Ahli keluarga Rosyam Noor telah pun bertambah dengan kehadiran seorang menantu lelaki. Anak perempuan mereka iaitu Arniesha Azureen telah pun selamat diijabkabulkan dengan suaminya,Hafiz. Jutaan tahniah diucapkan.
Pasti Hafiz berdebar-debar ketika saat pernikahan kerana dinikahkan
sendiri oleh Rosyam Noor. Semoga keceriaan keluarga Rosyam Noor akan
bertambah dengan kehadiran ahli baru ini. Kalau dapat cucu cepat pasti
lebih meriah punya!!!
Antara Neelofa dan Ibunya,
Siapa Lebih Cantik? - Orang cerdik berkata, kecantikan itu adalah universal dan bukan bergantung kepada kecantikan rupa paras dan bentuk badan semata-mata. Apakah benar kenyataan ini? Jika kenyataan ini memang benar, siapakah yang lebih cantik antara Neelofa dan ibunya? Korang nilai sendiri empat gambar terkini Neelofa dan ibunya di bawah.
Tahniah buat Fasha Sandha n Jejai -Melalui laman page peminat Fasha Sandha, satu pengumuman yang ditunggu-tunggu telah pun dibuat.
Fasha telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada awal pagi tadi.
"Admin : Peminat Fasha Sandha yang dihormati, berita yang anda tunggu telah tiba. Fasha Sandha telah selamat melahirkan baby boy pada pukul 9.21 pagi tadi. Syukur alhamdulillah."
Fasha Sandha telah bernikah dengan bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram (Jejai) pada 27 April 2012 yang lalu.Bagaimanapun, masih belum ada laporan lengkap tentang nama bayi mereka yang baru saja dilahirkan ini.
Gambar baby Fasha
Di sebalik imej kelakarnya, Johan Raja Lawak ternyata merupakan seorang bapa yang amat penyayang kepada tiga orang anaknya.
Hasil perkahwinannya dengan pelakon Ozlynnwaty, mereka kini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh, dua tahun dan tiga bulan. Di sini disertakan gambar-gambar Johan bersama anak ketiganya. Nampak penyayang kan Johan.
Untung Ozlynn dapat suami yang rajin membantunya dalam penjagaan anak selain Johan sendiri merupakan seorang yang kelakar dan mudah membuat orang ramai ketawa dengan lawaknya yang spontan dan tersendiri.
KISAH
percintaan antara aktres jelita
Rozita Che Wan, 42, dan pelakon
Zain Saidin, 29, bukan lagi rahsia. Rata-rata peminat dan penggiat industri hiburan tempatan seolah-olah memberi restu kepada hubungan mereka berdua meskipun jurang usia yang begitu ketara.
Tidak lagi menyembunyikan kisah
bernikah pada bulan Julai depan menandakan hubungan mereka begitu serius.
cinta bahkan, sebelum ini timbul desas-desus kononnya mereka akan
Bagaimanapun mereka menafikan akan
bernikah pada bulan Julai, sebaliknya pada hujung tahun ini.
Meskipun ini merupakan perkahwinan kedua buat ibu kepada Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezzra, 15, itu, namun disebabkan dia bakal berkahwin dengan Zain yang masih bujang, sudah pasti pelbagai impian perkahwinan sudah dirancang.
“Saya tidak boleh cakap apa-apa kerana perkahwinan kami akan berlangsung pada hujung tahun. Selepas raya, saya akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan perkahwinan. Ketika itu, boleh tanya apa sahaja.
“Jika tanya sekarang, saya sendiri pun tidak boleh beri jawapan kerana semuanya masih kabur seperti tarikh, lokasi dan tema perkahwinan,” katanya yang turut memberitahu sudah banyak pihak datang merisik untuk membuat penajaan pada hari bahagianya itu.
Disoal lagi, adakah perkahwinan antaranya dan Zain pasti akan berlaku pada tahun ini, dalam tawa, Rozita atau mesra disapa dengan nama Che Ta memberitahu, dia pasti akan berkahwin pada tahun ini juga.
