• Home
  • Umum
  • Hiburan
  • Ekonomi
  • Jawatan Kosong
  • Info
  • Petua
  • Dunia
  • InfoSihat
  • santai
  • About Me
Anda Disini : Home »
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Semakan Kemasukan Ke MRSM Pengambilan Kedua 2013 | Para pelajar lepasan UPSR dan PMR 2012 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 dan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama awal Februari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka untuk mengetahui keputusan rayuan.

Semakan Ambilan Kedua MRSM Tingkatan 1
  • Keputusan pengambilan kedua MRSM Tingkatan 1 2013 boleh disemak melalui laman web Majlis Amanah Rakyat di
    • Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 2013
  • Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor surat beranak atau nombor kad pengenalan atau angka giliran UPSR.
Semakan Ambilan Kedua MRSM Tingkatan 4
  • Keputusan pengambilan kedua MRSM Tingkatan 4 2013 boleh disemak melalui laman web Majlis Amanah Rakyat di
    • Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 2013
  • Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon.


Pengambilan Ketiga

Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih! Mereka yang gagal jangan hampa kerana MRSM biasanya ada ambilan yang ketiga jika masih mempunyai kekosongan.  

Maklumat

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan ambilan kedua ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.
1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik? Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia.

Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam ++ elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
Lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) telah dihantar dan diterima setelah permohonan ditutup pada 31 Disember lepas. Berdasarkan sumber maklumat yang kami terima, semakan BR1M 2.0 boleh mula dibuat bermula 02 Februari 2013 dan dijangka semakan BR1M 2013 boleh juga dibuat secara online buat kali yang pertama dan keputusan BR1M 2.0 juga akan dihantar melalui pos.

Semakan BR1M 2.0 Online 2013:

  • [SEMAK ONLINE]
  • Akan dikemaskini

Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos:

  • Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos.
  • Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.

Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline:

  • Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BR1M 2.o dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
  • Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja

Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013?

  • Diadakan satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjaya.
  • Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut.
  • Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.
  • Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini.
Penjawat awam yang mencapai tangga gaji maksimum mungkin menerima kadar kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus yang dijangka diumumkan pada bulan depan. Wah, untung badan!
 Gaji Penjawat Awam 2013 Naik Hingga 5 Peratus Bulan Depan
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian mengenainya sudah selesai dilaksanakan tetapi kadarnya akan bergantung kepada prestasi dan implikasi kewangan kerajaan. 

Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik…ini yang ingin saya ketengahkan,” Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
Markah 80 dan ke atas
Bagaimanapun, katanya, kenaikan gaji itu hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi perkhidmatan cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

CUEPACS sebelum ini menganggarkan kira-kira 20 peratus atau sekitar 280,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam berdepan tangga gaji yang sudah mencapai tahap maksimum tahun lalu.
“Saya sudah minta Jabatan Perkhidmatan Awam (kaji perkara itu). Mereka yang sudah sampai ke tahap gaji maksimum dan jika prestasi orang itu 80 peratus, akan menerima kenaikan. 
“Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik…ini yang ingin saya ketengahkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Amanat KSN bersama Penjawat Awam 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.

Lebih kreatif, inovatif
Justeru, katanya, kakitangan awam perlu meningkatkan produktiviti kerja supaya lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
“Jika mereka lebih kreatif dan inovatif, hasil kerja akan menjadi lebih produktif. Untuk itu, kerajaan tidak teragak-agak memberi emolumen dan sebagainya bagi mengiktiraf usaha mereka,” katanya.
Ali berkata pelaksanaannya perlu mendapat kelulusan kerajaan terlebih dulu tetapi setakat ini, kerajaan positif dengan perkara terbabit kerana faham gaji yang statik bukan penyelesaian terhadap prestasi kerja kakitangan awam khususnya yang cemerlang.


Untonglah jadi artis yang cantik, walaupun drama tak seberapa, ramai orang cari. Itu mungkin kata-kata mereka yang tak berpuas hati dengan Neelofa apabila terima banyak pencalonan untuk ABPBH akan datang. Gambar terbaru ini, Neelofa telah menjadi duta bagi kenderaan Suzuki Swift generasi ketiga. Lagi gambar selepas ini.




neelofa-swift1
Sumber:mediamalaya.com
Berita gembira daripada kerajaan Malaysia | Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda  yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan.
Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2013 yang had pendapatan kasar  akan ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan beberapa kriteria kelayakan tertentu akan dimansuhkan berkuat kuasa dengan serta merta. Perubahan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2013.


