Bukti Pengganas Sulu Kebal | Dakwaan ramai pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku.
Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik.
Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar Harian sejak kami menjejakkan kaki di sini.
Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap.
Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.
“Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak di kepala barulah pengganas ini rebah,” kata salah seorang anggota polis kepada Sinar Harian.
Akhirnya, bukti kekebalan pengganas Kiram kami temui semasa masuk ke Kampung Tanjung Batu semalam. Sepasang baju dan seluar tentera yang pernah digunakan pengganas menjadi bukti kepada cerita-cerita yang disampaikan anggota keselamatan kepada kami.
Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning.
Kami difahamkan oleh penduduk kampung lambang itu adalah lambang Tentera Diraja Sulu, entiti yang pernah diisytiharkan oleh individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram ketika awal pencerobohan Februari lalu.
Memeriksa baju itu, kami mendapati ia dipenuhi kesan peluru. Robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah.
Penduduk, Darwin Abd Rajin, 45, berkata, pakaian tentera itu memang sudah ada di hadapan rumahnya sejak dia kembali pada Ahad lalu.
Katanya lagi, dia tidak berani menyentuh pakaian itu kerana bimbang disalahtafsir sebagai bersubahat dengan pengganas Kiram.
“Saya sudah melihat baju ini sejak pulang ke rumah. Saya tidak berani pegang kerana ia baju pengganas,” katanya.
Ditanya sama ada baju di rumahnya hilang kerana pengganas mahu menyamar menjadi penduduk kampung, kata Darwin, memang banyak baju lelaki di rumahnya lesap.
“Ya, baju saya banyak yang hilang. Kemungkinan mereka gunakan untuk menyamar,” katanya.
Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Salleh Mat Rashid menasihati penduduk kampung melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ada orang asing masuk ke kampung mereka.
Katanya, ia kerana pengganas Kiram disyaki sudah menyamar menjadi orang awam selepas pihak berkuasa bertindak segera dalam melumpuhkan kegiatan pengganas.
Parlimen Ke 12 Sah Dibubarkan Rabu 2013 | Parlimen ke 12 dibubarkan mulai hari ini, 3 April 2013.Pembubaran tersebut baru sahaja diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi dalam penampilan secara langsung melalui stesen televisyen nasional sekaligus memberikan laluan untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan.
Perdana menteri mengatakan telah bertemu Yang Di-Pertuan Agong pagi ini dan mendapat perkenan Tuanku untuk membubarkan Parlimen. Difahamkan 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) juga akan dibubar hari ini dan esok untuk memberi laluan kepada PRU.
DUN Negeri Sembilan telahpun terbubar secara automatik pada 27 Mac lalu manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada April 2011.
Pilihan raya terakhir yang berlangsung di dalam negara adalah pada 8 Mac 2008, namun Najib yang memegang tampuk pemerintahan empat tahun lalu telah mengambil masa agak lama untuk membubar Parlimen kali ini.
Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar
negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya kali
ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat
Malaysia.
Pegawai rasmi kerajaan menjangka kerajaan sedia ada akan mendapat
majoriti tradisi dua pertiga mereka dengan memenangi sekurang-kurangnya
160 kerusi walaupun pada masa sama juga PR yang dipimpin Datuk Seri
Anwar Ibrahim juga yakin untuk menang.
Teknologi internet telah banyak merubah cara hidup kita. Ia membolehkan sesiapa sahaja mendapatkan segala maklumat dengan mudah selain dijadikan sebagai alat komunikasi yang mampu menghubungkan kita dengan sesiapa sahaja di seluruh negara mahupun rantau ini. Kemajuan ini merupakan sesuatu yang mustahil untuk dikecapi sebelum ini.
Oleh itu, adalah penting untuk kita supaya sentiasa mengikut trend dan kerana itulah saya gembira kerana dapat berucap pada Persidangan Penulis Blog dan Media Sosial Dunia di Kuala Lumpur semalam. Saya juga berpeluang bertemu dan berbual bersama Rina Azmira yang merupakan pengikut ke-sejuta Facebook saya dan ibu bapanya. Saya juga mengambil kesempatan semalam untuk melancarkan akaun Instagram baru saya dan anda boleh mengikutinya di sini (http://instagram.com/najib_razak).