“Memanglah saya akan kahwin tahun ini juga sebab tahun depan umur saya sudah bertambah. Kalau boleh lagi cepat lagi bagus, tetapi jadual masing-masing sibuk jadi kami harus merancang dengan teliti,” ujarnya.
Sesiapa yang mengenali wanita ini sudah pasti tahu akan selera fesyennya yang gemar menyarung gaun meleret dan dihiasi segala macam aksesori. Ditebak apakah impian tema perkahwinannya nanti, Che Ta memberitahu, sebolehnya dia mahu bersederhana.
“Kalau boleh saya mahu buat majlis akad nikah yang ringkas sahaja, tetapi saya akan berkahwin dengan lelaki bujang, maka tidak bolehlah buat begitu. Pasti keluarga Zain juga mempunyai impian dan perancangan mereka yang tersendiri.
“Sejujurnya, saya suka yang ringkas, tetapi segala tema nampaknya Zain yang terlebih rancang. Zain mahu tema perkahwinan dalam taman, jadi saya ikut sahaja kerana ini pengalaman pertamanya. Saya juga harus menghormatinya dan biarkan dia menikmati proses perkahwinan sama seperti orang lain,” jawabnya.
Sungguhpun perkahwinan yang bakal berlangsung merupakan perkahwinan keduanya, akui Che Ta, dia tetap berasa debaran untuk bergelar raja sehari.
“Tipulah kalau saya kata tidak berdebar dan gementar. Sesiapapun yang ingin berkahwin, tidak kira perkahwinan pertama atau kedua, pasti merasai perasaan yang sama,” tuturnya yang akan mengadakan majlis perkahwinannya di Kuala Lumpur bagi memudahkan rakan artis dan pihak media hadir.
Sementara itu, Che Ta yang kini sibuk dengan penggambaran program Master Chef Selebriti musim kedua juga menjawab isu tentang penutupan laman sosial Instagram Zain baru-baru ini berikutan ramai pihak yang mengutuk gambar seksinya.
“Baik sungguh dia (ketawa). Dia ada cakap yang dia sakit hati melihat komen-komen orang yang mengutuk saya sebab dia yang baca. Saya tidak baca komen-komen itu jadi saya tidak rasa apa-apa.
“Apapun itu keputusan dia sendiri bukan saya yang paksa atau suruh. Dia seorang lelaki yang sangat pelindung, itu yang menyebabkan saya suka kepadanya,” jawabnya.
Selain itu, pengacara program Primadona itu turut disoal tentang pakaian yang dipilih pada Majlis Anugerah Bintang Popular.
Ramai yang melihat gaun tersebut seksi, namun Rozita menganggap ia tidak seksi.
“Seksikah? Saya rasa biasa sahaja tidaklah terlalu seksi. Apapun inilah diri saya. Bagi saya pakaian rekaan Hatta Dolmat ini cukup cantik,” ujarnya yang menyarungkan dua busana pereka tersebut.
SUMBER
Nama
jer Rabecca Nur Al Islam,tapi bukan main seksi lah Rabecca berpakaian baru-baru ini pada sebuah majlis makan malam. Gambar yang dimuat naik dalam Instagram itu mendapat perhatian ramai follower terutama peminat-peminat Rabecca di blog mahupun Forumer yang sedih dan terkilan dengan tindakan Rabecca menayangkan gambar itu. Namun difahamkan tiada maklum balas daripada Rabeeca. Huhu.
Lagi gambar seksi beliau
izyan
Tergamam Lihat Suami Peluk Janda Keadaan Bogel | Seorang isteri tergamam apabila menyaksikan suaminya tidur berpelukan dengan seorang janda beranak enam.
Dalam kejadian itu, pasangan terbabit ditemui dalam keadaan bertelanjang bulat dalam sebuah bilik di rumah ibu lelaki berkenaan di Kampung Ayer Paabas, dekat sini.