Harta Yang Layak
  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM400,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
Skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja.
Maklumat lanjut mengenai pinjaman boleh diperoleh di bank-bank terbabit atau layari laman web www.srp.com.my.

Pendaftaran untuk rebate RM200 bagi pembelian smartphone bermula...Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut Rabu.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.- Bernama

Syarat kelayakan permohonan pakej Komunikasi Belia ( Rebate RM 200 )
  1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
  2. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Terkini: Harga maksima Tiada Had); 
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
  5. Satu telefon hanya untuk satu belia;
Pendaftaran untuk smartphone rebate RM 200
Gaji Minimum Naik 2013 Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun Dikurangkan?
Gaji minimum 2013 : Akhirnya bermula semalam, 3 juta kakitangan swasta termasuklah pekerja asing dalam pelbagai sektor akan menerima gaji minimum yang bermula semalam iaitu 1 Januari 2013 melibatkan 500,000 majikan di Malaysia untuk melaksanakan dasar gaji minimum. Adakah majikan anda turut terlibat sama?
Ini kerana daripada 4,200 ada cuba untuk menghantar permohonan penangguhan pemberikan gaji minimum 2013 tetapi hanya 632 syarikat diluluskan.
  1. Itu pun hanya sehingga April 2013 sahaja dibenarkan penangguhan atas faktor kewangan.
  2. Majikan yang membayar gaji lima pekerja atau kurang juga diberi penangguhan hingga 1 Julai 2013 ini
Gaji Minima Pekerja Swasta 2013 Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun Dikurangkan? Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Dengan adanya dasar gaji minimum yang akan dikaji setiap 2 tahun, diharapkan pada masa akan datang kakitangan swasta di Borneo diberikan hak sama rata dengan kakitangan swasta di Semenanjung Malaysia. Ditambah dengan realiti harga barang yang berlaku di Borneo kecuali bahan mentah agak mahal berbanding harga di Semenanjung Malaysia. Taraf hidup tinggi, tetapi pendapatan rakyat Sabah & Sarawak masih lagi rendah.
Contoh paling mudah, lihat harga barang keperluan rata-rata ada tertulis harga yang berbeza antara “east malaysia” dan  ”west malaysia”, yang mana lebih tinggi? Barang keperluan ini ertinya yang diperlukan oleh orang ramai.
Diharapkan pihak berwajib memandang isu ini dengan serius. Bagi mengelakkan tanggapan diskriminisi terhadap kakitangan swasta yang bekerja di Sabah dan Sarawak..
Satu lagi, untuk apa dasar gaji minimum ini meliputi pekerja asing sekali? Sepatutnya, ok ini hanya cadangan daripada kami :
  1. Naikkan cukai pendapatan pekerja asing kepada 35%
  2. Ketatkan syarat pengambilan pekerja asing
  3. Terhadkan masa kerja pekerja asing dari tempoh 2 tahun kepada 1 tahun 6 bulan sahaja
Apabila kerajaan Malaysia menaikkan gaji minimum untuk warga tempatan, rakyat kita sendiri sekaligus ia sebenarnya memberikan satu galakan  kepada pekerja tempatan untuk menceburi bidang perkilangan contohnya. Dan majikan akan tiada pilihan dan akhinrya membuka kuota jawatan lebih kepada warga tempatan. Kami beranggapan adalah lebih baik kerjaan kaji semula dasar gaji minimum untuk orang asing.
“Di Singapore, kalau tidak silap kami cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan Singapore sangatlah tinggi untuk setiap pekerja asing iaitu sekitar $150 setiap bulan. Sebab itulah hanya orang kaya-kaya sahaja yang menggunapakai pembantu rumah”
Akhir sekali sekali kepada pihak majikan, dengan pelaksanaan gaji minimum ini diharapkan tidak timbul situasi seperti di bawah ini :
  1. Gaji RM900 dan majikan dibenarkan potong @ kurangkan semua elaun & OT sudah tiada lagi atau dikurangkan.
  2. Yang managaji  lebih RM900 paling tinggi majikan akan naik sehingga 10%. Contohnya, seperti kerja kilang yang mana ada 2 syif majikan boleh buat tiga syif. Siapa untung?
Gaji Minima 2013 Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun Dikurangkan? Dan memang sepatutnya, pelarasan gaji minimum ini kena ikut kewangan syarikat. Jikalau syarikat kecil tidak perlu sebenarnya untuk permulaan ini. Maksud kami, keuntungan syarikat berpuluh juta @ ratus juta ringgit tetapi gaji pekerja mereka sangat kecil. Itu minda kapitalis & ini yang seharusnya perlu diperbetulkan. Syarikat besar yang perlu difokuskan terlebih dahulu.