Dengan kemunculan media sosial pula, setiap orang kini mampu menerbitkan pelbagai maklumat tidak kira sejauh mana tahap pengetahuan teknikal mahupun latar belakang ekonomi mereka. Ia sangat terbuka dan banyak membantu perkembangan orang ramai terutama kepada ‘generasi digital’ yang membesar dalam zaman internet – yang kini mahu lebih terbuka dalam banyak perkara.
Kerajaan dan politik juga tidak terkecuali dalam hal ini, sebab itulah saya sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk berkomunikasi menggunakan platform terbaru dan paling relevan. Oleh kerana itulah, saya telah mengarahkan semua Menteri Kabinet saya supaya sentiasa mesra media sosial dan kekerapan menggunakan media sosial juga menjadi ukuran kepada saya untuk memilih calon sesuai untuk mewakili parti saya pada pilihan raya umum akan datang.
Sebagai Kerajaan saya juga akan pastikan, kita perlu berusaha untuk membantu rakyat dalam melakukan perkara sama dalam bidang kerja mereka. Oleh kerana itulah, kita perkenalkan inisiatif seperti Digital Malaysia dan pemberian baucar telefon pintar kepada generasi muda.
Dalam dunia baru media sosial kita semua perlu menguasainya sekiranya tidak mahu dianggap sebagai ketinggalan zaman. Ini bermakna mana-mana individu dan organisasi perlu membuka minda dan mengambil pendekatan mesra media sosial. Ini juga bermakna rakyat perlu melihat ke hadapan dalam memanfaatkan setiap peluang yang telah disediakan – dan Kerajaan bertanggungjawab untuk membantu mereka melakukannya.
Mallory Hytes Hagan (23) yang
memukau para juri dinobatkan menjadi ratu se-Benua Amerika.
Penampilan Mallory Hytes Hagan saat pertandingan memakai gaun malam di
ajang pemilihan Miss Amerika 2013 di Las Vegas, AS, Sabtu (12/1).
Penampilan maksimum dari Mallory Hytes Hagan ketika di pertandingan
bakat menari dalam ajang Miss Amerika 2013 di Las Vegas, AS, Sabtu (12/1).
Ekspresi Mallory Hytes Hagan saat dipasangkan mahkota oleh Miss Amerika
2012 Laura Kaeppeler di ajang Miss Amerika 2013 di Las Vegas, AS, Sabtu
(12/1). Wanita cantik yang berusia 23 tahun ini terpilih menjadi Miss
Amerika 2013 mengalahkan puluhan pesaing yang lain dari Benua Amerika.
Miss New York 2013 Mallory Hytes Hagan memberikan salam kepada media
saat terpilihnya menjadi ratu Amerika itu selesai dinobatkan sebagai
Miss Amerika 2013 di Las Vegas, AS, Sabtu (12/1).
Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak tentang pelaksanaan 'Program Integrasi 1Malaysia'
bersama Air Asia, yang menyaksikan tawaran penerbangan percuma oleh
syarikat
penerbangan itu bagi laluan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, untuk
satu
tempoh tertentu.
Dengan itu, Air Asia akan menawarkan anda promosi tempat duduk
percuma dari Semenanjung Malaysia ke Sabah & Sarawak, di mana
tempahan
bermula dari 9 Januari 2013 (Rabu) dan seterusnya.
Di bawah Program Integrasi 1Malaysia, ini adalah cara Air
Asia memberi kembali kepada rakyat di atas sokongan mereka. 10,000 Tiket
Percuma Penerbangan akan untuk merebut bermula mulai 12:00 di Laman WebTempahan Rasmi AirAsia.
Tarikh tempahan tiket :
9 Januari 2013 (Rabu)
seterusnya 0:00
Tempoh Perjalanan:
14hb Jan - 4 Feb 2013
Destinasi:
Penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching,
Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang
&
Johor Bahru Airports
* Seats PERCUMA tidak ditawarkan untuk penerbangan
domestik dalam Malaysia Timur / Semenanjung Malaysia.
Sama seperti tahun sebelumnya,
Dubai kembali mengadakan pertunjukan kembang api super meriah yang akan
membuat kita geleng-geleng kepala. Tahun ini, Burj Khalifa kembali
dipilih sebagai pentas utama pertunjukan tersebut.
Mengingat ketinggian Burj Khalifa yang luar biasa, kita boleh mengira
jika pertunjukan bunga api ini jauh lebih spektakuler jika dilihat
secara langsung daripada melalui video. Kerana jika dibandingkan dengan
bunga api yang kita lihat pada malam tahun baru kelmarin, ukurannya
terpaut begitu jauh.
