrose telah tersenarai sebagai antara carian tertinggi kat blog ini. Memang hebat mereka ini, semakin ramai peminat. Secara analisis, jumlah carian bagi nama Nelydia Senrose melebih 40 peratus berbanding jumlah carian bagi nama Emma Maembong. Wah, ini merupakan satu kejutan dalam industri tanah air kerana Emma Maembong akhirnya tewas juga kepada pelakon drama lain. Aura drama Setia Hujung Nyawa benar-benar telah menaikkan populariti Nelydia Senrose.
Pelakon cantik serta kacak Memey Suhaiza bersama suaminya, Norman Hakim selamat mendapat cahaya mata lelaki,diberi nama Mohamed Darwisz Hakim
Blogpenyamun difahamkan Memey selamat bersalin pada 1 Februari 2013 pukul 9.55 Malam di Hospital di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak.,
Memey bersalin awal dua minggu dari jangkaan Doktor.
“Syukur kepada Allah kerana semuanya telah selamat. Akhirnya termakbul juga doa saya untuk bersalin secara normal. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan,” ujar Memey Suhaiza.
Untuk makluman, Memey Suhaiza dan Norman Hakim telah bernikah pada 24 September 2011 di kediaman keluarga Memey sendiri di Felda Tenggaroh Selatan 1, Johor.
Ini merupakan anak keempat Norman Hakim dan sebelum ini aktor tersebut telah memiliki tiga orang cahaya mata dengan hasil perkahwinan pertamanya bersama Abby Abadi.
SINOPSIS FILEM KERAT 14,PELAKON FILEM KERAT 14. Jalan cerita filem suspens, misteri dan aksi iaitu Kerat 14 tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kejadian bunuh yang pernah berlaku di negara ini.
Pengarahnya, Arjin Uppal berkata, skrip dan penceritaan filem berkenaan dihasilkan hanya berdasarkan imaginasi yang diterjemahkan dalam bentuk hiburan semata-mata.
"Tidak benar jika ada yang mengatakan filem ini berdasarkan mana-mana kisah benar kerana ia adalah fiksyen semata-mata," ujarnya ringkas selepas ditemui pada tayangan perdana filem tersebut di sini pada Rabu.
Kerat 14 mengisahkan pembunuhan kejam seorang lelaki oleh sepasang kekasih lakonan Aaron Aziz dan Siti Saleha secara tidak sengaja sehingga menyebabkan mayat berkenaan dipotong kepada 14 bahagian.
Filem tersebut bakal ditayangkan di pawagam pada 14 Februari depan.
Dalam pada itu, Arjin berkata, pihaknya telah melakukan rombakan skrip sebanyak enam kali selepas mengadakan perbincangan dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar ia tidak melanggar sebarang etika.
Arjin (kanan) ketika di lokasi penggambaran Kerat 14
Menurut Arjin, filem berkenaan yang turut mendapat kerjasama PDRM itu peru dibuat dengan berhati-hati supaya sebarang fakta melibatkan agensi itu digunakan dengan tepat.
"Filem ini ada melibatkan siasatan polis, cara mereka bekerja dan sebagainya jadi kami mahu ia dilakukan dengan teliti supaya tiada sebarang kesalahan fakta terutama dari segi perundangan dan peraturan," jelasnya.
Bagaimanapun kata Arjin, pihak PDRM tidak mencampuri aspek lain dan cuma memberi pandangan terhadap perkara yang melibatkan agensi itu sahaja.
Sementara itu, Arjin memberitahu, pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) juga tidak melakukan sebarang pemotongan terhadap karya pertamanya itu.
"Saya gembira dengan hasilnya dan semua yang dilakukan telah mendapat kelulusan daripada LPFM," katanya.
Tambah Arjin, dia juga gembira dengan kerjasama semua pelakon dan krew produksi untuk menjayakan filem yang menelan kos sebanyak RM1.8 juta itu.
Kerat 14 turut dibintangi oleh Zamarul Hisham, Arash Mohamad, Ali Arami, Fouziah Gous dan Arora Salwa