sumber : beritasemasa.com

Permohonan adalah di pelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka seperti berikut :-

1. Pembantu Belia Dan Sukan Gred S17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE

Cara Memohon:-
a) Borang permohonan yang lengkap di isi hendaklah di hantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm dan kemukakan bersama – sama :-
i) Salinan Mykad
ii) Gambar ukuran passport
iii) Salinan sijil – sijil keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan
iv) Salinan sijil kelahiran, lessen memandu dan sijil aktiviti luar yang disertai.

b) Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN yang di pohon.

Semua permohonan hendaklah di hantar kepada :-

Pengarah,
Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka,
Jalan Tasek Ayer Keroh,
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka.


Tarikh tutup permohonan pada 20 Disember 2012
Had Umur Kelayakan Dapat Rebat Telefon Pintar RM200 Dinaikkan: Had umur untuk layak mendapatkan rebat telefon pintar RM200 yang diumumkan baru-baru ini semasa pembentangan bajet 2013 bakal dinaikkan kepada 40 tahun selepas Datuk Seri Rais Yatim meminta kementerian mengkaji semula syor tersebut.
 Menurut Datuk Seri Rais Yatim, pengumuman perdana menteri dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu telah menetapkan hanya golongan berusia antara 21 hingga 30 tahun berpendapatan kurang RM3,000 layak untuk menerima rebat. Walupun begitu, takrif untuk belia adalah golongan yang berusia 40 tahun ke bawah, kata Rais dalam satu sidang media hari ini. Menurutnya lagi, kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan mengemukakan syor berkenaan.
Semasa ditanya oleh pihak media, Rais memberitahu kementerian itu masih belum menetapkan kaedah untuk menyalurkan bantuan dalam Pakej Komunikasi Belia itu. Beliau diminta menjelaskan kaedah tersebut disebabkan timbul kebimbangan bahawa bantuan itu akan disalahguna.
iPhone 5 Bermasalah? | Pelancaran iPhone 5 pada minggu lalu telah menjadi satu daripada yang terbesar dan paling berjaya dalam sejarah, tetapi itu tidak bermakna ia tidak mempunyai masalah. Pengguna yang telah membeli telefon pintar keluaran Apple itu mendakwa versi iPhone terbaru tersebut mempunyai banyak masalah.
Antara aduan yang dibuat adalah penyambungan wi-fi yang tidak berfungsi, keretakan pada bingkai aluminiumnya, selain laporan cuaca yang mengelirukan daripada pengaktifan suara aplikasi Siri serta laporan kelipan lampu dari tepi telefon itu. Telefon pintar iPhone 5 turut dikatakan 'bergetar' ketika digoncang menyebabkan bateri cepat kehilangan kuasa dan beberapa pengguna lain berkata, mereka kehabisan bateri dalam tempoh hanya beberapa jam.

Pengguna turut memberi amaran, perkhidmatan penyimpanan iCloud yang dikendalikan Apple akan dikurangkan daripada 20 gigabait (GB) kepada 5 GB pada penghujung bulan ini, sekali gus membahayakan simpanan sokongan. Aduan lain yang diterima termasuk aplikasi Maps baru Apple yang tidak lengkap, laman web Ars Technica yang menjengkelkan pengguna dan banyak sumber daripada forum yang menyokong Apple. Ketika ini lima juta produk itu telah dihantar dalam tempoh pelancarannya pada hujung minggu lalu. - AGENSI
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir hari ini menyindir dakwaan PKR bahawa pelelongan permit import (AP) bagi kereta luar negara akan menurunkan harganya.