Forget being the right football decision (which, at this point, it
is) – the Jets’ decision to start someone other than Mark Sanchez at
quarterback for the first time in the Rex Ryan era is the humane decision. Earlier this afternoon, it was reported that Sanchez will lose his starting spot to Greg McElroy
for the Jets’ game against the Chargers Sunday, and if it doesn’t end
Sanchez’s career with the Jets, it at least probably ends his 2012
season.
And not a moment too soon – it was a miserable year. Sanchez
completed just 54.8 percent of his passes for 2,678 yards and 6.4 yards
per attempt, all uninspiring numbers, though about in line with his
uninspiring career numbers. Where Sanchez really flew off the rails this
year was turnovers – he threw 17 interceptions and lost seven fumbles,
more turnovers than anyone else in football. Sanchez had 26 turnovers
last season, too, but at least also accounted for 32 touchdowns, vs.
this year’s 13. And he’s never been more charitable all year than he was
against the Titans last night, throwing four picks and, at the end of
the game, doing this, eliminating the Jets from playoff contention.
It would be time for Sanchez to take a seat even if it weren’t a good
possibility that there’d be a full-blown Jet fan mutiny if Sanchez were
to start this week, and even if Sanchez, his psyche, and – thanks in no
small part to his struggles – his teammates, hadn’t already suffered
enough. But in light of all that (oh, and the fact that some sad, sick
individual made a death threat against him), throwing him out there again seems borderline cruel.
So, fine, the Jets had to make a change. But it’s too late, you say: why not do this before
all playoff hopes are lost? And to that, we’d say: because it’s no
guarantee McElroy will be the answer, either. Yeah, the Jets will look
terrible if he lights it up these last couple games, but it was clearly a
“devil you know vs. devil you don’t” situation. And yeah, the Niners
switched from Alex Smith to Colin Kaepernick, but Jim Harbaugh clearly
knew Kaepernick was a dynamic playmaker who made his team a greater
threat to win it all (the Niners were most likely playoff-bound
regardless of who started). McElroy is a total wild card, and now is a
good, relatively low-pressure time to find out what he’s got.
And as for starting McElroy instead of the other guy:
that’s the right move, too. Starting Tebow is useless, because thanks
to his starting experience in Denver, we know what the Jets have in him:
a dangerous runner and fine teammate who does not throw the ball nearly
well enough to be a good starting NFL quarterback. That’s why this assessment of the switch:
The decision is a stunning blow to Tim Tebow, the No. 2 quarterback
misses the mark. (Cue the “Well, of course Tebow-obsessed
ESPN would say that!” reactions.) If Sanchez had, say, gotten hurt when
the Jets were still in the playoff hunt and McElroy got the nod (and
Tebow had been able to play, unlike against the Cardinals earlier this
month), then playing McElroy over him would have been surprising. Again, devil you know vs. devil you don’t.
Now, though, with nothing to play for except pride and making future
plans, a move to McElroy is the only one worth making. The Jets have
provided much to criticize this season, but in this instance, for this
point in the season and with the options available to him, Rex Ryan made
the right move.
Suami penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza, Datuk Seri
Khalid Mohd Jiwa dilapor telah mengalami kemalangan di New Zealand, hari
ini.
Seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan, Datuk K mengalami
kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya stabil.
Ketika ini, Siti masih berada di Jakarta sementara menunggu
penerbangannya ke Kuala Lumpur sebelum berangkat ke New Zealand esok,
bagi melihat keadaan suaminya.
Lantaran itu, Siti terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu
Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di
Banjarmasin dan Jakarta sehingga 14 Disember ini.
WASHINGTON
- Gambar otak saintis terkenal dunia, mendiang Albert Einstein (gambar
kecil) disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di
Silver Spring, Maryland dekat sini.
Pihak muzium itu menyiarkan gambar tersebut kelmarin.
Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1955.
Beliau meninggal dunia di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) semasa berumur 76 tahun.
Selepas kematiannya, waris saintis itu membenarkan otaknya dikeluarkan untuk tujuan kajian.
Einstein merupakan seorang pakar fizik terkenal di dunia menerusi teori relativiti Einstein.
Menurut artikel dalam jurnal Brain, permukaan visual korteks otak Einstein mempunyai lipatan tebal.