Wanita berusia 60 tahun itu mendakwa suaminya yang sudah bercucu itu kerap tidur bersama pasangannya di rumah berkenaan.
Sumber berkata, isteri yang berada di hospital melawat ibu mertuanya berusia 87 tahun berasa tidak sedap hati sebelum pulang menjenguk ke rumah ibu mertuanya itu.
“Setibanya di rumah kira-kira jam 10 pagi, dia terkejut terdengar dengkuran kuat suaminya dari arah salah satu bilik.
“Berang melihat perbuatan jijik suaminya itu, si isteri bertindak melaporkan kejadian kepada pegawai syarak kampung berkenaan sebelum tindakan diambil,” katanya.
Bertindak atas maklumat, Pegawai Syarak merangkap Imam (1) Kampung Ayer Paabas, Sahri Abu Samah bersama penduduk kampung membuat pemeriksaan ke atas rumah disyaki.
“Walau bagaimanapun salam dan ketukan di rumah itu tidak berjawab kira-kira 10 minit sebelum imam serta penduduk bertindak masuk melalui pintu yang tidak berkunci.
“Pasangan terbabit terkejut dengan kehadiran penduduk kampung dan mengaku bukan pasangan suami isteri selain mendakwa bermalam di rumah itu akibat keletihan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi mengesahkan pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah sebelum kes dirujuk Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Negeri untuk tindakan lanjut.
Adegan Bikin Panas Diana Danielle - Remy Ishak Dalam 'Sembunyi' | Kebanyakan penonton memberikan maklum balas yang cukup memberangsangkan buat filem 'Sembunyi' Ada yang menggambarkan 'Sembunyi' sebagai sebuah filem yang lain dari yang lain, ada juga yang memuji pengakhiran ceritanya yang tidak diduga.
Walaupun hanya baru tiga hari di pawagam, ada yang sudah menontonnya lebih daripada dua kali, malahan menyarankan mereka yang belum menonton untuk menontonnya lebih daripada sekali.
Barisan pelakon 'Sembunyi' juga rata-rata mendapat pujian penonton untuk lakonan mereka yang berkesan.
Khas untuk mereka yang sudah menonton 'Sembunyi', di sini dua klip yang telah dikeluarkan dari filem tersebut.
DISINI
Amaran buat mereka yang lemah jantung, klip pertama memperlihatkan adegan beberapa orang penduduk kampung yang dipenggal kepala mereka oleh makhluk misteri.
Remy Ishak tidak menganggap aksinya berpelukan bersama pelakon, Diana Danielle di dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil itu sebagai adegan yang intim di antara mereka berdua. “Saya tak nampak ianya sebagai adegan yang intim sangat di situ antara kami,” katanya.
Malah, Remy Ishak berkata dia senang bekerja dengan isteri kepada pelakon Farid Kamil itu selepas beberapa kali digandingkan bersama. “Saya dan Diana sudah beberapa kali juga berlakon bersama, jadi tiada masalah,” jawabnya yang seperti tidak mahu memberikan kerjasama ketika ditemubual.
Remy Ishak ditemui di Majlis Tayangan Khas Media Filem Sembunyi: Amukan Azazil di Cineleisure e@Curve Damansara, malam semalam.
Selain Remy dan Diana, filem yang diarahkan oleh pengarah Kabir Bhatia itu turut dibintangi oleh pelakon lain lain seperti Sharnaaz Ahmad, Datin Paduka Umie Aida, Emelda Rosmila, Sara Ali dan ramai lagi. Filem itu akan mula ditayangkan di pawagam mulai 28 Mac ini.
Sementara itu, Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin memberitahu terdapat beberapa babak intim dan ganas telah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum ianya dapat ditayangkan. “Memang ada aksi ganas dan adegan intim yang telah dipotong.
Tetapi saya sendiri tidak dibenarkan untuk memberitahu apakah bentuknya adegan tersebut dan siapa yang terlibat,” jelasnya.