Sebaliknya, Mukhriz berkata, bidaan AP itu akan menjadikan harga kereta menjadi lebih tinggi.

"Ketika kamu mahu turunkan harga kereta, kamu mahu menjual AP secara kepada pembida paling tinggi.

"Mereka (PKR) perlu jelaskan bagaimana perkara ini akan dilakukan apabila lelongan akan menambahkan RM50,000 hingga RM60,000 bagi setiap AP, tidak termasuk harga kereta," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Mukhriz turut menambah, jumlah RM10,000 bagi setiap AP pada masa ini bukan semata-mata untuk pendapatan kerajaan tetapi disalurkan kepada dana bagi membantu industri.
Jawatan Kosong Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB)
Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut di Majlis Daerah Bandar Baharu :-

1. PEMBANTU UNDANG -UNDANG L29
2. PEMBANTU TADBIR (PEKERANTA/OPERASI) N17
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Dan cara memohon

Tarikh Tutup Permohonan:- 01 Oktober 2012
Akhirnya iPhone 5 telah rasmi dilancarkan di San Francisco, bersamaan dengan terjawabnya berbagai prediksi mengenai nama, bentuk dan spesifikasi dari iPhone 5.
iPhone 5 : Spesifikasi dan Harga
Sumber : Mashable.com

Berikut beberapa spesifikasi iPhone 5 :
  • Lima baris aplikasi di layar
  • Seluruhnya terbuat dari kaca dan aluminium dengan desain warna hitam dan putih yang indah
  • Ketebalan 7,6 mm, 18% lebih tipis dari 4S
  • Screen size : 4 inch display
  • Resolusi : 1136 x 640, 19:6 aspek rasio
  • Tampilan baru memiliki saturasi warna 44% lebih dari layar 4S. Hal ini merupakan tampilan yang paling akurat dalam industri.
  • Sensor sentuh telah terintegrasi ke dalam layar itu sendiri, daripada lapisan di atas
  • Ultrafast nirkabel
  • Networking : 2G, 3G, 4G LTE dengan chip tunggal, radio tunggal, antena dinamis yang dapat beralih di antara jaringan. LTE bisa lebih cepat dari wifi tercepat di rumah. 802.11n 5 Ghz dibangun untuk wifi, hingga 150 mbps kecepatan
  • CPU : Dual-core Apple A6, 2x lebih cepat, dan 22% lebih kecil
  • Sistem Operasi : iOS 6
  • Loading aplikasi musik 2x lebih cepat dengan chip baru
  • Kamera : 8 megapiksel dengan resolusi 2.364 × 2448
  • Satu mic di bagian depan, satu di bagian bawah, satu di belakang.
  • Speaker di dalam lebih kecil 20%.
  • Batere : Tahan hingga 225 jam, 10 jam wifi, 8 jam untuk LTE browsing
iPhone 5 : Spesifikasi dan Harga
Sumber : Mashable.com

Dan masih ada fitur-fitur lain yang tak kalah menariknya.

Harga iPhone 5 :

iPhone 5 dibanderol dengan harga $199 untuk 16GB, $299 untuk 32GB dan $399 untuk 64GB. Untuk pemasarannya akan dimulai pada 21 September di Amerika Serikat, Inggris, Kanada, Jerman, Jepang, Hongkong dan Singapura. Sedangkan untuk Malaysia dan 100 negara lainnya termasuk Indonesia serta 240 operator akan dilakukan akhir tahun ini.

Jadi untuk para peminat iPhone 5 khususnya di Indonesia dan Malaysia, harus bersabar lagi untuk menanti kehadirannya.
Apple telah memperkenalkan iPhone 5 dengan reka bentuk iPhone paling nipis tetapi menampilkan skrin lebih besar iaitu bersaiz empat inci di majlis pelancaran di San Francisco sebentar tadi.

iPhone 5 pada mata kasar kelihatan sama seperti model sebelum ini, cuma lebih panjang dan nipis dan didatangkan dengan paparan 1,136 x 640 piksel, teknologi 4G LTE, chip A6 dan seberat 112 gram.