Beliau dilahirkan di Jerman tetapi kemudian menetap di AS. - Agensi
Empayar
Islam yang sedia gah seantero dunia dahulu pun pernah “jatuh” apabila
ada raja yang tidak ingat Allah S.W.T. Hanyut tenggelam dengan kuasa dan
kemewahan dunia. Jadi, kita kena sedia bila-bila masa Allah nak
balikkan manusia-manusia yang diangkat jadi ketua ummah dan ketua agama
negeri-negeri.
Itu
sebablah pentingnya golongan tokoh agama, mufti “perlu ada keberanian”
menasihat pemerintah dengan cara tersendiri sekiranya pemerintah dilihat
tersasar daripada landasaran yang sebenar. Jangan hanya membawa isu
secara “berpilih-pilih” sahaja.
Mohon Mufti Perak Harussani minta anal Sultan Selangor berubah
Baru-baru
keluar laporan berita yang bertajuk “Sultan Selangor terkejut” keluaran
Utusan malaysia. Alhamdulillah nampaknya Sultan Selangor amat mengambil
berat dan memerhatikan daripada jauh setiap isu semasa yang berbangkit
termasuklah membabitkan hal ehwal agam Islam negeri Selangor seperti isu
yang melibatkan laporan yang bertajuk “Nurul Izzah PKR : “Melayu Sepatutnya Bebas Beragama”? Apa respon Anda?“. Tahniah Tuanku. Tetapi…..
Tetapi……besarlah harapan kami jika dapat melihat Raja Muda Selangor ini ditegur dan diperbetulkan!
Apa
yang kami mahukan sekiranya ada anak-anak raja/sultan ini yang akan
mewarisi takhta maka hendaklah diadakan kelas khusus untuk mendidik
tengku-tengku mahkota, kelas protokol untuk menjadikan mereka ini
seorang bakal raja yang ada “kualitinya” semasa memerintah. Apatah lagi
lagi sebagai Ketua Agama, harus tebal dengan ilmu agama dan sahsiah diri
perlu diasuh agar dapat dihormati oleh rakyat kelak.
Koleksi Gambar Tengku Amir Bersosial Dengan Kawan-kawan
Raja
Muda Selangor, Tengku Amir Shah ini merupakan bakal pewaris takhta
Sultan Selangor dan juga merangkap “Ketua Agama Negeri”. Harapan kami
segera bertaubat dan tinggalkan benda-benda yang dilakukan selama ini.
Serius! Tidak tercapai dek akal kami apabila melihatkan gambar-gambar
ini. Ada banyak lagi gambar sebenarnya, yang ada lebih teruk daripada
ini. Tetapi…cukuplah. Tak “lalu” dan berasa mual untuk kami kongsikan
gambar-gambar berkaitan di sini…Memalukan!
Raja Muda Selangir, Tengku Amir Shah segak dengan pakaian diraja
Hari
ini hari jumaat hari yang mulia. Semoga doa yang ditadahkan berjuta
rakyat Selangor bagi mengaminkan doa untuk Raja Muda Selangor, Tengku
Amir Syah ini akan dimakbulkan oleh Allah. Doa tersebut mempunyai makna
lebih kurang begini bunyinya:
” Ya Allah, berikanlah kesihatan, kerahmatan serta taufik & hidayah kepada Tengku Amir Shah…. “
Rakyat
Selangor pastinya menginginkan seorang bakal raja yang ada kualiti
seperti mana yang dinikati rakyat Kelantan ketika ini beraja Sultan
Muhamamad V, bukan hanya berdasarkan tradisi semata. Oleh itu, masih
terlambat lagi untuk berubah ke arah yang lebih baik demi kesejahteraan
rakyat Selangor juga akhirnya.
P/S
: Doakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berubah baik. Semoga insaf
kesalahan lampau. Itu sahaja kami, rakyat Selangor amnya dan malaysia
umumnya. Amin
Artis Wanita Guna Dress
Transparent Di Malam Anugerah | Sumber menyatakan artis China ini cuba
mengambil perhatian orang ramai dan mungkin juga ingin mendapat
publisiti.
Syarikat gergasi teknologi, Apple, yang sebelum ini merahsiakan penghasilan produk terbaru akan mengadakan sidang media pada 23 Oktober di California bagi pelancaran model iPad yang lebih kecil dan murah untuk dimiliki.