Kamera 8 megapiksel, resolusi 3,264 x 2,448 piksel dengan teknologi iluminasi di bahagian belakang, penapis IR hibris, lensa lima ciri, bukaan f2.4 selain boleh mengambil gambar panorama.

iPhone 5 dijangka tiba di pasaran Malaysia pada bulan November tahun ini dan harganya dikatakan lebih kurang dengan iPhone 4s, jadi sesiapa yang berhajat nak beli mungkin boleh tangguh dulu.
 
Ia akan mula dijual di beberapa negara bermula 21 September ini, dan masih tiada sebarang berita berkaitan bilakah akan tiba di Malaysia.




KUALA LUMPUR –Legoland Malaysia Cari Lebih Ramai Rakan Kongsi | Legoland Malaysia, yang yakin terhadap pertumbuhan ketara Taman Tema Legoland yang pertama di Asia di Nusajaya, Johor, mengenal pasti sehingga 10 rakan pemasaran untuk memperkaya pengalaman dan kegembiraan.

Pada masa ini, kita sudah memperoleh dua rakan kongsi, Maybank dan GSK (GlaxoSmithKline Consumer Healthcare), dan kami sedang mengenal pasti lebih banyak rakan kongsi dalam pelbagai kategori.

“Kami tidak tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian memandangkan kami mahu mendapatkan rakan yang berkongsi nilai kami dan sesuai dengan jenama kami serta urus niaga yang sama-sama menguntungkan,” kata Pengurus Besar Legoland Malaysia Siegfried Boerst kepada Bernama pada majlis perjanjian usaha sama dengan GSK.

Beliau berkata syarikat itu akan mengambil masa untuk mengumumkan semua rakan usaha samanya.

Kerjasama dengan GSK akan membolehkan air minuman Ribena disediakan sebagai minuman buah-buahan pilihan di taman tema itu yang akan dibuka pada 15 Sept, 2012.

Meskipun persekitaran ekonomi yang tidak menentu, Legoland yakin terhadap aliran berterusan pengunjung, terutama keluarga, ke taman magis dan ajaib dan fantastik yang mencabar imaginasi pengunjung, katanya.

“Keluarga sentiasa mencari sesuatu yang berharga untuk anak masing-masing selain masa berkualiti, dan berdasarkan tujuh kawasan bertema, dengan lebih 40 kembara yang memberi keseronokan, kita yakin ramai akan mengunjunginya,” katanya.

Sehingga kini, lebih 45,000 pas tahunan, yang sah sehingga 2013, telah dijual, kata Boerst.
Legoland Malaysia dibangunkan oleh Kumpulan Merlin Entertainments, firma pembangunan taman tema kedua terbesar di dunia, menandatangani perjanjian dengan Iskandar Investment Bhd pada Disember 2008. – BERNAMA
Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.

Yusuf Taiyoob Sdn Bhd


                                         Yusuf Taiyoob Sdn Bhd

Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.

Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.

Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.

Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.


Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

TNB umum lancar kaedah "Bacaan Meter Kendiri" | Kira-kira 6.2 juta pengguna domestik seluruh negara kini boleh mengira sendiri bil elektrik mereka menggunakan kaedah ‘Bacaan Meter Kendiri’.

Kaedah baru itu diperkenalkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengatasi rungutan pengguna dan kekeliruan caj yang dikenakan syarikat utiliti berkenaan terutama membabitkan bil anggaran.

Melalui kaedah itu, TNB menyediakan aplikasi khas bagi membolehkan pengguna membaca sendiri meter mereka setiap bulan dan menghantar bacaan ke laman webnya atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke nombor 15454.
Blogpenyamun,Hari ni (18 Mei 2012) Mydin Mall dibuka secara rasminya di bandar Meru Raya, Ipoh. Mydin ni merupakan Mydin wholesale yg petama di Perak dan terbesar di Malaysia. Dalam Mydin ni memang luas, tetapi masih banyak kedai yg belum buka termasuk pusat bowling dan hiburan/karaoke. Selain pasaraya Mydin, antara kedai-kedai yg ada kat sini ialah Habib, Big Apple, Marrybrown, Wah Chan dan lain-lain. Di tingkat bawah ada sebuah foodcourt yg agak besar dan cantik dikenali sebagai Rasa Village. Pelbagai aktiviti dan promosi menarik telah dirancang sepanjang 3 hari pembukaan ini iaitu dari 18 hingga 20 Mei ini.





pusat hiburan dan bowling yg belum dibuka



Buat Banyak duit Dengan Nuffnang? Aku rasa banyak blog dah buat tentang entri ini. Dan banyak blog yang aku baca mempunyai pelbagai pendapat dengan Nuffnang. Ada juga yang aku baca si blogger sudah memperolehi pendapatan dengan Nuffnang, walaupun pendapatan itu tidaklah menjadikan si blogger itu seorang jutawan.

Apa itu Nuffnang? Kalau anda perasan di sebelah atas dan sebelah kanan blog aku ini ada iklan - iklan yang bergerak-gerakkan? Itulah iklan yang diberi oleh pihak Nuffnang. Dengan Nuffnang, kita hanya perlu meletakkan kod iklan pada blog kita. Dan menunggu orang klik pada iklan untuk mendapat duit. Nuffnang adalah merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. Nuffnang membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar. Nuffnang kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia.

Jika hendak diringkaskan, Nuffnang ini adalah syarikat pengiklanan (orang tengah) yang membantu syarikat-syarikat mempromosi produk-produk mereka. Nuffnang meletakkan iklan - iklan mereka ini di blog - blog yang terpilih yang dijadikan sebagai tempat untuk mengiklankan produk-produk itu. Jadi, kalau anda ada blog, blog anda itu diumpamakan sebagai tuan tanah yang memberi kebenaran untuk satu syarikat iklan memacakkan papan iklan di tanah anda.

Sekiranya anda seorang blogger yang suka menulis dan seringkali update blog anda, anda sememang wajib mendaftar sebagai pengiklan nuffnang. Daftar disini  http://www.nuffnang.com.my/blogger-registration/Selepas mendaftar anda dikehendaki untuk menyediakan sedikit ruang di blog anda untuk tujuan pengiklanan banner yang telah disediakan oleh pihak Nuffnang. Boleh cuba! Siapa tahu anda mampu buat duit dengan Nuffnang
Itulah sedikit maklumat yang aku faham tentang Nuffnang. Walaupun aku sendiri tak dapat lagi sebarang income dari Nuffnang, sekurang-kurangnya iklan Nuffnang ini dapat mencantik dan menjadikan blog aku macam blog yang diselia oleh orang yang pandai berblog.

Terkini

Loading...