Menurut sumber, Apple telah menghantar e-mail kepada media seluruh Amerika Syarikat dengan mesej ringkas, “Kami masih mempunyai sesuatu untuk dikongsi bersama. Dijemput untuk bersama kami di California Theatre, San Jose pada 23 Oktober, jam 10:00 pagi.”
September lalu,
Apple telah melancarkan produk terbaru iPhone 5 secara rasmi yang mendapat sambutan memberangsangkan, namun pada 23 Oktober ini pihak media yang menerima email beserta rekabentuk logo pelangi membayangkan syarikat tersebut telah bersedia untuk melancarkan produk mini tersebut.
Berbagai laporan di media menyebut produk rahsia ini bakal memperkenalkan versi tablet yang lebih kecil, dengan saiz sekitar 7- atau 8-inci berbanding dengan iPhone 5 dengan skrin berukuran 10 inci.
Walaubagaimanapun, Apple tidak memberikan komen serta reaksi mengenai produk terbaru ini sekalipun media telah melabelkannya sebagai “iPad Mini.”
iPad yang lebih kecil membolehkan Apple untuk bersaing bagi menguasai pasaran tablet bersaiz kecil seperti Amazon’s Kindle Fire dan Google’s Nexus 7, sekaligus melonjakkan jualan yang semakin didominasi oleh Amazon dan Google.
Dalam laporan lain turut menyebut Apple juga bakal melancarkan produk terbaru termasuk MacBook Pro 13 inci dengan “retina display” serta Mac Mini yang telah dinaiktaraf.
Seorang
pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin
filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi
dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar
dalam talian Huffington Post kelmarin.
Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).
Dia
berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan
kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya,
Santa Catarina.
Gadis
itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya
pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk
melakukan perubahan positif kepada masyarakat.
Bagaimanapun,
tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi
kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia.
Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.
"Saya
menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk
melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus," kata Migliorini.
"Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur," tambahnya.
Migliorini
menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia
melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang
wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.
Pengarah
dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum
dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.
Pelajar
wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan
90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15
Oktober ini.
Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian
perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin
sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.
Mereka akan melakukan
hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan
Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.
Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks.
Seorang wanita menjadi ibu pertama di Britain melahirkan anak kembar tiga kali.
Kejadian itu dianggap ganjil kerana kemungkinan ia berlaku adalah satu dalam setiap 500,000.Keeva dan Ceira, dilahirkan Jun tahun lalu oleh Sara Jones, 33, dari Southport, Merseyside.
Kelahiran pasangan kembar itu meningkatkan jumlah anak Sara kepada 10 kerana dia juga mempunyai empat anak lain.Keluarga itu menerima bantuan lapan pain susu dan dua buku roti sehari di samping dua bungkusan besar lampin seminggu.Meskipun mempunyai keluarga yang besar, Sara yang mempunyai adik kembar seiras berkata, kediamannya adalah lebih daripada normal.
“Bagi kebanyakan keluarga, mempunyai anak kembar adalah sesuatu yang luar biasa. Tetapi bagi saya, adalah sesuatu yang ganjil apabila saya tidak melahirkan anak kembar,” katanya kepada akhbar Sunday Mir- ror.Kisahnya bermula 10 tahun lalu apabila dia melahirkan Liam dan Niamh.
Sara kemudian berpisah dengan bapa kanak-kanak itu, Rhys, sebelum menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya sekarang, Craig Morgan, 31.Pada 2010, dia sekali lagi melahirkan anak kembar, Shay dan Aoife, yang kini berusia dua tahun.Wanita itu juga mempunyai anak lain sebelum itu, Brogane, 16, Siobhan, 13, Calam, 12, dan Sean, empat.
“Sebahagian keluarga gagal memperoleh anak. Saya melihat setiap kelahiran anak saya itu sebagai rahmat,” katanya.Walaupun kelahiran kembar kedua agak menyulitkan kehidupannya, tetapi menjelang kelahiran Keeva dan Cerira, Sara berkata, dia sudah tahu ‘apa yang dilakukannya.’