Blog List

  • borak kosong
    Kejadian pelik di komuter - [image: 萝卜网]
    20 minutes ago
  • PING BUSUK RSS FEED
    KISAH BENAR EDISI SERAM - JUMPA HANTU MASA MEMANCING - Cerita ni terjadi sekitar tahun 2006, aku dgn the geng dengar ada banyak lombong tinggal kat puncak Polo Iskandar, sebab apa kena tinggal aku tak tahu la ...
    1 hour ago
  • Aku Stress Giler
    WTF : [Video] Penyampai TV Belanda "Menetek" Penonton Secara Live - Belanda – Seorang penyampai TV sebuah program di Belanda mengejutkan penonton apabila dia menghisap susu daripada payudara seorang wanita ketika progr...
    2 hours ago
  • BERNAMA
    Ekonomi : Projek Tenaga Hidro Akan Tingkatkan Tahap Kehidupan Di Sarawak, Kata CEO SEB - KUCHING, 22 Mei (Bernama) -- Penduduk Sarawak akan memperoleh manfaat yang lebih besar daripada projek-projek tenaga hidro di negeri ini memandangkan proje...
    3 hours ago
  • beautifulnara.com/feed/
    (13 GAMBAR)Filem Bikers Kental Di Pawagam Bermula 23 Mei Ini - Filem Bikers Kental bakal ditayangkan bermula hari Khamis ini (23 Mei 2013). Membariskan pelakon popular seperti Zizan, Awie dan Bront Palarae, filem ini m...
    5 hours ago
  • Blog Bulan Purnama
    Leuniey Natasha Comel Bertudung (4 Gambar) - (4 GAMBAR) *Leuniey Natasha Comel Bertudung*. Sejuknya mata memandang Leuniey Natasha, isteri kepada Apek memakai tudung. Tidak diketahui pula sama ada Le...
    5 hours ago
  • Bila Jejari Menari
    Wordless Wednesday: Tersilap Cetak Ke Ni?? - Haaaaaa??????? [image: Awatnya lagu tu ?? ;)] Soalan pertama: mengapa jadi begini? Tersilap cetak atau sabotaj? Soalan kedua: Jika tersil...
    8 hours ago
  • ! SUFFER8ZINE TERRITORY !
    Drama Karlos TV3 Episod 1 Hingga Tamat - Drama bersiri Karlos dilakonkan barisan pelakon berbakat seperti Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Namron, Sherlie Merlis, Azhar Sulaiman, Leez Rosli, Elmy...
    9 hours ago
  • Informasi Dot My
    (Gambar) Leuniey Natasha Dah Bertudung? - Leuniey Bini Apex Dah Bertudung - Jika tidak baru-baru ini, isteri kepada Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha digosipkan telah mengandung, namun...
    12 hours ago
  • Informasi Malaysia Kini
    Gempar! Lelaki Buta Marah Air Asia Di Lapangan Terbang - *Gempar! Lelaki Buta Marah Air Asia Di Lapangan Terbang* | Kisah Air Asia masih lagi belum reda seperti mana yang dikongsikan oleh kami tentang *penumpang ...
    23 hours ago
  • ! TAO TAU AJER
    WOW! - Jom Kita Lihat Dumbell Angkat Berat Versi China! (8 GAMBAR) - *TAOTAUAJER* - Pelik-pelik pulak sukan dari negara china nieh... kalau biasa dumbell dah tentulah besi yang di angkat tapi lain pulak ceritanya di China. J...
    2 days ago
  • KuraKura Dot My
    LOL : BILA LAZADA MALAYSIA KANTOI ? - LOL : BILA LAZADA MALAYSIA KANTOI ? | Kantoi beb >. < Aduhai… agak-agak lah nak menipu pun. Tuka la dulu profile… Memalukan..tak pasal-pasal jadi bahan gel...
    2 days ago
  • Segalanya Disini. . .
    Чтобы учить английский - Нужно учить английские фразы. Это аксиома.
    2 months ago
  • Johan Rakyat
    Kegunaan 'Page Break' dalam Microsoft Word 2007 - Biasa kalau korang buat assignment or paperwork, bila jumpa situasi macam gambar kat bawah ni, korang buat apa? Mesti masih ada lagi antara korang yan...
    3 months ago
  • cer citer
    Anne Ngasri Sering Rasa Mual Dan Loya, Harap Sudah Berbadan Dua - Anne Ngasri melalui* mStar Online* hari ini mengakui dia mula merasa mual dan loya sejak kebelakangan ini dan tidak menolak kemungkinan dia sudah berbadan ...
    4 months ago
  • Hot Info Gallery
    Gambar pelakon seks yang paling cantik di dunia - Inilah pelakon seks yang paling cantik di dunia, dikenali sebagai Candace Cage, berumur 22 tahun dan berketinggian 1.63cm. Gadis ini dilahirkan pada 8 Ogos...
    4 months ago
  • ! !!JoSrEvAlUtIoN!! !
    INSPEKTOR LAPAR SEKS DISIASAT KERANA MENCABUL ISTERI ORANG - INSPEKTOR LAPAR SEKS DISIASAT KERANA MENCABUL ISTERI ORANG | SEREMBAN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang...
    5 months ago
  • Up To Mu | Blogger Malaysia | Blog Uptomu
    Konvokesyen Tadika Di Gaza Yang Sangat Brutal - * admin memang harap ini bukan benar tetapi nampaknya agak real pula..hihi* * dengar-dengar semua budak ini dipaksa untuk membuat sedemikian.* * * **...
    10 months ago
  • Klon Buaya
    Kantoi Tidak Pakai Seluar Dalam, Pad Terkeluar Bila Datang Haid - Pad yang dipakai tidak sesuai dengan saiz agaknya dia pakai. Sampai tersembul keluar pad.Kurang pasti lah bagaimana cara pakai pad. Apakah bila pakai pad m...
    10 months ago
  • eh berita
    Pages Hina Agama Islam - Hacker Malaysia Harap Buat Tindakan ! - assalamualaikum ... sasiape yang ade kepandaian hacker tu .. harap hack pages haram jadah ni segera !!!! admin ada printscreen post DEKAT pages tu yang m...
    1 year ago
  • Gerakan Anti Anwar
    Kelab 'TIBAI' mahu lawan Anwar di PRU13 - [image: Sebahagian penyokong wanita kelab Tibai. - Foto Sinar Harian oleh Rosli Talib] [image: Sebahagian penyokong kelab Tibai. - Foto Sinar Harian oleh...
    1 year ago
  • Terjah
    Terjah 10 Fobia Yang Paling Pelik Di Dunia - Definisi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah jenis2 fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyar...
    1 year ago
  • Padang Temusu Online
    Najib harap mansuh SBPA 'gembirakan' semua - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap langkah kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan hari ini, akan ...
    1 year ago
  • Faceberuk
    Ketika berita on air, janganlah duk main-main kat belakang. [beruktube] - *Awkward!* *Hahaha. *
    1 year ago