Namun, ia bukan tugas mudah. Craig, pembuat perabot, tidak bekerja sementara bagi Sara, membesarkan anak adalah tugas sepenuh masa. Sudah pasti ia sesuatu yang sukar untuk mencukupkan perbelanjaan pada setiap bulan.“Kami terpaksa berhati-hati berbelanja. Saya cuba mendapatkan semuanya dengan kira-kira 100 (RM500) seminggu. Tetapi, setiap hari saya ke pasar raya, saya terpaksa menambah 15 (RM75) dalam perbelanjaan,” kata Sara.Menurutnya, memandangkan setiap anaknya unik, dia tidak menurunkan pakaian anaknya yang tua kepada adik mereka.“Dan saya berharap mereka semua akan menjaga saya apabila saya tua kelak,” katanya. -mymetro
Had Umur Kelayakan Dapat Rebat Telefon Pintar RM200 Dinaikkan: Had umur untuk layak mendapatkan rebat telefon pintar RM200 yang diumumkan baru-baru ini semasa pembentangan bajet 2013 bakal dinaikkan kepada 40 tahun selepas Datuk Seri Rais Yatim meminta kementerian mengkaji semula syor tersebut.
Menurut Datuk Seri Rais Yatim, pengumuman perdana menteri dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu telah menetapkan hanya golongan berusia antara 21 hingga 30 tahun berpendapatan kurang RM3,000 layak untuk menerima rebat.
Walupun begitu, takrif untuk belia adalah golongan yang berusia 40 tahun ke bawah, kata Rais dalam satu sidang media hari ini.
Menurutnya lagi, kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan mengemukakan syor berkenaan.
Semasa ditanya oleh pihak media, Rais memberitahu kementerian itu masih belum menetapkan kaedah untuk menyalurkan bantuan dalam Pakej Komunikasi Belia itu. Beliau diminta menjelaskan kaedah tersebut disebabkan timbul kebimbangan bahawa bantuan itu akan disalahguna.
Mahukah anda melepaskan anak-anak kecil di bawah jagaan pengasuh lelaki? Apa kata berubah angin dengan memberi peluang kepada golongan pengasuh lelaki menjaga anak-anak semasa anda keluar bekerja.
Seorang pemuda Michael Kenny, 18, nekad mengikuti kelas asuhan kanak-kanak yang sebelum ini hanya melibatkan golongan wanita di Britain.
“Selama ini, saya hanya bergelumang dengan dunia sukan ragbi, langsung tidak pernah masuk ke dapur rumah dan hanya memanaskan makanan di dalam ketuhar pemanas sahaja.
“Malah tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa ada pekerjaan mengasuh selain ia wujud dalam filem dan drama bersiri,” kata Michael.
Namun pemuda itu kini bergelar bakal siswazah di institut berprestij Kolej Norland dalam bidang asuhan kanak-kanak dan telah memecah rekod tradisi gender yang dipegang kaum wanita sejak 120 tahun lalu.
Pada akhir pengajiannya, Michael akan bergelar sebagai pengasuh elit yang hanya akan mengasuh anak-anak kerabat diraja, bintang-bintang terkenal serta kaya di Miami, Geneva dan Los Angeles dengan gaji sebulan £50,000 (RM248,048).
Selain menghabiskan pengajian selama empat tahun di dalam kelas yang majoritinya adalah wanita, Michael tidak menganggap pekerjaan yang bakal dilakukannya itu adalah tugas kaum hawa sahaja serta tidak berstandard. -The Mail
AUSTRALIA – Baru-baru ini, seluruh
masyarakat di India berasa tersinggung dengan pereka baju renang dari
Australia iaitu Lisa Burke. Ini kerana pada Australian Fashion Week, Lisa telah mereka sehelai
‘swimsuit’ dengan memaparkan rekaan gambar Dewi Lakshmi, tokoh suci umat
Hindu.
Menurut CNN, kemarahan rakyat India tidak dapat dibendung lagi setelah
melihat wajah Lakshmi tercetak di bahagian depan dan belakang pakaian
renang tersebut.
Kemarahan itu membuatkan mereka membakar foto-foto rekaan Lisa serta
bendera nasional Australia dalam suatu aksi protes di Hyderabad Selatan.
Presiden Federasi Asosiasi Australia India, Vish Viswanathan, turut mengutuk rekaan tersebut.
“Sukar mempercayai bahawa rekaan itu tidak disengajakan. Mereka yang
melakukan hal ini hanya untuk mencari publisiti murahan,” katanya yang
dipetik melalui Viva News, baru-baru ini.
Tambahnya, rekaan itu membuatkan seluruh rakyat India terluka, malah
masyarakat India yang tinggal di Australia turut tersinggung.
Sementara itu, Lisa Burke sudah meminta maaf kepada masyarakat India
diatas permasalahan yang timbul akibat kesilapannya mencetak gambar
berkenaan.
Menurutnya, pencitraan Dewi Lakshmi pada pakaian renangnya hanya untuk berbagi perbezaan budaya dari label miliknya.
“Saya meminta maaf kepada sesiapa pun yang berasa tersinggung.
“Kami akan menghentikan produksi dan design tersebut, ia tidak akan ada dimana-mana cawangan pun,” katanya.
Beginilah budaya barat, bebas tanpa batas. Terlihat beberapa anak muda
berbaur dalam sebuah pesta minuman keras dengan aksi-aksi bebas dan gila
mereka. Selalu dengan busana minim, itulah yang mereka lakukan saat
menghadiri pesta minuman keras. Bagi mereka mungkin sex dan minuman
keras adalah sesuatu yang harus bersamaan, makanya tidak heran apa yang
mereka lakukan selalu menjurus kepada peri laku sex bebas. Dan hal
tersebut sangat mungkin terjadi pada mereka, minuman keras, busana minim
akan membawa mereka pada perilaku sex gila.
Pierre Andre Bakal Bernikah 23 Jun Ini
-
Jutaan tahniah diucapkan buat Pierre Andre yang bakal melangsungkan majlis
pernikahannya pada 23 Jun ini. Pierre telah pun bertunang dengan bakal
isterinya...
JULIA PEREZ MINTA RESTU PRESIDEN SUSILO BAMBANG
-
Aktres dan penyanyi penuh kontroversi Indonesia, Julia Perez yang
dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan memohon restu
daripada Presiden ...
Topping Pizza Paling WOW!
-
Pizza biasanya diolesi sos tomato kemudian diberi aneka topping. Jenis
topping beragam tergantung selera. Selain daging olahan, sayuran atau
seafaad orang...
Gambar Stress Untuk Hari Ini #2
-
Sami Buddha di Thailand yang menghidap penyakit Neurofibromatosis Type 1,
sejenis tumor di dalam tisu badan.
Sumber : Here
neurofibromatosis type ...
Leuniey Natasha Hamil 6 Minggu (Tahniah)
-
*Leuniey Natasha Sahkan Hamil 6 Minggu*. Tahniah diucapkan kepada isteri
penjaga gol kebangsaan, Leuniey Natasha baru sahaja sahkan bahawa dia kini
sedang...
(Gambar)Kelly Brook ketika berkelah di pantai Mexico
-
[image: http://cerciterpanas.blogspot.com]
Siapa yang tidak kenal dengan Kelly Brook,dengar saja nama Kelly brook
sudah tentu anda bayangkan keseksian belia...
MC...Laptop Diserang Demam Malaria
-
Jika JR gagal bersiaran pada setiap hari seperti lumrahnya sebelum ini,
maafkan JR.
Jika JR tidak menjenguk blog korang dan tidak membalas komen-komen kora...
Semakan Keputusan Rayuan UPU 2013 / 2014
-
Hari ini (13 Jun 2013) khamis tepat jam 12.00 tengah hari, keputusan rayuan
bagi kemasukan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Politeknik Premier
bagi...
NGERI : KEPALA BERLUBANG TETAPI MASIH HIDUP ?
-
NGERI : KEPALA BERLUBANG TETAPI MASIH HIDUP ? | LELAKI ini dilahirkan
normal sehinggalah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di sebuah bandar di
China. Na...
Gambar pelakon seks yang paling cantik di dunia
-
Inilah pelakon seks yang paling cantik di dunia, dikenali sebagai Candace
Cage, berumur 22 tahun dan berketinggian 1.63cm. Gadis ini dilahirkan pada
8 Ogos...
Konvokesyen Tadika Di Gaza Yang Sangat Brutal
-
* admin memang harap ini bukan benar tetapi nampaknya agak real pula..hihi*
* dengar-dengar semua budak ini dipaksa untuk membuat sedemikian.*
*
*
**...
Terjah 10 Fobia Yang Paling Pelik Di Dunia
-
Definisi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat
akan sesuatu. Berikut adalah jenis2 fobia yang jarang tetapi wujud dalam
masyar...
Najib harap mansuh SBPA 'gembirakan' semua
-
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap langkah kerajaan
memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan hari
ini, akan ...