Archive

  • ▼  2013 (91)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ▼  March (10)
      • Adegan Bikin Panas Diana Danielle - Remy Ishak Dal...
      • Rahsia di Sebalik Nombor 7
      • Kemeriahan Sekitar Majlis Baby Shower Fasha sandha...
      • Rupa Terkini Penyanyi Alizée Jacotey
      • Pakaian Seragam Klasik Sempena Ulangtahun Ke 206 P...
      • Gambar Farah Lee berkonvo disamping Ally Iskandar
      • Elfira Loy akui gugup di Karpet Merah Festival Fil...
      • Pasukan keselamatan gempur habis-habisan pengganas...
      • Semakan Kemasukan Ke MRSM Pengambilan Kedua 2013
      • Gambar Terkini Dari Lokasi Serangan Di Lahad Datu
    • ►  February (15)
    • ►  January (52)
  • ►  2012 (442)
    • ►  December (14)
    • ►  November (14)
    • ►  October (13)
    • ►  September (33)
    • ►  August (45)
    • ►  July (30)
    • ►  June (25)
    • ►  May (33)
    • ►  April (12)
    • ►  March (89)
    • ►  February (88)
    • ►  January (46)
  • ►  2011 (134)
    • ►  December (16)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (13)
    • ►  March (19)
    • ►  February (27)
    • ►  January (46)
  • ►  2010 (77)
    • ►  December (34)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (13)
    • ►  August (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)

Popular

  • Bersetubuh Pelbagai posisi cara Islam
    1- BERSETUBUH DALAM PELBAGAI POSISI Blogpenyamun ,Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, ...
  • Gambar hot lucah Syahrini atas katil kamar
    Blogpenyamun ,Artis hiburan Indonesia, Syahrini telah report polis mengenai foto-foto gambar panas lucah bogelnya di laman web blog. Sejak...
  • Gambar Ceria Sekitar Hari Perkahwinan Anak Rosyam Noor
    Ahli keluarga Rosyam Noor telah pun bertambah dengan kehadiran seorang menantu lelaki. Anak perempuan mereka iaitu Arniesha Azureen telah p...
  • Tips & Petua Melambatkan Pancutan Air Mani
    Tips & Petua Melambatkan Pancutan Air Mani Berikut tip-tips yang boleh diikuti untuk melambatkan pancutan air mani. Hubungan seks ...
  • Teknik Membelai Buah Dada Wanita
    Tetek atau buah dada yang besar sememangnya digemari para lelaki. Pada kebiasaannya wanita-wanita berbuah dada besar dalam saiz 36 dan ke ...
 
#########

Daily Referrer

    www.e-referrer.com
Laman web directory Malaysian Topsites My Zimbio My Ping in TotalPing.com Free Auto Backlink Free Backlink! Ping your blog, website, or RSS feed for Free Blogged.my Blog Directory TopOfBlogs website analysis Backlink checker to blogpenyamun.blogspot.com
2010 Simplex Enews. All rights reserved.
Designed by SimplexDesign